{"id":17630,"date":"2013-12-10T16:30:53","date_gmt":"2013-12-10T08:30:53","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=17630"},"modified":"2013-12-10T15:57:58","modified_gmt":"2013-12-10T07:57:58","slug":"sidang-dun-usul-sabasun-tidak-jadi-dibentangkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sidang-dun-usul-sabasun-tidak-jadi-dibentangkan\/","title":{"rendered":"Sidang DUN; Usul &#8216;Sabasun&#8217; Tidak Jadi Dibentangkan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Usul yang sepatutnya dicadangkan oleh wakil rakyat PAS dalam sidang DUN semalam 9 Disember, berhubung pasaraya besar &#8216;Sabasun&#8217; ditarik balik dan tidak jadi dibentangkan atas permintaan pemiliknya, Che Salmi Che Ibrahim.<\/p>\n<p>Beliau dalam pesanan ringkasnya kepada Buletinonline berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang dan telah mencapai persepakatan &#8216;positif&#8217;<\/p>\n<p>&#8220;perteuan kami dengan Datuk Bandar (Kuala Terengganu)pada 3.30 petang Isnin 9 Disember telah membuahkan hasil yang positif ke arah penyelesaian isu antara MBKT dan Sabasun,<\/p>\n<p>&#8220;pihak Sabasun mengucapkan etinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Datuk BVandar,&#8221;ujarnya daam satu kenyaan semalam.<\/p>\n<p>Berikut adalah kenyataan penuh Che salmi Che Ibrahim;<\/p>\n<p><em>&#8220;Pertemuan kami dengan Datuk Bandar ( Kuala Terengganu ) pada pukul 3:30 petang ini Isnin 9 Disember 2013, telah membuahkan satu hasil yang POSITIF ke arah menyelesaikan isu antara pihak MBKT dan Sabasun.Pihak Sabasun ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan TerimaKasih kepada Datuk Bandar di atas kesudian beliau untuk mengendalikan satu perjumpaan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ini.<\/p>\n<p>Datuk Bandar telah membuka laluan untuk mempermudahkan urusan bagi mendapatkan CF dengan syarat beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu. Walaupun kami masih didalam proses untuk memenuhi beberapa syarat lagi yang ditetapkan oleh MBKT, pihak kami amat berbesar hati di atas kesudian Datuk Adzlan untuk mempertimbangkan satu Permit Sementara supaya pihak kami dapat berniaga seperti biasa.<\/p>\n<p>Apa yang penting pihak MBKT masih lagi membuka ruang dan pintu rundingan buat kami dan kami akan beri kerjasama penuh. Dan saya percaya tindakan oleh MBKT ini membuktikan bahawa pihak MBKT sentiasa perihatin terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh usahawan Melayu di Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>Dalam soal Sabasun2, Datuk Adzlan mengatakan bahawa ianya diluar bidang kuasa MBKT kerana  melibatkan soal pengambilan tanah dan itu dibawah kerajaan negeri iaitu dibawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu ( UPEN ).<\/p>\n<p>Disini saya ingin membuat rayuan kepada pihak UPEN agar dapat mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh Sabasun2. Secara ringkasnya, pihak UPEN ada mengatakan bahawa tanah milik kami di Sabasun2 akan diambil oleh kerajaan bagi tujuan membina Bandar Baru Perkasa Alam yang merupakan pusat perniagaan yang mengandungi aktiviti peruncitan sebagai fokus utamanya.Sabasun sendiri adalah satu entiti peruncit yang dibawahnya terdapat lebih daripada 1500 pengusaha IKS dan EKS yang membekalkan barangan kepada Sabasun untuk dijual kepada pengguna akhir. <\/p>\n<p>Selain dari itu, kami juga telah merancang untuk membina satu kompleks perniagaan bagi menyediakan ruang niaga untuk IKS dan EKS dengan kadar sewa atau pemilikan yang murah. Dengan kadar sewa yang murah ini, kami harap pihak IKS akan sentiasa berada dalam keadaan berdayamaju dan bersaing. <\/p>\n<p>Adalah menjadi harapan kami agar pihak UPEN dapat mempertimbangkan untuk menjadikan apa yang telah kita bina dan apa yang kita rancang untuk bina supaya dapat dimasukkan ke dalam Pelan Perancangan Pembangunan UPEN di kawasan ini. Semuanya itu adalah bertujuan untuk memajukan usahawan tempatan juga, sesuai dengan apa yang diucapkan oleh PM dan TPM dalam isu memajukan usahawan Bumiputera&#8230;..&#8221;<\/em><\/p>\n<p>Berikut adalah Usul yang sepatutnya dibentangkan oleh ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berhubung isu Sabasun;<\/p>\n<p>__________________________________________________________________________________<\/p>\n<p><strong>Usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu<\/p>\n<p>Dato Yang di-Pertua, <\/p>\n<p>saya YB Hj Ridzuan bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi kawasan Telok Pasu mohon mencadangkan,<\/p>\n<p>\u201cBahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincang dan merundingkan isu berkaitan tekanan yang dihadapi oleh usahawan melayu tempatan, SABASUN HyperRuncit Sdn Bhd. yang berdepan keadaan tidak dapat meneruskan perniagaan kerana pelbagai masalah yang cuma boleh diselesaikan dengan  budibicara kerajaan.<br \/>\nSecara spesifik masalah dihadapi Pasaraya Sabasun berlaku kepada kedua-dua premis perniagaannya yang pertama di Bukit Kecil dan yang kedua di wakaf Tembesu, kedua-duanya di Kuala Terengganu, di dalam kawasan Manjlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).<\/p>\n<p>SABASUN Bukit Kecil ditamatkan sewaan tanah milik MBKT dengan tempoh notis pengoongan telah berakhir pada\u2026 mendatangkan kesulitan besar selain beberapa  isu lesen dan premis perniagaan.<\/p>\n<p>SABASUN Wakaf Tembesu, MBKT menolak Pelan Pembangunan tanah 10 ekar milik SABASUN sendiri dengan merujuk keputusan kerajaan mengambil balik tanah bagi tujuan Bandar Baru Perkasa Alam.<\/p>\n<p>Dengan itu Di mana kerajaan diminta agar menghentikan sementara semua tekanan kepada SABASUN sehingga satu kajian menyeluruh dibuat serta dirundingkan, serta mencapai penyelesaian bagi membolehkan SABASUN meneruskan perniagaan.\u201d<\/p>\n<p>Tuan Yang Di Pertua,<\/p>\n<p>Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah berlaku keadaan tekanan yang mengundang risiko kegagalan perniagaan milik usahawan tempatan.ekoran proses birokrasi yang ada gagal dirakyatkan bagi memudahkan urusan pengusaha tempatan sehingga wujud keadaan tiada jalan keluar bagi SABASUN kerana kesemua premis perniagaannya berdepan masalah dengan Kerajaan. Kuasa yang ada yang sepatutnya dirakyatkan bagi menjadi pendorong dan pemudahcara bagi kelancaran urusan kemajuan keusahawanan tempatan didapati sebaliknya digunakan bagi memberi tekanan sehingga seolah-olah tiada ruang untuk bernafas dan mencari jalan keluar.<\/p>\n<p>Pada 2009 SABASUN Bukit Kecil  terpaksa merayu keputusan MBKT bagi membatalkan warta bagi lot-lot parking sepanjang jalan dihadapan premisnya. Walaupun rayuan diterima, wujud keadaan di mana ia boleh berulang lagi pada bila-bila masa dari pihak MBKT.<br \/>\nSatu-satu alternative parking adalah tanah Lot 1472, Mukim Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang disewa dari MBKT sejak tahun2001 yang kini berdepan Notis Penamatan sewa oleh MBKT melalui surat MBKT, Ruj. Bil(66)dlm.MBKT:04\/14-4 bertarikh 4hb November, 2012 yang telah tamat tempoh notisnya. Rayuan dan ulangan rayuan tidak dilayan.<\/p>\n<p>Walaupun SABASUN setiap tahun tidak pernah gagal menyambung lesen perniagaannya, SABASUN tidak dibenarkan menyambung lesen perniagaan pada  Disember 2012  dengan pelbagai alasan lisan yang tak dijelaskan secara rasmi. <\/p>\n<p>Tuan Yang Di Pertua,<\/p>\n<p>Bagi berdepan dasar Kerajaan yang terlalu mudah membuka ruang kemasukan Pasaraya besar GIANT dan MYDIN, SABASUN telah membuka premis baru perniagaan yang sedang berkembang maju di tanah Lot 14023 GM3518, Gong Layat, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu. <\/p>\n<p>Sekali lagi Kerajaan telah benarkan dua buah lagi Pasaraya besar GIANT dan MYDIN dibuka dalam jarak terlalu dekat dengan SABASUN. Bagi menghadapi persaingan SABASUN berusaha memajukan tapak tanak miliknya antara lain dengan mengemukakan cadangan mendirikan  sebuah ruang pameran baru kepada MBKT, selain sedang merancang pelan pembangunan  jangka panjang bagi keseluruhan 10.5 ekar tanah milik SABASUN ini.<br \/>\nTetapi melalui surat MBKT 12\/5\/OSC\/KPS\/121\/12 (11), MBKT telah menolak cadangan dengan memberi alasan tanah berkenaan terlibat pengambilan tanah untuk Bandar Baru Perkasa Alam. Rayuan yang dibuat tidak dipertimbangkan.<\/p>\n<p> Tuan Yang Di Pertua<\/p>\n<p>Isu keusahawanan adalah isu yang besar yang membabitkan kepentingan survival ekonomi orang melayu. Dalam kes yang dihadapi SABASUN, usahawan ini anak tempatan rakyat Terengganu yang hampir 20 tahun berjuang sendirian tanpa pertolongan dan bantuan Kerajaan.<\/p>\n<p>SABASUN ini dekat di hati rakyat kerana menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat membeli barangan keperluan harian pada harga yang sesuai dengan tema `muroh sokmo\u2019 yang menjadi identity SABASUN. Ini selain dari sumbangan SABASUN yang agak besar dalam memainkan tanggung jawab social berupa perjuangan produk halal, Palestine, Tabung bencana dan menyebar mesej yang baik tentang agama Islam.<\/p>\n<p>Saya khuatir, dalam semua isu yang menekan SABASUN, kita lupa rakyat sedang memerhatikan bagaimana Kerajaan yang bertema kan `Merakyatkan Pentadbiran\u2019 , atau menjaga kepentingan ekonomi bangsa, agama dan negeri sdedang seolah-olah secara sistematik mahu `membunuh\u2019 usahawan yang gigih dari kalangan rakyat melayu tempatan ini.<\/p>\n<p>Kerana rakyat sudah bijak dan boleh membandingkan layanan istimewa yang diberikan kepada pelabur luar yang diberi pelbagai kemudahan dalam berurusan, tapak-tapak perniagaan yang utama (prime land) dengan segala urusan diselesai kan dengan cepat. Manakala bila dibandingkan dengan SABASUN, ia disekat kiri, kanan, depan dan belakang dalam soal parking di SABASUN Bukit Kecil. Manakala wajah yang lebih buruk di SABASUN Wakaf Tembesu, tanah miliknya sendiri yang 10.5 ekar itu mahu diberi oleh Kerajaan kepada pelabur luar  untuk projek Bandar Baru Perkasa Alam.<\/p>\n<p>Bukankah lebih bagus diberikan peluang kepada SABASUN sebagai pemilik tanah mengemukakan rancangan pembangunan tanahnya sendiri supaya diserapkan sebagai sebahagian Bandar Baru Perkasa Alam? <\/p>\n<p>Tuan Yang Di Pertua<\/p>\n<p>Perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh hidup dan mati SABASUN yang boleh mempengaruhi persepsi rakyat terhadap keikhlasan Kerajaan dalam mengutamakan rakyat sendiri dalam sebarang peluang yang ada di tanah tercinta ini.<\/p>\n<p>Saya berpandangan perkara seperti ini tidak sepatutnya timbul dan merebak sehingga menjadi buah mulut rakyat khususnya usahawan tempatan dari rangkaian peruncit, peniaga-peniaga pasar dan pelbagai kelompok usahawan yang turut berkongsi sentiment yang sama.<\/p>\n<p>Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.<\/p>\n<p>Yang Mengusulkan<br \/>\nYB Hj Ridzuan bin Hashim,<br \/>\nAhli Dewan Undangan Negeri Terengganu,<br \/>\nKawasan Telok Pasu.<br \/>\n9hb Disember 2013<br \/>\n<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Usul yang sepatutnya dicadangkan oleh wakil rakyat PAS dalam sidang DUN semalam 9 Disember, berhubung pasaraya besar &#8216;Sabasun&#8217; ditarik balik dan tidak jadi dibentangkan atas permintaan pemiliknya, Che Salmi Che Ibrahim. Beliau dalam pesanan ringkasnya kepada Buletinonline berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang dan telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17632,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":17632,"alt_text":"","caption":"","description":"U","media_type":"image","media_details":{"width":1382,"height":778,"file":"2013\/12\/sabasun-2a.jpg","filesize":449760,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.2","credit":"","camera":"EK-GC100","caption":"?????????????","created_timestamp":"1386094841","copyright":"","focal_length":"4.1","iso":"100","shutter_speed":"0.025","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":17630,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/sabasun-2a.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17630"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17630"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17630\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17632"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17630"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17630"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17630"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}