{"id":1670,"date":"2010-01-03T00:09:30","date_gmt":"2010-01-02T16:09:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2010\/01\/kerajaan-bn-terengganu-pekak-badak\/"},"modified":"2010-01-03T00:09:30","modified_gmt":"2010-01-02T16:09:30","slug":"kerajaan-bn-terengganu-pekak-badak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kerajaan-bn-terengganu-pekak-badak\/","title":{"rendered":"Kerajaan BN Terengganu \u2018Pekak Badak\u2019?!"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/01\/hakisanbukitchendering.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/01\/hakisanbukitchendering.jpg\" width=\"370\" height=\"235\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">Namun laungan, jeritan dan teriakan mereka memohon pihak berkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan kerajaan Negeri untuk bertindak lebih masih tidak didengari dan mendapat perhatian sewajarnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">Keresahan penduduk khususnya kepada 22 buah rumah teres dua tingkat tersebut seolah-olah diambang \u2018maut\u2019 dan kerajaan negeri membuat \u2018pekak badak\u2019 sahaja.<\/p>\n<p>Petisyen rayuan penduduk terbabit kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato\u2019 Mat Razali Kassim melalui surat bertarikh 1 Disember 2009, lalu dipandang sepi tanpa apa-apa tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato\u2019 Ahmad Said pula tidak ada kesudahannya menghadapi krisis dalaman parti diawal perlantikan hingga sekarang.<\/p>\n<p>Tinjauan mendapati penghuni di kediaman Taman Seri Desa Bukit Chendering dari lot 1636 hingga 1658 dan lot 1670 hingga 1673 menghadapi tanah runtuh yang semakin teruk.<\/p>\n<p>Bahkan, rumah kediaman tersebut terlibat dengan hakisan tanah yang semakin teruk sejak kebelakangan ini kerana masalah hujan serta sistem perparitan tidak sempurna.<\/p>\n<p>Seorang penghuninya, Puan Lee Ah Yoke, 48, mendakwa terancam serta bimbang kejadian yang tidak diingini bakal berlaku pada bila-bila masa sahaja.<\/p>\n<p>Katanya, sebahagian lantai serta dinding rumah mengalami rekahan sejak lebih setahun lalu tetapi kini semakin ketara.<\/p>\n<p>\u201cKami satu keluarga sangat takut sekarang, tidur malam tidak lena kerana bimbang dengan rekahan lantai dan dinding ini.\u00a0 <\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: center\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/01\/kam1367%28b%29-Lee%20Ah%20Yoke%202.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita18\/kam1367(b)-Lee%20Ah%20Yoke%202.JPG\" width=\"464\" height=\"272\" \/><\/div>\n<p><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/>\u201cMasa rekahan sikit-sikit kami tampal sendiri dan sekarang semakin besar dan banyak berlaku pada lantai dan dinding dapur,\u201d jelasnya sambil menunjukkan rekahan tersebut.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Seorang warga emas, Encik Liew Tiong Poh, 72, merayu pihak kerajaan negeri dan kerajaan tempatan segera mengambil langkah mengatasinya.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Katanya, hakisan yang berterusan setiap kali hujan lebat ini menyebabkan penduduk diambang maut pada bila-bila masa.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>\u201cSaya dan penduduk di sini (Taman Seri Desa) merayu kepada kerajaan tolong selamatkan kami.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>\u201cSaya orang tua dan jika berlaku kejadian \u2018buruk\u2019 (tanah runtuh) nyawa lebih 70 orang penghuni dalam bahaya,\u201d ujarnya dengan nada resah.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Menurutnya, rekahan pada dinding serta lantai rumah di bahagian dapur menyebabkan tidak lena tidur malam terutama ketika berlaku hujan.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>\u201cTuan, tolonglah selamatkan rumah saya dari runtuh dan siang malam saya tidak boleh tidur dengan selesa lagi.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>\u201cSetiap hari, saya angkut sikit-sikit bongkah batu buat benteng dan tudung tanah dengan kanvas sendiri untuk elak hakisan tanah.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>\u201cKami orang tua tidak larat tetapi terpaksa buat sendiri kerana takutkan runtuhan berterusan,\u201d jelas Puan Ng Geok Ting, seorang warga emas yang berumur 70 tahun.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Katanya, hakisan yang berlaku sedikit demi sedikit sejak lebih setahun lalu dan semakin ketara sekarang ini.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Menurut beliau, rekahan pada dinding serta lantai bahagian dapur rumah turut dialaminya kerana mendapan tanah.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Katanya, kejadian tersebut tidak pernah dibayangkan berlaku ketika menjadi penghuni di taman tersebut hampir 20 tahun lalu.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi juga telah meninjau ke lokasi terbabit pada 19 Disember 2009 lalu.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Beliau akan mengambil langkah segera bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato\u2019 Mat Razali Kassim dan Menteri Besar, Dato\u2019 Ahmad Said.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>Katanya, salinan aduan telah dihantar penduduk berkenaan kepada Menteri, Menteri Besar Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk yang diwakilinya.<\/span><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\"><\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) mahu kerajaan prihatin dengan nyawa 70 orang penghuni di Taman Seri Desa dan beberapa buah rumah kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang berada di bawah lereng juga terancam,\u201d ujarnya<\/font><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=uvBciuYPT8s.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><em>&#8211; Penghuni di Taman Seri Desa, Bukit Chendering diintai \u2018bencana maut\u2019!<\/em><\/span><\/strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><strong><br \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 Penduduk Taman Seri Desa Bukit Chendering disini, cemas dan resah kerana hidup mereka sentiasa diintai \u2018bencana maut\u2019, akibat tanah runtuh dan hakisan yang semakin \u2018kronik\u2019.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/><\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1670"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1670"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1670\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}