{"id":17383,"date":"2013-12-03T13:05:13","date_gmt":"2013-12-03T05:05:13","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=17383"},"modified":"2013-12-03T11:27:13","modified_gmt":"2013-12-03T03:27:13","slug":"harapan-pada-pembangunan-industri-kecil-dan-sederhana-di-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/harapan-pada-pembangunan-industri-kecil-dan-sederhana-di-terengganu\/","title":{"rendered":"Harapan pada pembangunan industri kecil dan sederhana di Terengganu"},"content":{"rendered":"<p>Oleh; Hasbullah Faudzi<\/p>\n<p>Di sebalik kegairahan untuk mengejar sebuah pembangunan, antara perkara yang harus ditinjau adalah mengenai isu pengagihan dan pembangunan anak watan. Pembangunan yang terlalu pantas tanpa mengambil kira faktor ekonomi dan survival perniagaan anak watan dan peniaga tempatan dengan membawa masuk gergasi pasar raya yang akan menelan seluruh peniaga kecil adalah sesuatu yang harus menjadi pertimbangan dalam sesebuah polisi kerajaan.<\/p>\n<p>Terengganu yang terkenal dengan beberapa siri runtuhan bangunan sejak beberapa tahun lalu adalah merupakan satu negeri yang wajar diperhatikan dalam memperkatakan tentang soal pembangunan dan pengagihan. Di Kuala Terengganu misalnya, kelihatan bangunan tinggi mula dibina. Berbanding beberapa tahun yang lepas, landskap pembinaan bangunan ini lebih dirasai kebelakangan ini. Di samping itu, aktiviti  kepenggunaan juga dirancakkan dengan kemasukan Giant dan Mydin Mall ke daerah ini. Namun, persoalannya, apakah pembangunan ini benar-benar memberi suatu kesan yang positif terhadap kadar pengagihan pendapatan dalam kalangan masyarakat negeri ini?<\/p>\n<p>Pembangunan yang seimbang adalah pembangunan yang mampu untuk membangunkan secara bersama potensi anak watan dan peniaga tempatan agar mereka mampu untuk merasai kesan pengagihan pendapatan daripada pembangunan tersebut. Sedangkan pembangunan yang tidak seimbang pula adalah pembangunan yang mengabaikan aspek pengagihan, sebaliknya menumpukan kepada kegairahan untuk mengejar keuntungan, lantas membiarkan kesan pengagihan itu berpusat di sekitar bilangan manusia tertentu. Kesannya adalah jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat tempatan yang diukur melalui \u2018Pekali Gini\u2019 itu akan terus melebar.<\/p>\n<p>Melihat kepada statistik mengenai Pekali Gini di Terengganu yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2004 kadar Pekali Gini adalah 0.443 dan menyaksikan penurunan pada 2007 dengan kadar 0.339. Manakala, pada 2009 dan 2012, menyaksikan peningkatan dalam Pekali Gini iaitu 0.418 dan 0.426. Ini menunjukkan kadar pengagihan pendapatan dalam kalangan masyarakat di Terengganu semakin melebar antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah.<\/p>\n<p>Perkara mengenai pengagihan pendapatan dapat dilihat dengan lebih jelas menerusi angka peratusan isi rumah berbanding agihan pendapatan. 67.2% daripada jumlah isi rumah (kelas pendapatan bermula daripada RM999 dan ke bawah hinggalah RM3,999) menikmati agihan pendapatan sebanyak 36.5% daripada jumlah keseluruhan pendapatan dalam negeri. Ini menunjukkan bahawa, sekitar 63.5% daripada jumlah pendapatan dalam negeri dinikmati oleh 31.8% daripada jumlah isi rumah membuktikan jurang agihan pendapatan yang menjarakkan antara golongan kaya dan miskin.<\/p>\n<p>Walaupun pada asasnya kemasukan pelaburan daripada luar dijangka merancakkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat, namun, harus diingat, sesebuah perniagaan akan memfokuskan untuk menjana keuntungan dengan cara meminimakan kos. Oleh itu, berbanding mengambil penduduk tempatan sebagai pekerja, mereka beralih kepada pengambilan pekerja asing dengan bayaran lebih murah. Perkara ini direflekskan melalui peningkatan peratusan bukan warganegara yang berada di Terengganu yang berusia lingkungan 20 hingga 59 tahun pada 2000 iaitu sebanyak 13,516 orang berbanding pada 2010 iaitu 19,281 orang. Maka, hasrat untuk meluaskan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat tempatan tidak berjalan sebagaimana yang dicanangkan.<\/p>\n<p>Maka, kerajaan negeri Terengganu harus memperhalusi beberapa perkara. Pertama, proses reformasi idea politik harus dilakukan. Definisi adil yang diertikan sebagai memberi dan menerima menurut tafsiran Menteri Besar tersebut harus dilihat semula. Erti adil harus difahamkan kepada semua pihak dengan maksudnya yang asal iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.<\/p>\n<p>Perkara ini penting ke arah mewujudkan politik harmoni tanpa dendam disebabkan perbezaan ideology kepartian untuk pembangunan negeri. Penyediaan peluang tanpa mengira perbezaan latar belakang parti politik akan memberi ruang kepada masyarakat untuk melaksanakan kegiatan ekonomi dengan lebih efisien. Campur tangan kerajaan yang didasari dendam hanya akan merosakkan kesucian pasaran yang sepatutnya dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Kedua, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan, adalah merupakan suatu tindakan yang tepat untuk mengembangkan industri kecil dan sederhana yang memasarkan produk keluaran dalam negeri. Produk Terengganu seperti batik, songket, keropok lekor dan lain-lain merupakan keistimewaan yang harus diperkenalkan.  Tindakan ini sekurang-kurangnya membuktikan kerajaan Terengganu benar-benar serius untuk menawarkan kelainan dan pengkhususan produk tempatan untuk dinikmati oleh pelancong selain daripada keindahan alam semulajadinya. Selain itu, perkara ini juga akan menggalakkan proses penciptaan peluang pekerjaan dalam kalangan warga tempatan dan tidak bergantung sepenuhnya pada kerajaan.<\/p>\n<p>Ketiga, melalui galakan kepada perkembangan industri kecil dan sederhana, kerajaan negeri boleh membina suatu kawasan untuk pemasaran produk industri ini. Cara ini dapat dilaksanakan melalui proses pembinaan kawasan perniagaan seperti bazar yang besar untuk disewa oleh peniaga bagi memasarkan produk mereka. Namun, kadar sewaan itu haruslah berpatutan dan tidak menekan kerana fungsi kerajaan itu adalah untuk menyediakan ruang kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka.<\/p>\n<p>Keempat, pertindanan kawasan antara pembinaan tapak perniagaan golongan industri kecil dan sederhana dengan pasar raya gergasi seperti Giant, Mydin Mall dan Jaya Jusco harus dielakkan. Sebagai contoh, pembinaan pasar raya Hyper Market ini di kawasan Wakaf Tembusu akan menelan golongan peniaga kecil di Pasar Batu Enam yang berdekatan. Selain itu, kontroversi yang melanda antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan pasar raya hyper runcit, Sabasun, sebuah syarikat anak watan di kawasan itu adalah sesuatu yang tidak seharusnya terjadi. Sabasun, secara amnya, masih mengekalkan 100% tenaga kerja tempatan, menjadikannya satu-satunya peruncit berskala besar yang tidak menggunakan pekerja asing dalam Malaysia adalah sesuatu yang harus dipuji.<\/p>\n<p>Satu harapan pada kerajaan negeri adalah pihak yang terlibat harus rasional dan professional dalam memajukan ekonomi negeri. Kebergantungan kepada pelabur luar dengan meminggirkan potensi pelabur dalam hanya akan mengakibatkan pertumbuhan dari sudut angka pendapatan secara makro, tetapi, gagal untuk menjelaskan tentang ketidakseimbangan dari sudut agihan pendapatan di peringkat mikro. Apakah menjadi satu kebanggaan kepada kita pabila pelancong luar tersenyum gembira melihat pasar raya mereka terbina di negeri kita walhal mereka tidak pernah pula membina pasar raya kita?<\/p>\n<p>Kedengarannya nasionalistik, tetapi, kita tidak seharusnya pesimis pada potensi yang kita ada. Berbeza dengan dasar perlindungan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia pada industri automotif negara, perkara ini harus dilakukan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan dalam industri yang menjadi pengkhususan kawasan setempat untuk mencipta persaingan yang sihat. Manakala fungsi kerajaan negeri adalah dengan menjadi pemerhati pada persaingan ini dan menyediakan peluang tanpa diskriminasi.<\/p>\n<p>***Artikel ini disiarkan oleh Malaysia Insider pada 2 Disember<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh; Hasbullah Faudzi Di sebalik kegairahan untuk mengejar sebuah pembangunan, antara perkara yang harus ditinjau adalah mengenai isu pengagihan dan pembangunan anak watan. Pembangunan yang terlalu pantas tanpa mengambil kira faktor ekonomi dan survival perniagaan anak watan dan peniaga tempatan dengan membawa masuk gergasi pasar raya yang akan menelan seluruh peniaga kecil adalah sesuatu yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17384,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":17384,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":385,"file":"2013\/12\/HYPERMARKET-TRG.jpg","filesize":52607,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":17383,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/HYPERMARKET-TRG.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17383"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17383"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17383\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17384"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17383"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17383"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17383"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}