{"id":21268,"date":"2014-03-22T10:22:14","date_gmt":"2014-03-22T02:22:14","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=21268"},"modified":"2014-03-22T10:22:14","modified_gmt":"2014-03-22T02:22:14","slug":"sampah-melimpah-memalukan-warga-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sampah-melimpah-memalukan-warga-terengganu\/","title":{"rendered":"Sampah Melimpah Memalukan Warga Terengganu"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dikritik dan dikecam oleh pelbagai pihak kerana gagal menguruskan kebersihan dan membiarkan sampah sarap tidak diangkut sehingga membusuk.<\/p>\n<p>Tambahan empat lori &#8216;compactor&#8217; baharu untuk MBKT yang dibeli pada tahun lalu dilihat gagal melancarkan lagi perkhidmatan kutipan sampah oleh pihak berkuasa tempatan itu.<\/p>\n<p>Di Kampung Cina, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua menyifatkan kegagalan pihak berwajib seperti MBKT mengendalikan pembersihan sampah memalukan.<\/p>\n<p>Ini kerana, katanya isu sampah yang berlonggokan terbiar serta tidak dikutip mengikut jadual boleh mencemarkan status Kuala Terengganu sebuah \u201cBandaraya Warisan Pesisir Air\u201d.<\/p>\n<p>Menurut Jefri, rungutan penduduk terutama di Kampung Cina, Kampung Lorong Jamil, Kampung Jalan Banggol serta sekitarnya wajar diberi perhatian oleh MBKT.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/sampahmelimpah1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-21271 alignright\" alt=\"sampahmelimpah1\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/sampahmelimpah1-225x300.jpg\" width=\"225\" height=\"300\" \/><\/a>\u201cSaya sendiri telah meninjau ke beberapa lokasi sampah yang tidak dipungut oleh pihak MBKT setelah mendengar aduan penduduk di Kampung Cina dan sekitarnya.<\/p>\n<p>\u201cLonggokan sampah yang hampir 10 hari lalu tidak dikutip menyebabkan bau busuk, berulat dan boleh membawa penyakit kelak.<\/p>\n<p>\u201cApa lagi, ini (Kuala Terengganu) sebuah \u2018bandaraya warisan pesisir air\u2019 yang semestinya bersih dan cantik mata memandang tetapi tercemar dengan sampah,\u201d jelasnya kepada Harakah.<\/p>\n<p>Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing turut melahirkan rasa dukacita dengan sikap kerajaan negeri kurang prihatin.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa telah membuat aduan bagi pihak penduduk di Kampung Cina sendiri kerana tidak tahan dengan bau yang busuk dan tercemar.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa dukacita, aduan telah dibuat sendiri di pejabat MBKT dan mengadu tentang masalah sampah yang tidak dikutip dan membusuk lebih dari satu minggu terbiar.<\/p>\n<p>\u201cPenduduk di Kampung Cina, di Lorong Jamil dan Jalan Banggol tidak tahan dengan bau busuk sampah yang tidak dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, masalah sampat tersebut bukan sehari dua yang menjadi rungutan tetapi beberapa minggu berlalu.<\/p>\n<p>Seorang penduduk, Tan Fun Mei, 50, menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu agar lebih prihatin dengan masalah rakyat di negeri ini.<\/p>\n<p>Katanya, meski pun daerah Kuala Terengganu tidak diwakili oleh pemimpin Umno-BN tetapi isu rakyat tidak boleh diabaikan.<\/p>\n<p>\u201cKita (rakyat) tahulah, di sini (Kuala Terengganu) tidak ada wakil mereka (BN) yang menang tetapi masalah rakyat kena jaga sebagai kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cIni bandaraya bukan kampung di pendalaman dan jika tidak jaga kebersihan, sampah dan bau busuk boleh cemar negeri ini di mata pelancong,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Tinjauan yang dibuat di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Kuala Terengganu, longgokan sampah bukan hanya terdapat di pusat bandaraya, tetapi juga kawasan sekitar Kuala Nerus dan Manir.<\/p>\n<p>Laman sesawang MBKT mencatatkan, kutipan sampah kutipan sampah dari tong sampah awam dibuat pada setiap hari.<\/p>\n<p>Namun, ia hanya tinggal catatan kerana tindakannya tidak berlaku sedemikian, bahkan sering berlaku di kawasan Batu Enam Kuala Nerus, sampah tidak dituip lebih dari dua hari, terutamanya di hujung minggu.<\/p>\n<p>Hal demikian tidak wajar berlaku di negeri ini kerana Terengganu mempunyai belanjawan tahunannya melebihi RM2 bilion setiap tahun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dikritik dan dikecam oleh pelbagai pihak kerana gagal menguruskan kebersihan dan membiarkan sampah sarap tidak diangkut sehingga membusuk. Tambahan empat lori &#8216;compactor&#8217; baharu untuk MBKT yang dibeli pada tahun lalu dilihat gagal melancarkan lagi perkhidmatan kutipan sampah oleh pihak berkuasa tempatan itu. Di Kampung Cina, Timbalan Pengerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":21270,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":21270,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":427,"file":"2014\/03\/sampahmelimpah.jpg","filesize":73623,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":21268,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/sampahmelimpah.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21268"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21268"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21268\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21270"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21268"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21268"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21268"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}