{"id":17390,"date":"2013-12-03T14:40:39","date_gmt":"2013-12-03T06:40:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=17390"},"modified":"2013-12-03T14:52:46","modified_gmt":"2013-12-03T06:52:46","slug":"banjir-semakin-buruk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/banjir-semakin-buruk\/","title":{"rendered":"Banjir Semakin Buruk"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Keadaan banjir semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan Selasa 3 Disember, meningkat kepada 811 orang berbanding, 20 mangsa Isnin petang.<\/p>\n<p>Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sehingga jam 3 petang, seramai 50 orang telah dipindahkan di daerah Dungun melibatkan 12 keluarga yang ditempat di dua pusat pemindahan.<\/p>\n<p>Manakala seramai 761 orang dari 195 keluarga telah dipindahkan ke 24 pusat pemindahan di daerah Kemaman.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/banjir-h-trg.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-17391 alignright\" alt=\"banjir h trg\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/banjir-h-trg-300x203.jpg\" width=\"300\" height=\"203\" \/><\/a>Pusat pemindahan banjir terdiri daripada rumah tamu, masjid, bangunan sekolah, dewan orang ramai, masjid dan surau.<\/p>\n<p>Dua batang jalan di daerah Kemaman ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kampung Teladas dan Jalan Paya Seratus berikutan dinaiki air setinggi 0.6 hingga 1.6 meter.<\/p>\n<p>Sementara Jalan Jerangau-Jabor ditutup kepada kenderaan ringan.<\/p>\n<p>Paras air sungai Kemaman di Jambatan Air Puteh dan Hulu Jabor juga dilaporkan sedang meningkat dan berbahaya.<\/p>\n<p>Di daerah Hulu Terengganu, tiga batang jalan ditutup kepada semua kenderaan pagi ini kerana ditenggelami air banjir sedalam 0.6 hingga 1.5 meter. [Gambar atas]<\/p>\n<p>Jalan-jalan berkenaan ialah Jalan Utama Felda Tengkawang ke Lubuk Periok, Jalan Felda Tengkawang ke Kampung Peneh dan Jalan Bukit Diman ke Pengkalan Ajal.<\/p>\n<p>Agensi Bernama turut melaporkan Banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah.<\/p>\n<p>Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.<\/p>\n<p>&#8220;Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan,&#8221; katanya ketika dihubungi di sini, Selasa. [Gambar bawah &#8211; masjid al-Fatah Kuantan di genangi air banjir]<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/masjid-alfatah-banjir.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-17393 alignleft\" alt=\"masjid alfatah banjir\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/masjid-alfatah-banjir-300x195.jpg\" width=\"300\" height=\"195\" \/><\/a>Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.<\/p>\n<p>Di Kuantan, seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.<\/p>\n<p>Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.<\/p>\n<p>Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.<\/p>\n<p>Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Keadaan banjir semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan Selasa 3 Disember, meningkat kepada 811 orang berbanding, 20 mangsa Isnin petang. Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sehingga jam 3 petang, seramai 50 orang telah dipindahkan di daerah Dungun melibatkan 12 keluarga yang ditempat di dua pusat pemindahan. Manakala seramai 761 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17395,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":17395,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":960,"height":674,"file":"2013\/12\/banjir-hulu.jpg","filesize":137722,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":17390,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/banjir-hulu.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17390"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17390"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17390\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17390"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17390"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17390"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}