{"id":17063,"date":"2013-11-23T10:00:29","date_gmt":"2013-11-23T02:00:29","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=17063"},"modified":"2013-11-23T09:38:01","modified_gmt":"2013-11-23T01:38:01","slug":"rahmat-untuk-semua-memenuhi-keperluan-masyarakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rahmat-untuk-semua-memenuhi-keperluan-masyarakat\/","title":{"rendered":"\u2018Rahmat Untuk Semua\u2019 Memenuhi Keperluan Masyarakat"},"content":{"rendered":"<p>SHAH ALAM &#8211; Ucapan Dasar Presiden PAS yang dibentangkan pada majlis perasmian Muktamar PAS Kali Ke-59 semalam, bertema \u2018Rahmat Untuk Semua\u2019 terus mendapat penghargaan dan pujian oleh pelbagai pihak.<\/p>\n<p>Badan Bukan Kerajaan (Non Governmetal Organization \u2013 NGO) menganggap ucapan dasar Presiden PAS sangat bertepatan dengan realiti dalam perkembangan masyarakat Malaysia pada hari ini.<\/p>\n<p>Pengerusi Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) Haji Amzad Hashim melahirkan sukacitanya kerana menurut beliau, cakupan dalam ucapan bertema \u2018Rahmat Untuk Semua\u2019 itu bersifat \u2018komprehensif\u2019, merangkumi semua aspek.<\/p>\n<p>\u201csaya dapati tema ucapan dasar yang dikemukakan oleh Presiden PAS pada muktamar kali ini sangat bertepatan  memenuhi kehendak rakyat  dengan realiti dalam perkembangan masyarakat pada hari ini,<\/p>\n<p>\u201csaya tengok ulasan (dan) cakupan dalam ucapan (tersebut) amat merangkumi keseluruhan aspek, amat komprehensif,\u201dujarnya <\/p>\n<p>Menurutnya, beliau yang mengikuti beberapa ucapan dasar muktamar oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada tahun-tahun sebelum ini menyifatkan tema \u2018Rahmat Untuk Semua\u2019 memenuhi kehendak masyarakat.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ucapan tersebut menggariskan hala tuju PAS untuk tahun-tahun mendatang.<\/p>\n<p>\u201csaya rasa ia mendalami dan menggariskan tentang hala tuju PAS untuk tahun-tahun akan datang, <\/p>\n<p>\u201cyang ini saya rasa sangat-sangat gembira (dan) saya rasa satu pembentangan ucapan dasar yang sangat berkualiti dan sangat memenuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat,\u201djelasnya.<\/p>\n<p>Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 semalam mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.<\/p>\n<p>Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema \u201cRahmat Untuk Semua\u201d.<\/p>\n<p>Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:<\/p>\n<p>Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema \u201dRAHMAT UNTUK SEMUA\u201d, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.<\/p>\n<p>Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.<\/p>\n<p>Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.<\/p>\n<p>Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari\u2019yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.<\/p>\n<p>Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.<\/p>\n<p>Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.<\/p>\n<p>Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.<\/p>\n<p>Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.<\/p>\n<p>Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.<\/p>\n<p>Ahli \u2013 ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi\u2019 dan keupayaan masing-masing<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM &#8211; Ucapan Dasar Presiden PAS yang dibentangkan pada majlis perasmian Muktamar PAS Kali Ke-59 semalam, bertema \u2018Rahmat Untuk Semua\u2019 terus mendapat penghargaan dan pujian oleh pelbagai pihak. Badan Bukan Kerajaan (Non Governmetal Organization \u2013 NGO) menganggap ucapan dasar Presiden PAS sangat bertepatan dengan realiti dalam perkembangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Pengerusi Gerakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17055,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":17055,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":683,"height":384,"file":"2013\/11\/amzad-hashim.png","filesize":569667,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":22426,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/amzad-hashim.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17063"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17063"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17063\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17055"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17063"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17063"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17063"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}