{"id":2138,"date":"2010-03-22T10:21:45","date_gmt":"2010-03-22T02:21:45","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/03\/lpt2-kontraktor-oku-paling-lembab\/"},"modified":"2010-03-22T10:21:45","modified_gmt":"2010-03-22T02:21:45","slug":"lpt2-kontraktor-oku-paling-lembab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/lpt2-kontraktor-oku-paling-lembab\/","title":{"rendered":"LPT2 &#8211; Kontraktor OKU Paling Lembab"},"content":{"rendered":"<p><\/span> <br \/> Walau bagaimana pun beliau yang bercakap di Parlimen hari ini yakin lebuhraya tersebut dapat digunakan menjelang Januari, 2012.<\/p>\n<p> Namun begitu, tidak dinyatakan apakah faktor yang menyokong keyakinan beliau itu, kerana laporan terbaru Pasukan LPT2 JKR menyatakan hanya 3 daripada 16 pakej pembinaan lebuhraya itu adalah mengikut jadual.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Verdana;\"> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Verdana;\">Manakala 13 daripadanya mengalami kelewatan, malah pembinaan bagi Pakej 8 dan 9B tidak melepasi tahap 50% dari jadual sebenar. <br \/> <!--[if !supportLineBreakNewLine]--><br \/> <!--[endif]--><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Verdana;\">Pada September tahun lalu, Menteri Besar Dato\u2019 Ahmad Said mengumumkan, beberapa kontraktor yang menghadapi masalah dalam menyiapkan pembinaan lebuhraya itu, telah menyerahkan kembali kontrak mereka kepada kerajaan.<\/p>\n<p> Shaziman dalam jawapannya di Parlimen berkata kontraktor baru yang akan dilantik hanya akan berlaku pada bulan April atau Mei akan datang.<\/p>\n<p> Antara sebab kelambatan pembinaan LPT2 adalah karenah kontraktor \u2018Orang Kuat Umno\u2019 (OKU) yang tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka kerana mendakwa berlaku kenaikan harga dalam bahan-bahan pembinaan.<\/p>\n<p> Antaranya adalah kontraktor bagi pakej yang paling lembab iaitu Pakej 8 dan 9B. <\/p>\n<p>Pakej 8 adalah sepanjang 6.8km, melewati kawasan Felda Kerteh 6 dan Felda Kerteh 2 degan nilai kontrak sebanyak RM50,823,220.00.<\/p>\n<p>Kerja-kerja Pakej tersebut telah dimulakan pada 16 Jun, 2007 dan mengikut jadual asalnya, telah siap pada 12 Jun, 2009, mengambil masa selama 104 minggu. <\/p>\n<p>Manakala Pakej 9B ada sepanjang 5.2km melalui <a href=\"http:\/\/buletinonline.blogspot.com\/2008\/02\/pembalakan-haram-pemimpin-umno-kena.html\"><strong>Hutan Simpan Bukit Bauk<\/strong><\/a> bernilai RM59,215,000.00. Unjuran kerjanya yang dimulakan pada 1 Julai 2007, juga ditetapkan selama 104 minggu, sepatutnya siap pada 27 Jun, 2009.<\/p>\n<p> Kedua-dua Pakej tersebut telah \u2018dibolot\u2019 oleh <a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=1644:kekayaan-orang-umno-terengganu&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">syarikat Arah Jitu Sdn Bhd<\/a>, syarikat yang berpangkalan di bandar Kuala Berang.<\/p>\n<p> Oleh itu, mereka meminta kerajaan mempertimbangkan tambahan harga baru dan Shaziman dalam jawapannya, telah memberikan persetujuan untuk membuat pertimbangan.<\/p>\n<p> Walaupun sebelum ini, menurut sumber dalaman, Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Najib telah menolak permohonan para kontraktor terbabit.<\/p>\n<p> Justeru, adakah \u2018impian\u2019 rakyat melihat LPT2 beroperasi pada awal 2013 menjadi \u2018realiti\u2019 setelah terlewat selama dua tahun.<\/p>\n<p>Atau rakyat akan berputih mata lagi kerana sebelum ini kerajaan meletakkan unjuran asalnya, lebuhraya sepanjang 190km itu dijamin siap pada tahun 2011.<\/p>\n<p> Atau ia akan terlewat lagi, sebagaimana \u2018standard\u2019 biasa mana-mana pembinaan yang dilaksanakan oleh OKU.<\/p>\n<p> Yang pasti, rakyat Terengganu tidak mahu melihat sebarang tragedi \u2018runtuh\u2019 lagi, sebagaimana pembinaan bangunan dan binaan kerajaan yang telah diserahkan kepada kontraktor OKU sebelum ini.<br \/><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/03\/LPTprogressFeb2010a.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/03\/LPTprogressFeb2010a.jpg\" style=\"float: left;\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Verdana;\"><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini mengakui kerja-kerja pembinaan lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Jabur ke Gemuroh tertangguh.<span style=\"font-size: 10pt; font-family: Verdana;\"> <\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2138"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2138"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2138\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2138"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2138"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2138"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}