{"id":19478,"date":"2014-01-22T20:17:42","date_gmt":"2014-01-22T12:17:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=19478"},"modified":"2014-01-22T20:17:42","modified_gmt":"2014-01-22T12:17:42","slug":"isu-diskriminasi-wanita-bertudung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-diskriminasi-wanita-bertudung\/","title":{"rendered":"Isu Diskriminasi Wanita Bertudung"},"content":{"rendered":"<p>Sebuah syarikat pembinaan Castment bertindak keterlaluan dengan menghentikan persembahan artis jemputan Marinatasha Isnariah Mustapar, penyanyi kumpulan Rufus  dalam suatu majlis keramaian syarikat tersebut serta diminta turun dan dimarahi kerana bertudung. Beliau tampil membuat laporan polis dengan mendakwa diskriminasi dan dinafikan membuat persembahan hanya kerana bertudung.<\/p>\n<p>Dalam ruang demokrasi di negara ini, hak asasi seseorang itu sepatutnya dihormati. Dalam keadaan beliau bertudung litup menutup aurat, syarikat Castment tidak boleh menolak seseorang hanya kerana beliau bertudung kerana hak berpakaian adalah hak individu apatah lagi apabila seseorang berpakaian sopan. Lebih dari itu, bertudung adalah suatu kewajipan bagi seluruh umat Islam dari kaum wanita. Castment sepatutnya memahami budaya dan amalan di negara ini yang menghendaki wanita Islam berpakaian demikian.<\/p>\n<p>Isunya bukan setakat mendiskriminasikan wanita bertudung daripada membuat persembahan. Persoalan lebih besar adalah bagaimana budaya dan masyarakat di Malaysia membenarkan sesuatu persembahan sehingga seseorang artis wanita dikehendaki berinteraksi dengan penonton dengan menyanyi dan menari bersama mereka, dan kriteria utamanya adalah tidak bertudung.<\/p>\n<p>Persembahan jenis apakah itu sehingga wanita bertudung dianggap tidak sesuai bagi \u2018berinteraksi dan bercampur\u2019 dengan tetamu? Mengapa perlu wanita tidak bertudung dijadikan syarat mengadakan persembahan jika bukan aksi \u2018nakal\u2019 diperlukan supaya penonton atau tetamu tidak merasa malu atau janggal bermesra dengan artis tersebut pada majlis yang diadakan?<\/p>\n<p>Jika itu yang dikehendaki oleh penganjur, Marinatasha sememangnya tidak sesuai pada majlis yang memerlukan aksi seperti yang dituntut. Namun begitu, Castment juga tidak sepatutnya menganjurkan majlis seperti itu.<\/p>\n<p>Isu ini membuka lebih banyak pendedahan bahawa terdapat majlis-majlis persembahan yang tidak dipantau dan dikawal oleh pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Mungkinkah ada pelbagai majlis hiburan lain yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat sebagai acara tahunan atau penghargaan kepada tetamunya atau kakitangan mereka sehingga memberi persembahan yang melanggar syariat Islam di negara umat Islam ini?<\/p>\n<p>DR USTAZ RIDUAN MOHD NOR<br \/>\nAhli Jawatankuasa PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebuah syarikat pembinaan Castment bertindak keterlaluan dengan menghentikan persembahan artis jemputan Marinatasha Isnariah Mustapar, penyanyi kumpulan Rufus dalam suatu majlis keramaian syarikat tersebut serta diminta turun dan dimarahi kerana bertudung. Beliau tampil membuat laporan polis dengan mendakwa diskriminasi dan dinafikan membuat persembahan hanya kerana bertudung. Dalam ruang demokrasi di negara ini, hak asasi seseorang itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19479,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":19479,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":373,"file":"2014\/01\/marina-3.jpg","filesize":21174,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":19478,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/marina-3.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19478"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19478"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19478\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19479"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}