{"id":20093,"date":"2014-02-13T07:35:49","date_gmt":"2014-02-12T23:35:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=20093"},"modified":"2014-02-13T13:16:50","modified_gmt":"2014-02-13T05:16:50","slug":"kerajaan-harga-barang-dan-nasib-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kerajaan-harga-barang-dan-nasib-rakyat\/","title":{"rendered":"Kerajaan, Harga Barang dan Nasib Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Oleh Mior Isfandy<\/p>\n<p>Adakah mengekang kenaikan harga dikalangan peniaga memberi keadilan kepada mereka dan juga pembeli? Imam Ibn Taimiyyah menjelaskan dalam bab Al-Hasabah, jika kemaslahatan orang ramai tidak dapat dipenuhi kecuali dengan berlakunya pengawalan terhadap harga, maka laksanakanlah pengawalan harga ke atas mereka dengan cara yang adil dan saksama. Jika masyarakat dapat memenuhi keperluan dan kemaslahatan mereka tanpa sebarang kawalan harga, maka ia tidak boleh dilaksanakan. <\/p>\n<p>Pasaran dibiarkan berkembang dengan tabiatnya. Sahabat Rasulullah SAW mengadu kepada baginda perihal kenaikan harga. Mereka meminta baginda menetapkan dan menurunkan harga. Namun, Rasulullah SAW enggan kerana bimbang akan berlaku zalim terhadap penjual. Walaubagaimanapun, ia bukanlah justifikasi untuk menafikan peranan kerajaan dalam mengawal harga di pasaran. Bahkan, Rasulullah SAW, Sayyidina \u2018Umar Al-Khattab serta beberapa sahabat lain sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada para penjual dan pembeli agar sentiasa menjunjung prinsip keadilan dalam berurusniaga.<\/p>\n<p>Seorang tokoh ekonomi Islam, Muhammad Akram Khan dalam karyanya berjudul Al-Hisba and Islamic Economy menerangkan bahawa pelaksanaan institusi sosial hisbah berperanan untuk mencapai keseimbangan dalam perjalanan ekonomi negara. Selain itu, institusi hisbah juga dapat memastikan pengeluaran dan penawaran bebas daripada unsur penipuan, monopoli, dan sorokan. Begitu juga ia berperanan untuk memantau kawalan harga daripada dimanipulasi oleh golongan yang tamak dan berkepentingan termasuk mengawasi penyalahgunaan harta dan kewangan awam.<\/p>\n<p>Jika beginilah hasrat kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup bagi menyelesaikan kemelut inflasi dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab, maka wajarlah. Persoalannya, sejauhmana kewajaran dan kebenaran itu? Pokok penilaian di sini adalah, adakah kerajaan telah menunaikan kewajiban-kewajiban sebenar terhadap rakyat? Firman Allah SWT yang bermaksud, \u201corang-orang yang telah Kami teguhkan kedudukan mereka (kekuasaan) di bumi, nescaya mereka akan mendirikan solat, memberikan zakat, menyuruh perkara ma\u2019ruf dan mencegah kemungkaran\u201d (Surah Al-Hajj : 41).<\/p>\n<p>Empat bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (September), Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen. Sebulan selepas kenaikan itu (Oktober), harga pula dinaikkan sebanyak 34 sen. Menjelang tahun 2014 (Disember), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 4.99 sen. Adakah \u2018pakej kenaikan\u2019 ini munasabah? Walaupun perbahasan kenaikan ini agak kompleks, cukuplah jika ia dikatakan adalah berpunca daripada polisi rasionalisasi subsidi untuk mengurangkan beban kewangan awam demi untuk mengejar status negara maju dan berpendapatan tinggi 6 tahun lagi.   <\/p>\n<p>Beban kewangan awam adalah akibat daripada pengurusan yang tidak pruden. Jika kerajaan menyalahkan rakyat kerana sikap dan gaya hidup menyebabkan tekanan kewangan peribadi, maka fi\u2019il yang sama diwarisi daripada kerajaan. Mengapa perbelanjaan tambahan 2012 diluluskan sebanyak RM 12.17 bilion pada pertengahan tahun lalu? Mengapa ketirisan yang didakwa oleh Menteri Kewangan Kedua dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 berjumlah RM 1.5 bilion? Mengapa hutang kerajaan konsisten meningkat dari tahun 2001 sehingga mencapai kemuncak paling tinggi pada tahun 2012 iaitu RM 502.4 bilion bersamaan 53.7% daripada KDNK? Setiap rakyat menanggung hampir RM 17,000. Mengapa indeks komposit FTSE Bursa Malaysia jatuh sebanyak 22.46 mata pada Julai lalu? Mengapa dalam tempoh yang hampir sama, nilai ringgit ditutup pada kadar paling rendah berbanding dolar Amerika sejak 3 tahun lalu?<\/p>\n<p>Berbalik kepada soalan di awal introduksi tadi, adakah mengekang kenaikan harga pasaran dikalangan peniaga memberi keadilan kepada mereka dan pembeli? Jawapannya, jika mengambil kira bagaimana kerajaan mengurus ekonomi negara sepanjang tahun lalu, maka jawapannya adalah tidak wajar. Tidak adil. Zalim. Rentetan \u2018pakej kenaikan\u2019 tersebut memaksa kenaikan inflasi. Gabenor Bank Negara Malaysia mengiyakan kesan reflektif ini. Kadar inflasi menurut beliau akan naik kepada 3.0 peratus pada tahun 2014 berbanding 2.8 peratus sekarang. Unjuran tersebut disokong juga oleh Ketua Penyelidikan Global Rantau Asia Tenggara Standard Chartered Bank yang menjangkakan lebih tinggi sehingga 3.4 peratus disebabkan penggunaan yang lebih rendah akibat peningkatan harga barangan pengguna. Disini akar pemasalahan tersebut. Siapa yang mahu dipersalahkan?<\/p>\n<p>Kerajaan harus kembali kepada landasan asal. Bukan entiti korporat yang berorientasikan keuntungan, penyata untung rugi tanpa memikirkan kebajikan sosial. Hal ini mengukur kearifan pemimpin negara. Sejak lebih 800 tahun dahulu Al-Ghazali mengungkapkan formula untuk menuntun manusia ke arah matlamat hidup yang sebenar dengan memelihara kerukunan kebajikan sosial yang terdiri daripada tahap keperluan (necessities), tahap kesenangan(conveniences) dan tahap kemewahan (refinements). Sudah tentulah gagasan matlamat yang diutarakan itu meliputi kebajikan di dunia dan di akhirat secara komprehensif. Sarjana Islam, Profesor Muhammad Al-Mubarak pernah berkata, \u201cproduction and profit are (in an Islamic system) not ends but means. The moving force of current system is profit, but an Islamic system is human welfare\u201d. Apalah gunanya mengejar status negara maju berpendapatan tinggi, jika rakyat lesu dan dihimpit kesengsaraan begini.<\/p>\n<p><em>*** MIOR ISFANDY BIN MIOR AZIZAN adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Mior Isfandy Adakah mengekang kenaikan harga dikalangan peniaga memberi keadilan kepada mereka dan juga pembeli? Imam Ibn Taimiyyah menjelaskan dalam bab Al-Hasabah, jika kemaslahatan orang ramai tidak dapat dipenuhi kecuali dengan berlakunya pengawalan terhadap harga, maka laksanakanlah pengawalan harga ke atas mereka dengan cara yang adil dan saksama. Jika masyarakat dapat memenuhi keperluan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16213,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":16213,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":600,"height":400,"file":"2013\/10\/NAJIB-DAN-HARGA-GULA.gif","filesize":179189,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":16210,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/10\/NAJIB-DAN-HARGA-GULA.gif"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20093"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20093"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20093\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16213"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20093"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20093"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20093"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}