{"id":18474,"date":"2013-12-31T22:07:10","date_gmt":"2013-12-31T14:07:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=18474"},"modified":"2013-12-31T22:07:10","modified_gmt":"2013-12-31T14:07:10","slug":"tahun-baru-2014-tahun-lanyak-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tahun-baru-2014-tahun-lanyak-rakyat\/","title":{"rendered":"Tahun Baru 2014, \u201cTahun Lanyak Rakyat\u201d ?"},"content":{"rendered":"<p>Assalamu\u2019alaikum kepada semua rakyat Malaysia keseluruhannya dan Terengganu khususnya. Saya ingin mengucapkan \u201cSelamat Menyambut Tahun Baru 2014\u201d yang bakal menjenguk kita tidak sampai beberapa jam lagi. Kami berdoa dan berharap agar anda semua berada dalam rahmat Allah sentiasa.<\/p>\n<p>Rahmat dalam semua bentuk, bukan sahaja dari segi kehidupan peribadi malahan lebih jauh dari itu rakyat semua dilimpahi rahmat melalui keadilan yang dikehendaki Islam dalam pentadbiran politik, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan, undang-undang dan dalam semua segi insyaAllah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/popular-votes-ge13.png\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-18476 alignleft\" alt=\"popular votes ge13\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/popular-votes-ge13-202x300.png\" width=\"202\" height=\"300\" \/><\/a>Izinkan saya membuat sedikit sorotan tentang perjuangan PR tahun 2013, halangannya dan harapan kita di tahun 2014. Semoga rakyat yang membaca pandangan ini sedar akan apa yang berlaku dan berusaha merubahnya demi anak cucu mereka. Sistem keadilan dalam Islam tidak berlaku dalam pentadbiran negara kita sehingga kini walaupun sudah berlaku perubahan besar dalam PRU 13 baru-baru ini dimana 53% rakyat telah memberikan undi popular kepada Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p>Tapi sayangnya format \u201cfirst past the post\u201d menjadi penghalang kepada sokongan rakyat ini. Dan akibatnya negara sekali lagi diperintah oleh tangan-tangan yang menjauhkan rakyat daripada corak pemerintahan yang berteraskan Islam dan juga keselesaan. Sistem pilihanraya kita jelas terkongkong dengan helah yang berbagai sehinggakan Suruhanjaya Pilihanraya sepatutnya menjadi pengadil, turut masuk padang bersama-sama BN membentes kaki PR bagi memastikan kemenangan BN. Apa tidaknya dengan isu dakwat kekal sahaja mereka terkial-kial mencari jawapan.<\/p>\n<p>Itu belum termasuk lagi dengan isu kad pengenalan dan juga isu kerakyatan yang sangat menganehkan kita semua. Selepas menang PRU 13, setelah berjanji kepada rakyat kini masanya BN mengotakan janji-janji mereka. Malangnya rakyat terus menerus diperbodohkan oleh BN yang diketuai oleh Umno. Harapan bagi melihat harga kereta turun, sebaliknya mereka mahu melupuskan kereta berusia 12 tahun dan sekaligus \u201cmemaksa\u201d rakyat buat hutang kereta baru sebaik sahaja selesai hutang kereta lama.<\/p>\n<p>Kenaikan harga barang sepertinya kutipan bayaran balik kepada kerajaan setelah bertungkus lumus \u201cmemberikan\u201d segala kehendak rakyat ketika menabur janji-janji PRU, terus terusan berlaku kenaikan. Ada kenaikan yang sudah berlaku seperti kenaikan harga minyak, gula, tambang dan yang berada dalam barisan menunggu untuk 2014 pula ialah tol, GST, letrik dan lain-lain. Malang bagi ahli dan penyokong bawahan Umno-BN kerana mereka tiada kad pengecualian kepada semua kenaikan ini dengan kata lain, bayar tetap bayar tak kira walaupun engkau sokong BN dulu, kini selamanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/tmp_IMG_20131228_172439-1089150397.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-18373 alignright\" alt=\"tmp_IMG_20131228_172439-1089150397\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/tmp_IMG_20131228_172439-1089150397-300x186.jpg\" width=\"300\" height=\"186\" \/><\/a>Dan lebih memeritkan hati ialah jawapan-jawapan menteri yang mungkin separa sedar, ketika memberikan jawapan. Ugut dan memperbodohkan rakyat adalah ciri-ciri utama menteri kabinet masa kini. Bila tersepit dengan isu buatan mereka sendiri, mereka akan menuduh rakyat cuba menggulingkan kerajaan. \u201cKeluar Malaysia jika tidak suka pada tindakan kerajaan\u201d\u201dHarga kita masih rendah berbanding negara lain\u201d \u201c Jangan beli jika mahal\u201d \u201c Tiada aduan kenaikan harga bermakna rakyat setuju dengan kenaikan harga\u201d adalah jawapan-jawapan \u2018standard\u2019 oleh menteri-menteri yang begitu setia dan patuh kepada keputusan kerajaan dan tidak pernah gagal dalam membodohkan pemikiran rakyat.<\/p>\n<p>Rakyat dipaksa berjimat dalam masa yang sama, kroni pula membeli kondo berharga 110 juta, acara menyambut Tahun Baru mereka berhabis-habisan dengan bunga api dan lain-lain pertunjukan dan pembaziran. Langkah memotong elaun dilihat hanya sebagai \u2018pain killer\u2019 kepada amukan rakyat. Isu pembaziran tidak diselesaikan, oleh itu pemotongan elaun kurang makna.<\/p>\n<p>Sistem pendidikan kita juga gagal dalam melahirkan pelajar-pelajar yang kita mahu kategorikan sebagai modal insan. Mereka mungkin berjaya dalam hal keduniaan, tetapi meminggirkan aspek keagamaan. Tidak sedikit daripada siswa-siswi, graduan-graduan yang muncul wajah mereka di dada-dada akhbar atas kes-kes yang memualkan kita semua.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/bahana-seks-bebas.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-18477 alignleft\" alt=\"bahana seks bebas\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/bahana-seks-bebas-300x277.jpg\" width=\"300\" height=\"277\" \/><\/a>Zina, buang anak, dadah, rempit terkadang sebati dengan mereka walaupun terpelajar. Sayang, ilmu dunia memandu mereka ke arah yang dimurkai Allah bukan redha Allah. Manakala institusi-institusi yang berteraskan keagamaan seperti Sekolah Agama Rakyat yang sudah terbukti keberkesanannya melahirkan insan-insan yang faham agama, dibiarkan mati dengan pelbagai alasan politik yang diluar penerimaan akal yang waras. Malahan permintaan yang sangat tinggi kepada sekolah agama negeri seperti yang berlaku di Terengganu, membuktikan bahawa sistem sekular gagal membina sahsiyah pelajar-pelajar.<\/p>\n<p>Di Terengganu juga, kesan kenaikan harga barang paling dirasai. Ini jelas dilihat apabila harga-harga barangan keperluan meningkat sehinggakan lebih mahal dari bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Dengan bajet yang sentiasa defisit, tetapi besar iaitu kira-kira 2.2 billion, kerajaan masih gagal dalam menangani banyak perkara-perkara penting. Keutamaaan bajet lebih kepada pembangunan material iaitu projek-projek tetapi dengan kualiti yang menghampakan. Lihatlah contoh keruntuhan demi keruntuhan yang berlaku dengan projek-projek kerajaan kepada kontraktor-kontraktor yang berulang-ulang melakukan kesilapan yang sama.<\/p>\n<p>Akibat salah urus, seperti yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara baru-baru ini, maka timbullah isu seperti pembaziran, pecah amanah, ketirisan atau mungkin kebocoran yang sangat nyata. Amanah rakyat dibakul sampahkan. Rakyat mengharapkan dengan bajet yang besar, kualiti kehidupan semakin selesa malah jauh dari itu, persiapan untuk kehidupan akhirat mesti juga ditekankan. Tetapi malang bagi rakyat Terengganu apabila bukan sahaja perkara penting seperti agama tidak ditekankan, tetapi kehidupan biasa mereka juga menjadi tidak teratur.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/banjir-unit-amal.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-18478 alignright\" alt=\"banjir unit amal\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/banjir-unit-amal-225x300.jpg\" width=\"225\" height=\"300\" \/><\/a>Contoh terbaik ketika banjir baru-baru ini, rakyat Kemaman khasnya bukan sahaja melihat, malah merasakan sendiri jerih payahnya ketika mereka memerlukan kepada bantuan kerajaaan, mereka memperolehi kekecewaan kerana bantuan yang diharapkan diurus dengan baik. Malah sebaliknya, PAS tampil dengan pasukan Unit Amalnya telah dilihat seolah-olah menggantikan jentera kerajaan. Lebih membanggakan, PAS lebih dipercayai atau dalam bahasa Terengganu \u2018Mudah Kira\u201d dalam menyalurkan bantuan tanpa melihat kepada warna bendera mangsa sehinggakan pasukan keselamatan datang memohon bantuan dari Unit Amal.<\/p>\n<p>Sebagai penutup tirai 2013, inilah pukulan yang sangat memalukan kerajaan Umno-BN Terengganu. Oleh itu kami percaya tahun 2014 bukanlah tahun yang akan memberikan keceriaan kepada rakyat Terengganu khasnya dan juga Malaysia secara keseluruhannya. Tetapi tahun 2014 adalah tahun \u201cLanyak Rakyat\u201d oleh kerajaan Umno-BN. Walaupun kerajaan BN Terengganu menjaja &#8220;merakyat pertadbiran dan pembangunan&#8221;.<\/p>\n<p>Permulaan 2014 sudah dapat kita lihat bibit-bibit kedukaan yang bakal mengetuk pintu rumah rakyat dengan pengumuman kenaikan itu dan ini, yang mana pasti akan mencekik kehidupan rakyat jelata terutama yang miskin. Oleh itu PAS dan rakan-rakan politik semuanya akan cuba membantu rakyat demi kehidupan yang lebih baik samada dunia dan akhirat. Kami insyaAllah akan memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas disamping rakyat sendiri perlu sedar dan membuat perubahan agar \u201cmengajar\u201d Umno-BN dalam setiap pilihanraya samada kecil atau umum agar mereka tahu kuasa rakyat adalah penentu kepada kesinambungan hayat Umno-BN atau rakyat akan terus diperbodohkan dan ditindas oleh Umno-BN untuk penggal seterusnya.<\/p>\n<p>Moga dengan usaha-usaha murni yang berterusan dari PAS dan rakan-rakan akan menjadi \u201cRahmat Untuk Semua\u201d rakyat di Malaysia insyaAllah.<\/p>\n<p>YB Ustaz Mohd Nor Hamzah<br \/>\nKetua Penerangan PAS Terengganu<br \/>\nADUN Bukit Payong<br \/>\n28 Safar, 1435\/ 31 Disember 2014<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Assalamu\u2019alaikum kepada semua rakyat Malaysia keseluruhannya dan Terengganu khususnya. Saya ingin mengucapkan \u201cSelamat Menyambut Tahun Baru 2014\u201d yang bakal menjenguk kita tidak sampai beberapa jam lagi. Kami berdoa dan berharap agar anda semua berada dalam rahmat Allah sentiasa. Rahmat dalam semua bentuk, bukan sahaja dari segi kehidupan peribadi malahan lebih jauh dari itu rakyat semua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18475,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":18475,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1539,"height":1016,"file":"2013\/12\/lanyak-rakyat.jpg","filesize":268274,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":18474,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/lanyak-rakyat.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18474"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18474"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18474\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18475"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18474"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18474"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18474"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}