{"id":22296,"date":"2014-04-26T01:27:06","date_gmt":"2014-04-25T17:27:06","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=22296"},"modified":"2014-04-26T01:27:06","modified_gmt":"2014-04-25T17:27:06","slug":"tukar-mb-umno-jangan-cari-kambing-hitam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tukar-mb-umno-jangan-cari-kambing-hitam\/","title":{"rendered":"Tukar MB, Umno Jangan Cari \u2018Kambing Hitam\u2019!"},"content":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Umno Terengganu sewajarnya  menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan baik dan berlapang dada tanpa mengheret pihak lain menjadi \u2018kambing hitam\u2019, dalam kancah permasalahan mereka.<\/p>\n<p>Tindakan pemimpin kanan Umno Terengganu menyalahkan pihak lain adalah sikap yang tidak bertanggungjawab, dengan membuat  tuduhan  tanpa bukti dan cuba mengalihkan perhatian masyarakat terhadap \u2018perbalahan\u2019 sesama pemimpin Umno itu.<\/p>\n<p>Peringatan itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkaitan isu pertukaran Menteri Besar yang sedang hangat diperkatakan, bukan sahaja di negeri ini malah di seluruh Negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, kenyataan Exco Terengganu Nawi Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut  telah di laporkan oleh sebuah portal berita beberapa hari lalu.<\/p>\n<p>Katanya, Nawi menuduh isu pertukaran MB itu adalah satu isu yang sengaja ditimbulkan oleh parti lawan.<\/p>\n<p>Sedangkan, ADUN Bukit Payong itu berkata, berita berkaitan pertukara Ahmad Said turut disiarka oleh akhbar-akhbar perdaa termasuk akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Sebaliknya, kata Ustaz Mohd Nor, Nawi adalah antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Ahmad, dahulunya adalah \u2018orang\u2019 bekas MB Terengganu Dato\u2019 Seri Idris Jusoh.<\/p>\n<p>Bagi Ustaz Mohd Nor, perubahan sokongan dari \u2018Team Idris\u2019 kepada \u2018Team Ahmad\u2019 ini tidak menghairankan kerana budaya Umno ialah siapa yang beri makan, dialah ketua.<\/p>\n<p>Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan, satu soalan berkaitan dengan isu pertukaran MB telah diajukan kepada kerajaan dalam sidang DUN baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cPAS bersikap \u2018gentleman\u2019 apabila kita mengemukakan persoalan penukaran jawatan Menteri Besar secara rasmi di dalam Sidang DUN baru-baru ini untuk kepastian.<\/p>\n<p>\u201cTapi malang bagi rakyat Terengganu kerana peluang keemasan bagi kerajaan menjawab khabar angin itu dilepaskan begitu sahaja, dengan menolak soalan saya itu sekaligus membuka pintu spekulasi yang tidak sepatutnya.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya nak nasihatkan Adun Hulu Besut supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan dan kelihatan dia hanya mahu menutup pekung Umno dengan menyalahkan pihak lain,\u201djelas Ustaz Mohd Nor.<\/p>\n<p>Beliau menambah, mungkin Nawi sudah lupa dengan usul yang dibawakan oleh rakannya dari Kota Putera dalam Sidang DUN lepas untuk suaya kerajaan mengambil tindakan terhadap penyebar khabar angin.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut isu berkenaan isu, Ustaz Mohd Nor berkata, PAS tidak yakin akan berlaku hal pertukaran Menteri Besar sebagaimana yang diheboh-hebohkan.<\/p>\n<p>Samada wujud \u2018perjanjian\u2019 antara Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan Ahmad Said berhubung tempoh menjawat jawatan MB itu atau sebaliknya, namun katanya, PAS melihat faktor politik semasa tidak membenarkan perubahan itu berlaku.<\/p>\n<p>Menurutnya, Ahmad dilihat berjaya mempengaruhi \u2018kuasa-kuasa\u2019 politik termasuk Najib, sehingga berjaya meyingkirkan Idris dari \u2018lanskap\u2019 politik negeri Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cAtas alasan-alasan tersebut, saya yakin Dato\u2019 Ahmad tidak akan ditukar walaupun terdapat desas desus sebegitu.<\/p>\n<p>\u201cYang kita bimbang, khabar ini sengaja disebarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkan Dato\u2019 Ahmad sehingga ditulis dalam akhbar mereka, Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cJika cerita ini dimainkan Utusan Malaysia sendiri, adakah lojik ianya datang dari pembangkang?,\u201dsoal Ustaz Mohd Nor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Umno Terengganu sewajarnya menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan baik dan berlapang dada tanpa mengheret pihak lain menjadi \u2018kambing hitam\u2019, dalam kancah permasalahan mereka. Tindakan pemimpin kanan Umno Terengganu menyalahkan pihak lain adalah sikap yang tidak bertanggungjawab, dengan membuat tuduhan tanpa bukti dan cuba mengalihkan perhatian masyarakat terhadap \u2018perbalahan\u2019 sesama pemimpin Umno itu. Peringatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":22297,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":22297,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":425,"file":"2014\/04\/mohd-nor-hamzah-sidang-dun1.jpg","filesize":45879,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":22296,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/mohd-nor-hamzah-sidang-dun1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22296"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22296"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22296\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22297"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22296"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22296"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22296"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}