{"id":16920,"date":"2013-11-19T07:30:01","date_gmt":"2013-11-18T23:30:01","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=16920"},"modified":"2013-11-19T07:30:01","modified_gmt":"2013-11-18T23:30:01","slug":"pengintipan-indonesia-lebih-bermaruah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pengintipan-indonesia-lebih-bermaruah\/","title":{"rendered":"Pengintipan; Indonesia Lebih Bermaruah"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.<\/p>\n<p>Beliau berkata Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Putrajaya berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini, lapor Bernama 5 November lalu.<\/p>\n<p>Malaysia juga dilaporkan pada media pada 2 November telah memanggil Ketua Diplomat Amerika Syarikat dan Australia bagi menyatakan bantahan terhadap kemungkinan berlakunya pengintipan ke atasa negara-nagara Asia melalui talian telefon.<\/p>\n<p><em>[Gambar &#8211; Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur didakwa menjadi markas besar aktiviti pengintipan ke atas Malaysia]<\/em><\/p>\n<p>Menurut Channel News Asia, Selain Malaysia, China dan Indonesia telah pun meminta penjelasan daripada Australia berikutan dakwaan bahawa Australia membantu Amerika Syarikat dalam misi mengintip panggilan telefon dan mengumpul data di negara-negara Asia.<\/p>\n<p>Isu itu timbul berikutan laporan akhbar The Sydney Morning Herald, mengenai dakwaan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa AS mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan AS di Kuala Lumpur, Cambodia, China, Indonesi, Malaysia, Myanmar dan Thailand.<\/p>\n<p>Wisma Putra telah mendapatkan penjelasan daripada Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Joseph Y. Yun berhubung dakwaan mengenai kegiatan pengintipan di kedutaan negara itu di sini.<\/p>\n<p>Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini berkata, Yun menyatakan semua kegiatan pengawasan yang dijalankan oleh AS di seluruh dunia adalah bagi tujuan keselamatan.<\/p>\n<p>Sebaliknya tindakan indonesi dilihat sebagai lebih bermaruah dan menunjukkan negaranya lebih berdaulat.<\/p>\n<p>Indonesia dilaporkan media semalam 18 November bersikap tegas berhubung insiden intip dengar perbualan telefon Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Wanita Pertama Indonesia, Ibu Ani Yudhoyono serta beberapa anggota kabinet oleh pihak Australia, dengan memanggil pulang Duta Besarnya ke Australia di Canberra, Nadjib Riphat.<\/p>\n<p>Serentak dengan itu Indonesia juga akan mengkaji semula hubungan kerjasama dan pertukaran maklumat dengan Australia.<\/p>\n<p>Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa berkata, pemanggilan pulang Duta Besarnya itu adalah untuk mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku di Australia.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat kerana Indonesia berpendapat Duta Besarnya tidak akan dapat melakukan tugas dengan baik di tengah isu intip dengar yang sedang hangat diberitakan sekarang, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.<\/p>\n<p>&#8220;Saya berpesan agar Duta Besar tidak hanya membawa beg kabin. Kami menunggu jawapan dari pemerintah Australia dan akan melakukan langkah satu per satu secara terukur,&#8221; kata Marty.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara. Beliau berkata Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Putrajaya berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini, lapor Bernama 5 November lalu. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16921,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":16921,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":439,"file":"2013\/11\/usemb-kl-sm.jpg","filesize":190849,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.7","credit":"Picasa 2.7","camera":"COOLPIX S50","caption":"","created_timestamp":"1194136857","copyright":"","focal_length":"11","iso":"100","shutter_speed":"0.0015625","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":16920,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/usemb-kl-sm.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16920"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16920"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16920\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16921"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16920"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16920"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16920"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}