{"id":21684,"date":"2014-04-04T10:00:35","date_gmt":"2014-04-04T02:00:35","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=21684"},"modified":"2014-04-04T14:38:23","modified_gmt":"2014-04-04T06:38:23","slug":"brunei-mula-laksanakan-hukum-hudud","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/brunei-mula-laksanakan-hukum-hudud\/","title":{"rendered":"Brunei Mula Laksanakan Hukum Hudud"},"content":{"rendered":"<p>Brunei muncul negara Asia Timur pertama melaksanakan hukum hudud bermula semalam, yang menyaksikan semua rakyatnya termasuk masyarakat bulan Islam turut tertakluk di bawah undang-undang tersebut.<\/p>\n<p>Pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah menyelia sendiri peralihan itu yang antaranya memperuntukkan hukuman berasaskan undang-undang Islam terhadap pelbagai kesalahan seperti mencuri, merogol, berzina, meliwat, minum minuman keras dan terlibat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).<\/p>\n<p>Brunei sebelum ini telah pun melaksanakan undang-undang syariah, namun hanya terhad kepada masalah melibatkan perkahwinan, wasiat dan keluarga Islam.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/Sultan-Hassanal-Bolkiah.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-21686 alignright\" alt=\"Brunei's Sultan Hassanal Bolkiah stands during his 64th birthday celebrations in Bandar Seri Begawan\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/Sultan-Hassanal-Bolkiah-274x300.jpg\" width=\"274\" height=\"300\" \/><\/a>Bermula 1 April, perundangan Islam itu diperluaskan lagi melibatkan hukuman seperti direjam sampai mati kerana kesalahan berzina dan sebatan sekiranya melakukan pengguguran bayi.<\/p>\n<p>Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar) mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada Oktober tahun lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.<\/p>\n<p>\u201cDengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggung jawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,\u201d titah Sultan Hassanal Bolkiah.<\/p>\n<p>Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar&#8217;iah.<\/p>\n<p>Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan &#8220;Undang-Undang Jenayah Syar&#8217;iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua&#8221;, baginda bertitah, syariah yang datang daripada Allah memang wajar malah wajib diyakini sebagai mampu menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.<\/p>\n<p>\u201cUndang-Undang Allah disyari\u2019atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda juga berharap rakyat dan penduduk Brunei sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu-alukan kelahiran Akta yang bersejarah ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Brunei muncul negara Asia Timur pertama melaksanakan hukum hudud bermula semalam, yang menyaksikan semua rakyatnya termasuk masyarakat bulan Islam turut tertakluk di bawah undang-undang tersebut. Pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah menyelia sendiri peralihan itu yang antaranya memperuntukkan hukuman berasaskan undang-undang Islam terhadap pelbagai kesalahan seperti mencuri, merogol, berzina, meliwat, minum minuman keras dan terlibat dalam kegiatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":21685,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":21685,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":398,"file":"2014\/04\/mahkamah-brunei.jpg","filesize":181135,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"10","credit":"","camera":"Canon EOS 550D","caption":"","created_timestamp":"1393234883","copyright":"","focal_length":"18","iso":"100","shutter_speed":"0.004","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":21684,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/mahkamah-brunei.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21684"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21684"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21684\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21685"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21684"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21684"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21684"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}