{"id":21095,"date":"2014-03-15T11:39:31","date_gmt":"2014-03-15T03:39:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=21095"},"modified":"2014-03-15T11:44:40","modified_gmt":"2014-03-15T03:44:40","slug":"ibrahim-masih-bebas-apa-tindakan-khairy-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ibrahim-masih-bebas-apa-tindakan-khairy-kerajaan\/","title":{"rendered":"Ibrahim Masih Bebas; Apa Tindakan Khairy, Kerajaan"},"content":{"rendered":"<p>Rakyat Malaysia menunggu apakah tindakan balas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan kerajaan Malaysia terhadap ugutan yang menggemparkan dan \u2018membogelkan\u2019 rahsia hubungan bomoh Ibrahim Mat Zain, dengan parti Umno.<\/p>\n<p>Ibrahim yang menggelar dirinya \u2018bomoh koperat\u2019 telah mengugut untuk menampar Khairy dan mencabar Ketua Pemuda Umno itu meletakkan jawatan daripada jawatan Menteri.<\/p>\n<p>Bahkan Ibrahim menegaskan ini bukan kali pertama beliau menentang seorang menteri, sebelumnya beliau mendakwa, telah menentang bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/khairy-bomoh1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-21098 alignleft\" alt=\"khairy bomoh1\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/khairy-bomoh1-300x187.jpg\" width=\"300\" height=\"187\" \/><\/a>\u201cDia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung.<\/p>\n<p>\u201cOrang kampung dia (di Rembau) boleh gempar lah, Ibrahim Mat Zin jangan gempar. Kalau dia gempar saya akan ambil tindakan mahkamah,\u201d katanya Dalam klip video YouTube disiarkan oleh blog www.suara.tv<\/p>\n<p>Ibrahim berkata demikian sebagai membalas kenyataan Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau , menulis dalam tweeternya bahawa Ibrahim si bomoh itu, patut ditangkap kerana membawa malu kepada Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cDia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung.<\/p>\n<p>\u201cOrang kampung dia (di Rembau) boleh gempar lah, Ibrahim Mat Zin jangan gempar. Kalau dia gempar saya akan ambil tindakan mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bomoh itu yang sememangnya tidak berpuas hati dengan ahli parlimen Rembau itu menambah: \u201cApa dia ingat saya budak-budak untuk ditangkap, dia ingat saya adik dia ke.\u201d<\/p>\n<p>\u201cJangan ingat saya bomoh sengkek kampung. Saya pun ada peguam,\u201d katanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/Bomoh-Ibrahim-penyokong-BN3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-21022 alignright\" alt=\"Bomoh Ibrahim penyokong BN3\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/Bomoh-Ibrahim-penyokong-BN3-300x180.jpg\" width=\"300\" height=\"180\" \/><\/a>Ibrahim kemudian memberi amaran kepada Khairy untuk tidak melakukannya sekali lagi, jika tidak, dia tidak akan teragak-agak untuk menyamannya sebanyak RM100 juta.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan saman dia kerana menjatuhkan imej mahaguru datuk. Anak murid saya seramai berapa juta orang sanggup menghadap mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menyifatkan Khairy sebagai sampah masyarakat, beliau turut mempersoalkan pelantikan Khairy sebagai seorang menteri.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingat dia gila lah, semua orang (dia anggap) musuh. Macam mana Najib boleh ambil dia sebagai menteri.<\/p>\n<p>\u201cKalau saya jadi Najib saya tendang dia macam bola, sampah masyarakat,\u201d kata Ibrahim.<\/p>\n<p>Beliau turut mempertahankan usahanya mencari pesawat MH370 yang telah hilang selama tujuh hari itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya usaha cara tradisional, bawak bakul, buah kelapa, tikar. Yang buat tikar terbang bukan saya, itu pemberita yang buat, saya duduk saja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Khairy di akaun Twitternya pula tampak bersahaja dengan ugutan Raja Bomoh itu malah memaparkan pautan video itu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/Khurafat-carian-MH370.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-20997 alignleft\" alt=\"Khurafat carian MH370\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/Khurafat-carian-MH370-300x168.jpg\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>\u201cRaja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Sepuluh pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memantau sebarang aktiviti berunsur syirik.<\/p>\n<p>Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Sepang, Zaifullah Jaafar Shidek, berkata pihaknya memandang serius tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370 yang hilang.<\/p>\n<p>\u201cTindakan bomoh pada Isnin dan Rabu lalu adalah melampau. Mana-mana pihak yang melanggar fatwa dan syariat agama boleh dikenakan tindakan dan didakwa mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Media melaporkan JAKIM telah mengkritik aktiviti perbomohan Ibrahim Mat Zin di KLIA, kelmarin yang disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam selain perubatan alternatif bomoh itu diputuskan bercanggah dengan syiar Islam pada 2004.<\/p>\n<p>Namun sehingga kini, Ibrahim masih bebas dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat Malaysia menunggu apakah tindakan balas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan kerajaan Malaysia terhadap ugutan yang menggemparkan dan \u2018membogelkan\u2019 rahsia hubungan bomoh Ibrahim Mat Zain, dengan parti Umno. Ibrahim yang menggelar dirinya \u2018bomoh koperat\u2019 telah mengugut untuk menampar Khairy dan mencabar Ketua Pemuda Umno itu meletakkan jawatan daripada jawatan Menteri. Bahkan Ibrahim menegaskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":21096,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":21096,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":413,"file":"2014\/03\/khairy-bomoh.jpg","filesize":37884,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":21095,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/khairy-bomoh.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21095"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21095"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21095\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21096"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21095"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21095"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21095"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}