{"id":22168,"date":"2014-04-21T16:15:56","date_gmt":"2014-04-21T08:15:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=22168"},"modified":"2014-04-21T10:23:04","modified_gmt":"2014-04-21T02:23:04","slug":"nyamankan-masyarakat-dengan-kebajikan-berterusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/nyamankan-masyarakat-dengan-kebajikan-berterusan\/","title":{"rendered":"Nyamankan Masyarakat Dengan Kebajikan Berterusan"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim<\/p>\n<p>Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu yang baru berakhir memperlihatkan bagaimana keberkesanan aktiviti kebajikan menjadi penghubung terbaik PAS dengan masyarakat.<\/p>\n<p>Ianya terbukti apabila Khemah Perubatan dan Kecemasan yang dikendalikan Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu mendapat sambutan hangat dari para pengunjung Ijtima untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma. Sekalung penghargaan kepada tenaga profesional dari PAPISMA yang telah memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/kebajikan-ijtimak05.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-22170 alignleft\" alt=\"kebajikan ijtimak05\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/kebajikan-ijtimak05-300x200.jpg\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Dato\u2019 Seri Presiden PAS dalam ucaptama Ijtima turut menyebut, \u201cKalau kita tak pandai berceramah, tak pandai bersyarah, tak pandai berdakwah maka kita ada medan kebajikan. Berapa ramai manusia yang telah ditawan kerana terhutang budi dengan kebajikan.\u201d<\/p>\n<p>Lantaran itu, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu telah merangka program-program dalam rangka untuk mempastikan PAS sentiasa hadir bersama masyarakat dalam apa jua keadaan samada ketika senang atau sempit, kemarau atau banjir, suka ataupun duka.<\/p>\n<p>Apa yang sedang berlangsung sekarang ini adalah jelajah Program Cakna Masyarakat ke seluruhan kawasan Parlimen dengan DUN Air Puteh, Kemaman menjadi tuan rumah sulong program kemasyarakatan ini pada 5 April 2014 lalu yang diserikan dengan rawatan kesihatan dan perubatan as syifa\u2019 kepada masyarakat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/kebajikan-ijtimak03.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22171 alignright\" alt=\"kebajikan ijtimak03\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/kebajikan-ijtimak03-300x168.jpg\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Seterusnya pada 26 April 2014, Bertempat di Maahad Tahfiz Wat Taalim Malla\u2019in Badrin, DUN Jabi akan menjadi tuan rumah untuk program siri kedua. Pengunjung akan berpeluang mendapatkan khidmat guaman, khidmat perubatan, mendengar ceramah kekeluargaan serta turut berpeluang menyumbang bagi program derma darah.<\/p>\n<p>Jelajah ini akan bersambung lagi pada tarikh 3 Mei di Kuala Nerus, 24 Mei di Marang, 6 Jun di Hulu Terengganu, 21 Jun di Dungun dan akhirnya pada 16 Ogos di Besut.<\/p>\n<p>Kemuncak kepada jelajah Program Cakna Masyarakat ini, satu Karnival PAS Bersama Masyarakat akan diadakan serentak dengan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) bertempat di Dataran PGU Jabi pada 30 dan 31 Ogos 2014.<\/p>\n<p>Kita meyakini bahawa panasnya suhu politik akan dapat dinyamankan dengan kebajikan. Jika kita sentiasa hadir ketika msayarakat memerlukan, maka akan bersama kita ketika kita memerlukan mereka. Gabung jalin ini adalah lumrah dan sunnah dalam kehidupan.<br \/>\n<em><br \/>\n*** Dr Azman ialah Pegerusi Lujah Kebajikan dan Kemayarakatan PAS Terengganu<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr Azman Ibrahim Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu yang baru berakhir memperlihatkan bagaimana keberkesanan aktiviti kebajikan menjadi penghubung terbaik PAS dengan masyarakat. Ianya terbukti apabila Khemah Perubatan dan Kecemasan yang dikendalikan Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu mendapat sambutan hangat dari para pengunjung Ijtima untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma. Sekalung penghargaan kepada tenaga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":22169,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":22169,"alt_text":"","caption":"","description":"U","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":360,"file":"2014\/04\/kebjikan-ijtimak01.jpg","filesize":183349,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.8","credit":"","camera":"EK-GC100","caption":"?????????????","created_timestamp":"1397924089","copyright":"","focal_length":"6.2","iso":"100","shutter_speed":"0.01","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":22168,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/kebjikan-ijtimak01.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22168"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22168"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22168\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22169"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22168"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22168"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22168"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}