{"id":21854,"date":"2014-04-10T17:44:40","date_gmt":"2014-04-10T09:44:40","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=21854"},"modified":"2014-04-10T17:44:40","modified_gmt":"2014-04-10T09:44:40","slug":"kempen-adil-sihat-dan-bersih-dalam-pilihanraya-tahniah-indonesia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kempen-adil-sihat-dan-bersih-dalam-pilihanraya-tahniah-indonesia\/","title":{"rendered":"Kempen Adil, Sihat Dan Bersih Dalam Pilihanraya: Tahniah Indonesia"},"content":{"rendered":"<p>Kempen Pilihanraya umum di Indonesia baharu selesai semalam pada tanggal 9 April 2014. Seramai 185.5 juta pengundi berdaftar rakyat Indonesia menentukan masa depan negara mereka serta memilih pemimpin unutk pelbagai peringkat. Difahamkan, lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah serta 560 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia akan dipilih dalam kempen Pemilu kali ini.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/kampanye-damai.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\" wp-image-21856 alignright\" alt=\"kampanye-damai\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/kampanye-damai-300x150.jpg\" width=\"383\" height=\"191\" \/><\/a>LA PPM menilai Indonesia sebagai sebuah negara yang benar-benar memiliki demokrasi yang subur dan sihat di rantau Asia Tenggara kini. Sepanjang kempen Pemilu ini juga menyaksikan pertarungan yang saksama dan adil bagi kesemua pihak. Semua calon atau parti politik berhak muncul di kaca televisyen menurut waktu yang ditetapkan, berkempen mengikut jadual, tidak ada unsur pemimpin menyalahgunakan harta kerajaan untuk berkempen, mengumumkan projek-projek mega di kawasan mereka bertanding, tiada ugutan atau habuan pada pengundi, daftar pengundi yang bersih dan disemak dengan begitu teliti, sehinggalah menggunakan dakwat kekal yang benar-benar kekal sehingga tamat pemilu berlangsung.<\/p>\n<p>Kenyataan Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff melalui pemerhatian dan pengalaman beliau di sana semasa pilihanraya sedang berjalan, mendapati kempen pilihanrayanya berlangsung dengan bersih dan aman. Apa yang menariknya, isu-isu utama rakyat adalah masa depan negara mereka dan kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama perbincangan dengan perbandingan pemimpin manakah yang mampu menawarkan khidmat terbaik untuk rakyatnya.<\/p>\n<p>LA PPM mengajak kerajaan Malaysia agar mencontohi sistem demokrasi yang diamalkan di Indonesia. Apa yang diimpikan oleh rakyat Malaysia adalah mengecapi nikmat demokrasi sebenar. Di sini, pemimpin utama pembangkang adalah sasaran utama fitnah, adu domba, cercaan dan tohmahan sehingga video seks dan gambar lucah menjadi isu utama kempen, kempen media yang begitu berat sebelah \u2013 dengan hampir mustahil pemimpin pembangkang atau parti politik selain pemerintah yang mampu muncul di kaca televisyen, daftar pemilih yang begitu mencurigakan, undi awal dan undi pos menjadi \u2018fixed deposit\u2019 bagi memenangkan pihak pemerintah, dakwat kekal yang menipu, serta skandal pengeluaran kad pengenalan dan hak mengundi kepada warga asing yang begitu ketara.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/Dr.-Raja-Ahmad-Iskandar-Al-Hiss2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-17262 alignleft\" alt=\"Dr.-Raja-Ahmad-Iskandar-Al-Hiss2\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/Dr.-Raja-Ahmad-Iskandar-Al-Hiss2-300x206.jpg\" width=\"300\" height=\"206\" \/><\/a>Di sini juga, kempen yang begitu tidak adil dengan pemimpin kerajaan hadir menggunakan jentera rasmi kerajaan berkempen, taktik samseng mengugut dan mengancam sebagai suatu budaya baharu sehingga kejadian memukul penyokong parti politik berlainan, pegawai-pegawai kerajaan diugut dengan pelbagai tindakan andai mengundi pihak lain dan seribu satu lagi tindakan yang mencemari demokrasi di negara ini.<\/p>\n<p>Seharusnya pemimpin negara ini menginsafi dan merasa malu dengan kebebasan yang dinikmati rakyat Indonesia. Meskipun negaranya besar, kepadatan penduduk yang begitu tinggi, jumlah penduduk miskin yang ramai, namun tidak sesekali berkompromi dengan penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya di negara mereka.<\/p>\n<p>Tahniah Indonesia, kerana memilih demokrasi tulen dalam negara mereka. Siapapun bakal Presiden mereka, ia adalah kehendak rakyat yang bebas dan merdeka dan semua pihak wajar menghormati keputusan adil ini.<\/p>\n<p>DR RAJA AHMAD AL HISS<br \/>\nPengerusi Lajnah Antarabangsa<br \/>\nPemuda PAS Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kempen Pilihanraya umum di Indonesia baharu selesai semalam pada tanggal 9 April 2014. Seramai 185.5 juta pengundi berdaftar rakyat Indonesia menentukan masa depan negara mereka serta memilih pemimpin unutk pelbagai peringkat. Difahamkan, lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":21855,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":21855,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":663,"height":382,"file":"2014\/04\/kampanye_pemilu_pks_di_padang.jpg","filesize":57324,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":21854,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/kampanye_pemilu_pks_di_padang.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21854"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21854"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21854\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21855"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21854"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21854"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21854"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}