{"id":20023,"date":"2014-02-10T13:36:30","date_gmt":"2014-02-10T05:36:30","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=20023"},"modified":"2014-02-10T09:52:21","modified_gmt":"2014-02-10T01:52:21","slug":"variasi-dakwah-padat-dan-alam-ciptaan-allah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/variasi-dakwah-padat-dan-alam-ciptaan-allah\/","title":{"rendered":"Variasi Dakwah, Padat dan Alam Ciptaan Allah"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : NM<\/p>\n<p>DUNGUN &#8211; Ketenangan dan kedamaian alam ciptaan Yang Maha Esa antara elemen yang diketengahkan dalam Kembara Tarbawi (Kembara) oleh ahli Kelab Peminat Pacuan Empat Roda Dungun Terengganu (PADAT).<\/p>\n<p>Hulu Sungai Kelemin menjadi destinasi kembara kali ini kerana kesegaran alam beraroma, yang masih terpelihara dan sukar ditemui di tempat lain.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014c.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-20025 alignleft\" alt=\"Kembara PADAT 2014c\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014c-300x168.jpg\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Bab \u2018Fil Bina\u2019, petikan dari kitab \u2018Manhaj Daurah Tadribiyyah\u2019 karangan Pesuruhjaya Pas Terenggganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, menjadi teks pilihan yang dibentangkan oleh Ketua Ekspedisi Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.<\/p>\n<p>Ustaz Azman adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang yang kini mengetuai Lujnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT).<\/p>\n<p>Seorang ahli Kembara, Wan Adib Wan Zain, menyifatkan program tahunan tersebut kali ini merupakan variasi dakwah dalam berjemaah dan berukhuwah yang tidak mudah dilupakan.<\/p>\n<p>&#8220;Pengisian rohani dan jasmani kepada peserta Kembara Tarbawi Sungai Kelemin kali ini merupakan variasi dakwah yang sangat menarik,<\/p>\n<p>\u201cdengan tarbiyah, kesabaran serta kemahiran kecekapan mengendali kenderaan \u20184&#215;4\u2019 di hutan rimba serta semangat kerjasama yang tinggi dapat merapatkan ukhwah di kalangan peserta,\u201dujarnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014b.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-20026 alignright\" alt=\"Kembara PADAT 2014b\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014b-300x168.jpg\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Beliau yang juga Ketua Unit Khas Lajnah Tarbiyyah BPPNT mengakui \u2018terpukau\u2019 dengan alam ciptaan Allah yang indah dan damai, menjadi nikmat \u2018mata dan naluri\u2019 kepada semua 88 orang peserta yang menyertai Kembara tersebut.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Pengarah Kembara Yusri Abdul Rani, bersedia untuk menyingkap dan meneroka rahsia kebesaran Allah dengan menganjurkan aktiviti seumpamanya pada masa depan.<\/p>\n<p>&#8220;PADAT bersedia meneruskan lagi kembara ini, meneroka alam dan menginsafi kebesaran Allah SWT sambil mengislah diri,<\/p>\n<p>\u201cpada masa akan datang PADAT mungkin akan menjadikanya sebagai acara wajib kepada setiap ahli,&#8221; ujarnya.<br \/>\nKembara bermula dengan konvoi yang bergerak dari bandar Dungun pada pagi Jumaat 7 Februari, dengan 33 Buah kenderaan pancuan empat roda menyusuri jalan ke Hulu Dungun.<\/p>\n<p>Dalam perjalanan, konvoi Kembara Tarbawi PADAT berhenti di Kampung Jongok Batu untuk menepati janji kepada Allah, menunaikan Solat Jumaat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014d.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-20027 alignleft\" alt=\"Kembara PADAT 2014d\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014d-300x168.jpg\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Cabaran bermula apabila konvoi mula memasuki jalan berbatu dan berbukit sejauh 20 km dengan merentasi beberapa anak sungai yang jernih.<\/p>\n<p>Sembilan puluh minit perjalanan Kembara kali ini tanpa halangan cuaca kerana tengkujuh sudah berlau hamper sebulan lalu.<\/p>\n<p>Matahari terik dan jalan yang berdebu, sesekali menyebabkan beberapa peserta agak cemas apabila kenderaan tersangkut semasa menyeberang sungai yang berbatu.<\/p>\n<p>Ustaz Azman Shapawi dalam \u2018pembentangan\u2019 beliau kepada peserta seusai solat Magrib menekankan \u2018pembinaan diri\u2019 individu muslim dalam proses penting, satu perjalanan seorang da&#8217;ie.<\/p>\n<p>Menurutnya, tidak ada cita-cita lain bagi seorang pendakwah itu, kecuali wajib baginya menegakkan cita-cita menegakkan Islam yang menjadi objektif PAS.<\/p>\n<p>Dalam kesunyian rimba lewat malam hari, kuliah seumpama itu amat berkesan mendidik \u2018jiwa\u2019, tanpa gangguan \u2018hiruk pikuk\u2019 duniawi, para peserta \u2018fokus\u2019 terhadap isi kandungan yang disampaikan Ustaz Azman.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014e.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-20028 alignright\" alt=\"Kembara PADAT 2014e\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014e-300x168.jpg\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/a>Acara BBQ suatu kegembiraan yang menjadi kelaziman kepada acara riadah seperti Kembara itu, menjadi kemuncak acara pada Jumaat malam.<\/p>\n<p>Ia disambung pada dinihari seketika selepas itu, dengan acara \u2018Qiam\u2019 dan kuliah subuh, padat memenuhi dada dan akal para peserta.<br \/>\nMenghargai ciptaan Allah adalah suatu ibadah, justeru sebelum meninggalkan \u2018flora dan fauna\u2019 Sungai Kelemin, para peserta seperti faham tugasan mereka.<\/p>\n<p>Sesungguhnya Allah telah berfirman; \u201ctelah zahir kerosakan di daratan dan lautan, kerana tangan-tangan manusia itu sendiri,\u201d.<\/p>\n<p>Tapak perkhemahan kami tinggalkan tanpa \u2018makar\u2019 dari sampah sarap, dan alam ciptaan Allah akan kekal, sesuai dengan penciptanya yang gemarkan \u2018bersih dan indah\u2019.<br \/>\nKami bertolak pulang dari Hulu Dungun, dengan seribu keinsafan, sebelum sang mentari condong ke sebelah barat pada Sabtu 8 Februari.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : NM DUNGUN &#8211; Ketenangan dan kedamaian alam ciptaan Yang Maha Esa antara elemen yang diketengahkan dalam Kembara Tarbawi (Kembara) oleh ahli Kelab Peminat Pacuan Empat Roda Dungun Terengganu (PADAT). Hulu Sungai Kelemin menjadi destinasi kembara kali ini kerana kesegaran alam beraroma, yang masih terpelihara dan sukar ditemui di tempat lain. Bab \u2018Fil Bina\u2019, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":20024,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":20024,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":799,"height":449,"file":"2014\/02\/Kembara-PADAT-2014a.jpg","filesize":101106,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":20023,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kembara-PADAT-2014a.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20023"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20023"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20023\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20024"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20023"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20023"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20023"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}