{"id":22678,"date":"2014-05-11T11:00:58","date_gmt":"2014-05-11T03:00:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=22678"},"modified":"2014-05-11T08:42:22","modified_gmt":"2014-05-11T00:42:22","slug":"antara-rufaidah-bint-saad-dan-florence-nightingale","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/antara-rufaidah-bint-saad-dan-florence-nightingale\/","title":{"rendered":"Menjelang 12 Mei; Antara Rufaidah Sa&#8217;ad dan Florence Nightingale"},"content":{"rendered":"<p>Jururawat pertama Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW yang dikenali dengan nama Siti Rufaidah binti Saad. Beliau selalu memberikan rawatan terbaiknya terutama kepada pesakit yang cedera di medan perang.<\/p>\n<p>Eropah dan Amerika Syarikat mengenali Florence Nightingale sebagai pelopor jururawat moden. Negara di Asia Barat memberikan kedudukan awal kepada Rufaidah, seorang jururawat Islam yang terkenal.<\/p>\n<p>Perjuangan dan kemasyhuran Rufaidah secara berterusan daripada generasi ke generasi khususnya di Arab Saudi dan diteruskan ke generasi moden di Asia Barat sehingga ini.<\/p>\n<p>Rufaidah (570-632 SM) tokoh jururawat Islam tersohor itu muncul pada masa peperangan dalam Islam. Prof Dr Omar Hasan Kasule, dalam kertas kerjanya pada Persidangan Antarabangsa Kejururawatan ketiga di Brunei Darussalam pada 1998 menyatakan, Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam.<\/p>\n<p>Beliau hidup pada zaman Rasulullah SAW pada abad pertama hijrah dan diiktiraf sebagai jururawat teladan. Rufaidah adalah seorang pemimpin, penggerak, mampu memberi motivasi kepada orang lain. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya.<\/p>\n<p>Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal semata-mata, namun melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam penyakit.<\/p>\n<p>Rufaidah bertindak sebagai jururawat kesihatan komuniti, tidak memandang miskin atau kaya. Beliau adalah pekerja sosial yang cekap menjadi inspirasi bagi kerjaya jururawat dunia Islam.<\/p>\n<p>Rufaidah tinggal di Madinah dan lahir di Yathrib termasuk dalam kaum Ansar, golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan Rufaidah mempelajari ilmu perawatan ketika bekerja membantu ayahnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/Islamic-nurse.gif\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22680 alignleft\" alt=\"Islamic nurse\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/Islamic-nurse-300x174.gif\" width=\"300\" height=\"174\" \/><\/a>Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum Muslim yang sakit di luar kawasan Masjidil Nabawi ketika perang Badar, Uhud, Khandak dan perang Khaibar dengan beliau menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka dan cedera parah akibat peperangan. Beliau juga mendirikan hospital lapangan.<\/p>\n<p>Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan agar tentera yang cedera parah dirawat oleh Rufaidah. Pernah digambarkan saat perang Khandak, Saad bin Maadh yang terluka terkena panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga sembuh.<\/p>\n<p>Rufaidah turut melatih beberapa wanita untuk menjadi jururawat dan dalam perang Khaibar mereka meminta izin Nabi Muhammad SAW untuk ikut serta di garisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang terluka dan Nabi mengizinkannya.<\/p>\n<p>Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat.<\/p>\n<p>Sejarah Islam juga mencatatkan beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun.<\/p>\n<p>Pada tanggal 12 Mei setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari Jururawat. <\/p>\n<p>Begitu juga di Malaysia, ianya disambut sebagai mengenang jasa jururawat yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, bertungkus-lumus siang dan malam dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat tanpa mengenal penat lelah. Tidak dapat dinafikan bahawa profession kejururawatan sememangnya pekerjaan yang mulia.<\/p>\n<p>Namun, disebalik tarikh 12 Mei juga, ianya diambil sempena mengingati hari kelahiran seorang jururawat Inggeris iaitu Florence Nightingale pada tahun 12 Mei 1820. Dia juga dikenali sebagai &#8220;The Lady with the Lamp&#8221; kerana pada zaman perang Crimean (1853-1856), beliau selalu melawat pesakit-pesakit (askar-askar) pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan.<\/p>\n<p>Sekiranya di imbas kembali, Jururawat Yang Pertama dalam Islam adalah Rufaidah Bint Sa&#8217;ad (570-632 M). hidup pada zaman Rasulullah, melibatkan diri dalam medan pertempuran sebagai jururawat. Rufaidah mempelajari ilmu perawatan untuk membantu ayahnya.<\/p>\n<p>Ayahnya pula merupakan seorang doktor. Rufaidah juga terlibat dalam beberapa peperang, dan peperangan tersebut turut disertai Rasulullah s.a.w. antaranya : Perang Badr (17 Ramadan 2H=17 March 624M), Perang Uhud (11 Syawal 3H=26 March 625M), Perang Khandaq\/Ahzab (Syawal 5H=March 627M) dan Perang Khaybar (7H=629M). Beliau digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain.<\/p>\n<p>Antara beberapa wanita yang bekerja sama dengan Rufaidah adalah Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun. Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal sahaja, malah turut melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca masalah sosial yang boleh menyebabkan timbul beberapa penyakit. Keperibadian beliau digambarkan seorang yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan keperimanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat<\/p>\n<p>Antara jururawat muslimah terkenal adalah Ku&#8217;ayibah, Aminah bint Abi Qays al Ghifariyah, Umm &#8216;Atiyyah al Ansariyah dan Nusaibah bint Ka&#8217;ab al Maziniyyah.<\/p>\n<p>Disebalik 12 Mei sempena mengingati Florence Nightingale, kita terlupa akan Rufaidah yang telah menjalankan tugas sebagai jururawat 1,188 tahun sebelum Florence Nightingale dilahirkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jururawat pertama Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW yang dikenali dengan nama Siti Rufaidah binti Saad. Beliau selalu memberikan rawatan terbaiknya terutama kepada pesakit yang cedera di medan perang. Eropah dan Amerika Syarikat mengenali Florence Nightingale sebagai pelopor jururawat moden. Negara di Asia Barat memberikan kedudukan awal kepada Rufaidah, seorang jururawat Islam yang terkenal. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":22679,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[42],"tags":[],"better_featured_image":{"id":22679,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":408,"file":"2014\/05\/islamic-nurse-.jpg","filesize":163042,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":22678,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/islamic-nurse-.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22678"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22678"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22678\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22679"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22678"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22678"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22678"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}