{"id":21519,"date":"2014-03-30T12:41:10","date_gmt":"2014-03-30T04:41:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=21519"},"modified":"2014-03-30T12:44:24","modified_gmt":"2014-03-30T04:44:24","slug":"nasib-peniaga-dan-institusi-pasar-malam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/nasib-peniaga-dan-institusi-pasar-malam\/","title":{"rendered":"Nasib Peniaga dan Institusi Pasar Malam"},"content":{"rendered":"<p>Oleh; Ahmad Amzad Hashim<\/p>\n<p>Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak kanak berusia 5 tahun dan 9 orang ditahan diwad akibat keracunan makanan dipercayai berpunca daripada ayam goreng yang dibeli dipasar malam sekitar Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>Ujian darah menunjukkan terdapatnya kehadiran bakteria &#8216;Salmonella sp&#8217; yang mengakibatkan keracunan dan boleh membawa maut. Bakteria tersebut berasal dari perut ayam yang tidak diproses dengan betul oleh pembekal ayam.<\/p>\n<p>Maklumat yang diterima dari peniaga pasar malam, sebenarnya bekalan ayam tersebut diimport dari Thailand kerana harganya lebih murah daripada ayam dipasaran tempatan. Jadi keracunan tersebut adalah berasal daripada ayam yang dibekalkan oleh pembekal bukanlah faktor peniaga pasar malam itu sendiri.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/pasar-malam.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-20731 alignleft\" alt=\"pasar malam\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/pasar-malam-300x189.jpg\" width=\"300\" height=\"189\" \/><\/a>Adakah kerajaan memantau industri pemprosesan ini samada ia cukup bersih untuk diedarkan dipasaran tempatan? Apakah tindakan kerajaan dalam membela nasib peniaga peniaga kecil seperti peniaga Pasar Malam termasuklah menggazetkan tempat dan menyediakan prasarana yang sempurna kepada mereka?<\/p>\n<p>Rentetan daripada persoalan tersebut,kami memohon agar kerajaan tidak memandang peniaga peniaga kecil ini dengan sebelah mata dan seolah olah mereka ini sering dianaktirikan serta hak mereka sebagai rakyat dinafikan. Apakah benar slogan kerajaan &#8216;rakyat didahulukan dan merakyatkan pentadbiran&#8217; itu?atau sekadar fatamorgana. Ada beberapa kebaikan yang wajib diketahui sekiranya kerajaan menggazetkan tempat untuk peniaga peniaga pasar malam ini.<\/p>\n<p>Yang pertama faktor kebersihan dan fasiliti premis lebih terjamin dimana semua kemudahan asas disediakan termasuklah sumber air bersih,kaedah pembuangan sampah yang sempurna,kebersihan tempat memproses bahan mentah,point elektrik,tapak berniaga yang disimen,tandas dan surau untuk peniaga menunaikan solat.<\/p>\n<p>Melihatkan kepada realiti pula, hari ini hasil daripada kerajaan tidak mengambil endah akan kebajikan peniaga kecil ini kita dapat lihat sampah sarap yang tidak terurus dan ada ditempat pasar malam tertentu,peniaga peniaga juga terpaksa membuang air merata rata tempat,dalam longkang,dalam semak dsb. Ini menimbulkan satu suasana yang memang tidak menepati kaedah penjagaan kebersihan. Semua ini berpunca daripada ketiadaan fasiliti dan sikap memandang peniaga pasar malam dengan sebelah mata.<\/p>\n<p>Maka tidak mustahil apabila soal kebersihan ini tidak dimonitor dan diurus dengan baik akan datang kita akan lihat pula keracunan yang lebih teruk lagi berlaku yang mungkin akan menjejaskan lagi ekonomi peniaga pasar malam ini. Kenapa dilaburkan berjuta juta kepada projek lain tanpa memikirkan nasib dan kebajikan rakyat yang berniaga dipasar malam? Adakah dengan kerajaan negeri memberi sponsor kepada Md Noor Kuala Besut bernilai ratusan ribu ringgit dan jutaan ringgit MB ke antartika dapat menyelesaikan masalah peniaga pasar malam yang tidak berdosa ini?<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/Pasar-Malam1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-20732 alignright\" alt=\"Pasar Malam1\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/Pasar-Malam1-300x187.jpg\" width=\"300\" height=\"187\" \/><\/a>Faktor kebaikan kedua menggazetkan industri Pasar Malam adalah menjadikan ianya sebagai satu daya tarikan bagi pelancong dan tumpuan rakyat diTerengganu untuk membeli belah. Secara tidak langsung ini juga adalah langkah pembelaan terhadap peniaga peniaga kecil ini oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh kita boleh lihat di Kuala Lumpur bagaimana Petaling Street dan Jonker Walk di Melaka digazetkan dan dijadikan sebagai satu tempat tarikan pelancong. Itulah contoh terbaik dapat digambarkan sekiranya kerajaan negeri melihat perkara ini secara ilmiah dan kehadapan.<\/p>\n<p>Tapi malangnya, perjuangan selama 13 tahun Persatuan Peniaga Pasar Malam sampai hari ini tiada belas ehsan sedikit pun daripada pihak Kerajaan untuk mendengar luahan mereka semata mata untuk menggazetkan tempat dan penyediaan fasiliti yang sempurna bagi mereka untuk berniaga mencari sesuap nasi.<\/p>\n<p>Sebagai bukti kepada ketidaktelusan kerajaan dalam menangani hal ini, boleh lihat pasar malam di Kg Pak Tuyu selama 20 tahun tiada pembelaan, tiada perhatian pun dari pihak kerajaan negeri. Tapak berniaga atas pasir,tiada surau,tiada tandas namun yang mendukacitakan tiada pun tindakan kerajaan untuk menyediakan fasiliti tersebut malah persatuan tidak dibenarkan untuk menyediakan kelengkapan kemudahan asas walau menggunakan duit poket sendiri.<\/p>\n<p>Perjuangan ini adalah perjuangan hak rakyat,sebagai wakil kepada rakyat,kerajaan yang ada wajar membuka mata dan lebih banyak melihat kesusahan rakyat daripada poket pemimpin dan kroni,seolah olah kroni didahulukan bukannya rakyat didahulukan. Kerajaan suka melihat peniaga pasar malam ini hidup berniaga seperti nomad,engkau juta2 rakyat tulang belulang.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/04\/Amzad1.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-12018 alignright\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita17\/Amzad1.png\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/04\/Amzad1-300x202.png\" width=\"300\" height=\"202\" \/><\/a>Dengan ini,kami mendesak agar peniaga peniaga pasar malam dan usahawan kecil ini dibela sesuai dengan slogan kerajaan &#8216;rakyat didahulukan&#8217;. Dari segi fakta nya terdapat 24 tapak pasar malam di sekitar Kuala Terengganu termasuk 2 diselia oleh jkk. Pihak persatuan peniaga pasar malam tidak dipedulikan permintaan mereka berbeza dengan 2 jkk tersebut. Adakah kerajaan sedang mewujudkan jurang antara rakyat dan kerajaan semata mata kepentingan politik?<\/p>\n<p>Jadikan pasar malam kekal bukannya nomad(berpindah randah). 13 tahun perjuangan persatuan pasar malam namun tiada apa apa tindakan kerajaan dalam membela nasib rakyat. Mereka adalah rakyat yang memerlukan perhatian. Pasar malam menjadi tempat mereka untuk mencari sesuap nasi. Itulah realiti nasib peniaga pasar malam hari ini. Kepada kerajaan negeri,Jangan wujudkan kasta bangsawan dan hamba,kelak pasti merana. Wallahua&#8217;lam.<br \/>\n<em><br \/>\n*** Haji Ahmad Amzad Hashim [Gambar kanan bawah] adalah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh; Ahmad Amzad Hashim Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak kanak berusia 5 tahun dan 9 orang ditahan diwad akibat keracunan makanan dipercayai berpunca daripada ayam goreng yang dibeli dipasar malam sekitar Kuala Terengganu. Ujian darah menunjukkan terdapatnya kehadiran bakteria &#8216;Salmonella sp&#8217; yang mengakibatkan keracunan dan boleh membawa maut. Bakteria tersebut berasal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":20807,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":20807,"alt_text":"","caption":"","description":"U","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":426,"file":"2014\/03\/pasar-malam-kt.jpg","filesize":115862,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"?????????????","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":20806,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/pasar-malam-kt.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21519"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21519"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21519\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20807"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}