{"id":18258,"date":"2013-12-25T10:00:26","date_gmt":"2013-12-25T02:00:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=18258"},"modified":"2013-12-25T10:36:18","modified_gmt":"2013-12-25T02:36:18","slug":"tarikbalik-tindakan-tidak-menyambung-kontrak-guru-kafa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tarikbalik-tindakan-tidak-menyambung-kontrak-guru-kafa\/","title":{"rendered":"Tarik Balik Tindakan Tidak Menyambung Kontrak Guru Kafa"},"content":{"rendered":"<p>Saya memerhati dan melihat secara berhati-hati isu penamatan khidmat guru-guru KAFA di bawah kelolaan Yayasan Islam Terengganu yang sedang hangat diperkatakan beberapa hari ini. Setelah meneliti kandungan notis surat yang dihantar kepada guru-guru berkenaan,  saya dapati tiada alasan dikemukakan kenapa khidmat mereka tidak diperlukan lagi untuk tahun  2014.<\/p>\n<p>Setakat maklumat yang saya dapat,  seramai 21 orang guru KAFA Parlimen Kuala Nerus diberikan notis. Manakala Kuala Terengganu mencatatkan sejumlah 40 orang. Ada kakitangan Yayasan Islam Terengganu memberitahu bahawa lebih kurang 300 orang guru seluruh Terengganu dikenakan tindakan tersebut.<br \/>\n<strong><br \/>\nNaikkan Gaji,  Bukan Tamat Perkhidmatan<\/strong><\/p>\n<p>Jika keberkesanan pengajaran yang diamalkan guru-guru dipersoal,  kita patut rasa pelik kerana pada tahun 2013, Terengganu merupakan antara 3 negeri terbaik pencapaian UPKK. Saban tahun pula kerajaan negeri menjaja nama di media arus perdana bahawa pencapaian jumlah khatam quran semakin meningkat. Jika alasan tidak sambung kontrak disebabkan guru kafa sudah mempunyai kerja lain, itu lumrah. Kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun menyebabkan rakyat terpaksa melakukan lebih dari satu kerja. Guru KAFA juga tidak terkecuali dalam hal ini kerana gaji guru KAFA tidak memadai dengan kos sara hidup di Terengganu antara yang tertinggi di malaysia. Sepatutnya gaji mereka dinaikkan atas dasar menghargai sumbangan mereka terhadap kecemerlangan prestasi pendidikan Islam di bumi Terengganu.<br \/>\n<strong><br \/>\nDari Mana Peruntukan Elaun Guru Kafa?<br \/>\n<\/strong><br \/>\nElaun bulanan guru KAFA datangnya dari peruntukan JAKIM. Bukannya dari kewangan kerajaan Terengganu. Yang lebih peliknya ialah negeri-negeri lain tidak berlaku perkara ini. Bahkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang menambah jumlah elaun guru KAFA yang sedia ada.<\/p>\n<p><strong>Penglibatan JKKK?<\/strong><\/p>\n<p>Saya difahamkan kerajaan mengarahkan JKKK cawangan untuk melakukan operasi pemutihan dengan mengenalpasti guru-guru KAFA yang pro Pakatan Rakyat. Memang Menteri Besar sendiri pun pernah sebut bahawa 95 % guru KAFA merupakan penyokong pembangkang. Kalau inilah yang menjadi garispanduan tindakan tersebut,  malanglah nasib rakyat Terengganu kerana mempunyai Kerajaan yang dipimpin oleh orang-orang yang tidak rasional pemikirannya. Dan saya merasakan JKKK tiada hak untuk masuk campur urusan guru KAFA kerana Yayasan Islam Terengganu sudah ada Unit KAFA.<\/p>\n<p>Dalam keadaan kerajaan persekutuan yang mengumumkan pelbagai bentuk &#8216;insentif&#8217; kepada rakyat seperti kenaikan tariff elektrif,  kenaikan tol,  pelaksanaan GST dan seumpamanya,  maka seharusnya kerajaan negeri tidak bertindak menamatkan perkhidmatan guru-guru KAFA yang berfungsi mendidik anak bangsa dengan agama.<\/p>\n<p>Justeru,  Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu mendesak agar kerajaan negeri melalui Yayasan Islam Terengganu menarik balik tindakan tidak menyambung khidmat sebahagian guru KAFA untuk tahun 2014.<\/p>\n<p><strong>WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS<br \/>\nKetua Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu<br \/>\n24 Disember 2013<br \/>\n<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya memerhati dan melihat secara berhati-hati isu penamatan khidmat guru-guru KAFA di bawah kelolaan Yayasan Islam Terengganu yang sedang hangat diperkatakan beberapa hari ini. Setelah meneliti kandungan notis surat yang dihantar kepada guru-guru berkenaan, saya dapati tiada alasan dikemukakan kenapa khidmat mereka tidak diperlukan lagi untuk tahun 2014. Setakat maklumat yang saya dapat, seramai 21 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18259,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":18259,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":420,"file":"2013\/12\/menara-yit1.jpg","filesize":100929,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":18258,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/menara-yit1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18258"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18258"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18258\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18259"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18258"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18258"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18258"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}