{"id":19160,"date":"2014-01-13T08:47:58","date_gmt":"2014-01-13T00:47:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=19160"},"modified":"2014-01-13T08:47:58","modified_gmt":"2014-01-13T00:47:58","slug":"kenali-muhammad-rasulullah-saw","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kenali-muhammad-rasulullah-saw\/","title":{"rendered":"Kenali Muhammad RasuluLlah SAW"},"content":{"rendered":"<p>Assalamu&#8217;aikum saudara dan saudariku,<br \/>\nAlhamduliLlah hari ini Isnin 11 Rabi&#8217;ulAwwal dan esok adalah 12hb, marilah kita mulakan ingatan kita kepada RasuluLlah lebih awal dengan mengenali dirinya supaya lebih kasih dan sayang kepadanya menjelang MaulidurRasul.<\/p>\n<p>Posting ni agak panjang tapi ambillah sedikit masa dan bacalah perlahan-lahan.<\/p>\n<p>Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.<br \/>\nTarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).<br \/>\nTempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.<br \/>\nNama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.<br \/>\nPengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).<br \/>\n<a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/makam-halimah.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-19167 alignright\" alt=\"makam-halimah\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/makam-halimah-300x200.jpg\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).<br \/>\nIbu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).<\/p>\n<p>USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.<\/p>\n<p>USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa &#8216; (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.<\/p>\n<p>USIA 8 TAHUN Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.<\/p>\n<p>USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. \u2022 Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.<\/p>\n<p>USIA 20 TAHUN Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab &#8216; Sirah &#8216; , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan &#8216; perjanjian Al-Fudhul &#8216; ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.<\/p>\n<p>USIA 25 TAHUN Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.<\/p>\n<p>USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan &#8216; Hajarul-Aswad &#8216; ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.<\/p>\n<p>USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira &#8216; sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.<\/p>\n<p>USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal\/ 24 September 622M.<br \/>\nUSIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah\/ 8 Jun 632 Masihi.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/caravan.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-19163 alignleft\" alt=\"caravan\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/caravan-300x199.jpg\" width=\"300\" height=\"199\" \/><\/a><strong>ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW <\/strong><br \/>\nKhadijah Binti Khuwailid.<br \/>\nSaudah Binti Zam&#8217;ah.<br \/>\nAisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).<br \/>\nHafsah binti &#8216; Umar (anak Saidina &#8216; Umar bin Al-Khattab).<br \/>\nUmmu Habibah Binti Abu Sufyan.<br \/>\nHindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).<br \/>\nZainab Binti Jahsy.<br \/>\nMaimunah Binti Harith.<br \/>\nSafiyah Binti Huyai bin Akhtab.<br \/>\nZainab Binti Khuzaimah (digelar &#8216; Ummu Al-Masakin &#8216; ; Ibu Orang Miskin).<\/p>\n<p><strong>ANAK-ANAK RASULULLAH SAW <\/strong><br \/>\nQasim<br \/>\nAbdullah<br \/>\nIbrahim<br \/>\nZainab<br \/>\nRuqaiyah<br \/>\nUmmi Kalthum<br \/>\nFatimah Al-Zahra &#8216;<\/p>\n<p><strong>ANAK TIRI RASULULLAH SAW <\/strong><br \/>\nHalah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).<\/p>\n<p><strong>IBU SUSUAN\/SAUDARA SUSUAN<\/strong><br \/>\n1. Thuwaibah Hamzah, Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad<br \/>\n2. Halimah Al-Saidiyyah Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib Abdullah bin Harith bin Abdul &#8216; Uzza Syaima &#8216; binti Harith bin Abdul &#8216; Uzza &#8216; Aisyah binti Harith bin abdul &#8216; Uzza<br \/>\n<strong><br \/>\n<\/strong><strong>BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW <\/strong><br \/>\n(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)<br \/>\nAl-Harith Muqawwam Zubair Hamzah ***<br \/>\nAl-Abbas ***<br \/>\nAbu Talib Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)<br \/>\nAbdul Ka &#8216; bah<br \/>\nHijl<br \/>\nDhirar<br \/>\nUmaimah Al-Bidha (Ummu Hakim)<br \/>\nAtiqah ## Arwa ## Barrah Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***<br \/>\n*** Sempat masuk Islam. ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.<\/p>\n<p>Sabda Rasulullah SAW:<br \/>\n&#8220;Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.&#8221; (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )<\/p>\n<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/SAW-house.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-19164 alignright\" alt=\"SAW house\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/SAW-house-300x217.jpg\" width=\"300\" height=\"217\" \/><\/a><\/strong><strong>KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Sifat Fizikal<\/strong><br \/>\nBegitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata menggambarkan RasuLlahSAW para sahabat ialah:<br \/>\n&#8211; Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW<br \/>\n&#8211; Aku melihat cahaya dari lidahnya<br \/>\n&#8211; Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.<br \/>\n&#8211; Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.<br \/>\n&#8211; Rasulullah umpama matahari yang bersinar.<br \/>\n&#8211; Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.<br \/>\n&#8211; Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.<br \/>\n&#8211; Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.<br \/>\n&#8211; Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.<br \/>\n&#8211; Wajahnya seperti bulan purnama.<br \/>\n&#8211; Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.<br \/>\n&#8211; Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampaK jelas semasa marah.<br \/>\n&#8211; Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.<br \/>\n&#8211; GariS2 merah dibahagian putih mata, luas kelopak, kebiruan di sudut. &#8211; &#8211; Hidung agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas.<br \/>\n&#8211; Mulut baginda sederhana luas dan cantik.<br \/>\n&#8211; Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.<br \/>\n&#8211; Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.<br \/>\n&#8211; Janggutnya penuh dan tebal menawan.<br \/>\n&#8211; Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.<br \/>\n&#8211; Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.<br \/>\n&#8211; Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.<br \/>\n&#8211; Rambutnya sedikit ikal.<br \/>\n&#8211; Rambutnya tebal(sesekali)menyentuh pangkal telinga, mencecah bahu disisir<br \/>\n&#8211; Rambutnya terbelah di tengah.<br \/>\n&#8211; Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan menganjur dada ke pusat.<br \/>\n&#8211; Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya<br \/>\n&#8211; Seimbang antara kedua bahunya.<br \/>\n&#8211; Pergelangan tangan &amp; tapak lebar, jari juga besar dan tersusun cantik.<br \/>\n&#8211; Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.<br \/>\n&#8211; Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.<br \/>\n&#8211; Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.<br \/>\n&#8211; Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.<br \/>\n&#8211; Warna kulitnya tidak putih atau coklat tapi campuran coklat dan putih.<br \/>\n&#8211; Warna putihnya lebih banyak.<br \/>\n&#8211; Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.<br \/>\n&#8211; Warna kulitnya putih tapi sihat.<\/p>\n<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/jubah_rasulullah_s_a_w.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-19165 alignleft\" alt=\"jubah_rasulullah_s_a_w\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/jubah_rasulullah_s_a_w-300x186.jpg\" width=\"300\" height=\"186\" \/><\/a><\/strong><strong>WARNA-WARNA KEGEMARAN RASULULLAH<\/strong><br \/>\n1. Daripada Ja\u2019far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: \u201cSesungguhnya Rasulullah \ufdfaberpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.\u201d .<br \/>\n2. Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: \u201cAku pernah melihat Nabi \ufdfamemakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya\u2026\u201d.<br \/>\n3. Annas bin Malik mengatakan, \u201cWarna yang paling disukai oleh Rasulullah \ufdfa adalahhijau.\u201d.<br \/>\n4. Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: \u201cPada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.\u201d.<br \/>\n5. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : \u201cPernah Nabi \ufdfa keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.\u201d.<br \/>\n6. Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : \u201cPernah Rasulullah \ufdfa berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.\u201d.<br \/>\n7. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad \ufdfa pernah memakai pakaian berwarnahitam, merah hati, kelabu dan warna campuran..<br \/>\n8. Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : \u201cNabi \ufdfamenutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.\u201d.<\/p>\n<p><strong>KENDERAAN RASULULLAH SAW<\/strong><\/p>\n<p><strong>Kuda &#8211; Lizaz, Dharib, dan Luhaif.<\/strong><br \/>\nKuda pertama yang dimiliki Rasulullah SAW bernama as-Sakb. Beliau membelinya dari seorang Arab Baduwi dari Bani Fazarah seharga 10 uqiyah (mata uang zaman dahulu). Saat dimiliki penjualnya, ia bernama ad Dharis, lalu oleh Rasulullah saw diganti dengan as-Sakb. Kuda tersebut memiliki warna putih di kaki dan kepalanya sebelah kanan. Itu adalah kuda pertama Rasulullah saw yang digunakan di medan perang.Ia memiliki pakaian dari kulit. Suatu saat Rasulullah saw lumba pacuan kuda, dan beliau mengendarainya lalu beliau menang. Karena itu beliau senang padanya. -Al Murtajaz. Rasulullah saw membelinya dari seorang Arab Baduwi yang disaksikan oleh Khuzaimah bin Tsabit. Baduwi tersebut dari Bani Murrah. Sahl bin Saad as Saidi berkata:\u201cRasulullah saw memiliki tiga ekor kuda yang kupelihara, yaitu: Lizaz, Dharib, dan Luhaif. Adapun Lizaz adalah hadiah dari al Muqoiqis; sedangkan Luhaif hadiah dari Rabiah bin Abi Bara, yang dibalas Rasulullah saw dengan beberapa baju kulit dari Bani Kilab; dan Dharib adalah hadiah dari Farwah bin Amr al Judzami. &#8211; Al Wardu. Ini adalah hadiah dari Tamim ad Dari. Lalu diberikan kepada Umar. Beberapa saat kemudian oleh Umar kuda tersebut dijual<\/p>\n<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/muhammad_saw_sifatlebah_14.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-19166 alignright\" alt=\"muhammad_saw_sifatlebah_14\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/muhammad_saw_sifatlebah_14-300x204.jpg\" width=\"300\" height=\"204\" \/><\/a><\/strong><strong>Bagal dan Keldai (Duldul dan Ufair)<\/strong><br \/>\nDisamping kuda, Rasulullah saw memiliki bagal yang beliau kendarai saat bepergian. Rasulullah saw biasa menumbuk gandum sebagai makanan bagal tersebut.Bagal yang bernama Duldul tersebut masih hidup sepeninggal Rasulullah saw, hingga tanggal gigi-giginya.Hingga akhirnya ia meninggal di Yanbu\u2019.Adapun keldai rasulullah saw yang bernama Ufair mati saat haji Wada\u2019.<\/p>\n<p><strong>Unta &#8211; al-Qaswa<\/strong><br \/>\nRasulullah saw juga memiliki 20 Unta yang dibiarkan berkeliaran. Setiap malam diperah susunya hingga terkumpul 2 geriba (tempat susu dari kulit) yang besar. Diantara unta-unta tersebut ada beberapa unta yang banyak susunya, yaitu: al-Hanna, as-Samra\u2019, al-Urais, as-Sa\u2019diyah, al-Baghum, al-Yasirah, dan ar-Rayya. Ada unta yang bernama Burdah, hadiah dari ad-Dahhak bin Sofyan, yang juga deras perahan susunya. Adapula yang bernama Mahrah dan as-Saqra\u2019 merupakan kiriman dari Sa\u2019d bin Ubadah. Dua unta tersebut adalah kenderaan terbaik dari Bani Uqail.Adapula yang bernama al\u2019Adhba\u2019 yang dibeli oleh Abu Bakar dari Bani Harisy seharga 800 dirham. Kemudian dibeli Rasulullah saw dengan 400 dirham. Unta tersebut dikendarai saat hijrah ke Madinah. Ketika beliau tiba di Madinah, unta itu merupakan tunggangan yang terbaik. Itulah yang disebut al-Qoswa, terkadang disebut al-Jad\u2019a. Karena menyusahkan kaum muslimin, maka diikat agar tidak berontak lari.<\/p>\n<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/topi-besi-rasulullah-saw.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-19168 alignleft\" alt=\"topi-besi-rasulullah-saw\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/topi-besi-rasulullah-saw-300x208.jpg\" width=\"300\" height=\"208\" \/><\/a>Kasut Rasulullah<\/strong><br \/>\nBuraidah berkata: Raja an-Najasyi menghadiahkan sepasang kasut berwarna hitam pekat kepada Rasulullah. Rasulullah memakai kasut itu. Kemudian, beliau berwudhuk dan hanya menyapu air pada kasut itu. (Hadis sahih. Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)<\/p>\n<p><strong>Selipar RasuluLlah<\/strong><br \/>\nQaradah r.a meriwayatkan bahwa beliau bertanya :\u201dBagaimana keadaan capal Rasulullah s.a.w?\u201d beliau menerangkan :\u201dBagi setiap capal terdapat dua jaluran tali kulit.\u201dHadis yang serupa diriwatkan oleh Abu Hurairahr.a:\u201d Di tanah Arap keadaan capalnya berbeza dengan bentuk capal yang digunakan hari ini. Bentuk capal itu ialah dua jalur tali kulit dilekatkan ke tapak kulitnya seperti selipar sekarang. Ini adalah kerana pada zaman tersebut tidak ada sepatu seperti yang kita pakai hari ini.\u201d<br \/>\n<strong><br \/>\nTempat Tidur RasuLlah<\/strong><br \/>\nAisyah RA meriwayatkan,&#8221;Sungguh, tempat tidur Rasulullah SAW, terbuat dari kulit binatang yang diisi dengan sabut.&#8221;(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad).Muhammad bin Ali bin Hussain meriwayatkan,&#8221;Seseorang bertanya kepada Aisyah, &#8216;Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?&#8217;. Ia menjawab, &#8216;Terbuat dari kulit yang diisi dengan sabut.&#8217;.&#8221;&#8221;Seseorang bertanya pada Hafshah, &#8216;Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?&#8217;. Ia menjawab, &#8216;Kain mori yang kami lipat dua kali, hingga beliau tidur diatasnya. Pada suatu malam, saya beranggapan bahawa jika saya melipatnya empat kali, nescaya tempat tidur itu menjadi lebih empuk. Maka, kami pun melipatnya empat kali. Namun, saat terbangun, beliau bertanya, &#8216;Apa yang kalian sediakan untuk tempat tidurku tadi malam? Kami menjawab, &#8216;Itu memang tempat tidur engkau, hanya saja kami melipatnya empat kali supaya lebih empuk.&#8217; Maka Rasulullah SAW bersabda, &#8216;Kembalikanlah seperti semula! Kerana keempukannya telah menghalangiku untuk melaksanakan solat malam.&#8217;.&#8221;(Riwayat Tirmidzi). Sumber : Syamail Muhammad SAW &#8211; Imam al-Tirmizi<br \/>\n<strong><br \/>\nMakan dan Minuman kegemaran RasuluLlah<\/strong><br \/>\nBarli, susu, cendawan, kurma, buah tin, tembikai, delima, madu, minyak zaitun, cuka, air<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Assalamu&#8217;aikum saudara dan saudariku, AlhamduliLlah hari ini Isnin 11 Rabi&#8217;ulAwwal dan esok adalah 12hb, marilah kita mulakan ingatan kita kepada RasuluLlah lebih awal dengan mengenali dirinya supaya lebih kasih dan sayang kepadanya menjelang MaulidurRasul. Posting ni agak panjang tapi ambillah sedikit masa dan bacalah perlahan-lahan. Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19161,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[42],"tags":[],"better_featured_image":{"id":19161,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":509,"height":300,"file":"2014\/01\/maulidur-rasul.jpg","filesize":63513,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1266828857","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":19160,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2014\/01\/maulidur-rasul.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19160"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19160"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19160\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19161"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19160"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19160"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19160"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}