{"id":16593,"date":"2013-11-09T15:46:19","date_gmt":"2013-11-09T07:46:19","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=16593"},"modified":"2013-11-09T15:46:19","modified_gmt":"2013-11-09T07:46:19","slug":"dengarlah-keluhan-pak-tani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dengarlah-keluhan-pak-tani\/","title":{"rendered":"Dengarlah Keluhan Pak Tani\u2026\u2026\u2026\u2026.."},"content":{"rendered":"<p>\u201cWakil rakyat yang baru memang kaya, semua orang tahu, tetapi apa yang dia boleh bantu kita, kita pun masih belum tahu,\u201dujar seorang penoreh getah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Langkap.<\/p>\n<p>Beliau mengeluh, mahu tak mahu, terpaksa menoreh getahnya, setidak-tidaknya sekali sehari, walau apa jua keadaan cuaca sekali pun.<\/p>\n<p>\u201ckalau hujan malam, pagi tak menoreh\u2026\u2026.tunggu pokok getah kering, mungkin petang kalau cuaca panas\u2026\u2026.kena juga menoreh,<\/p>\n<p>\u201ckalau terpaksa\u2026\u2026.malam pun kena pergi, macamana nak buat\u2026\u2026.terpaksa!,\u201dkeluhnya.<\/p>\n<p>Krisis harga getah yang \u2018merudum\u2019 bermula sejak tahun 2012 belum selesai.<\/p>\n<p>Malaysia antara pengeluar getah terbesar dunia terkesan kerana permintaan getah asli yang rendah menyebabkan harga getah terus menurun.<\/p>\n<p>Pada 27 September lalu, media melaporkan harga getah Malaysia ditutup bercampur-campur berikutan kekurangan permintaan untuk komoditi itu menjelang hujung minggu, kata para peniaga.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/penoreh-getah.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-16596 alignright\" alt=\"penoreh getah\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/penoreh-getah-300x204.jpg\" width=\"300\" height=\"204\" \/><\/a>Seorang peniaga berkata kejatuhan pada pasaran getah tempatan juga sejajar dengan prestasi lemah kontrak hadapan getah Tokyo di Bursa Komoditi Tokyo (Tocom).<\/p>\n<p>&#8220;Penyusutan pada harga getah di Tocom, yang mempengaruhi pergerakan harga getah global, dibebankan oleh kejatuhan pada saham dan harga minyak,&#8221; katanya dilaporkan agensi Bernama.<\/p>\n<p>Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR20 naik lima sen kepada 764.5 sen satu kilogram sementara susu getah pukal susut 2.5 sen kepada 550 sen satu kilogram.<br \/>\nHarga penutup tidak rasmi pada 5 petang melihat gred tayar SMR20 naik setengah sen kepada 760.5 sen satu kilogram sementara susu getah pukal menyusut 3.5 sen kepada 548 sen satu kilogram.<\/p>\n<p>Sudahlah \u2018perit\u2019 menoreh tidak tentu masa, musim tengkujuh yang tiba membawa pelbagai masalah sosial yang menambahkan kesempitan hidup untuk \u2018bernafas\u2019 lega.<\/p>\n<p>Getah yang ditoreh dibiarkan beku, sementara menunggu waktu, getah dikebun \u2018hilang\u2019 dikebas orang.<\/p>\n<p>Pengerusi Lujnah Pertanian PAS Setiu Abdul Raof Mohamad mengesahkan, berlaku banyak kejadian jenayah kebelakangan ini di persekitaran kampungnya, Kampung Jelapang, Langkap.<\/p>\n<p>\u201cbaru-baru ini, ada seorang dah kena \u2018cekup\u2019\u2026\u2026\u2026\u2026 amanlah sekejap setakat ini, sebelum itu, banyak kejadian,<\/p>\n<p>\u201cpecah rumah, kecurian\u2026\u2026\u2026.. ada penoreh getah yang mengadu, getah \u2018beku\u2019 mereka yang ditinggalkan beberapa hari menunggu masa untuk dikutip, hilang!,\u201dujarnya<\/p>\n<p>Yang paling teruk, kata beliau, selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini.<\/p>\n<p>Kerajaan memang \u2018sokmo\u2019 berkata, walaupun harga minyak naik, harga barang-barang dan perkhidmatan tidak meningkat.<\/p>\n<p>Tapi, kata beliau, apa yang berlaku di bawah, dalam masyarakat kampung, kenaikan harga barang tetap berlaku, walaupun kecil tetapi meliputi beberapa jenis barang keperluan harian.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/Kampung_Langkap_Setiu_Terengganu.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-16597 alignleft\" alt=\"Kampung_Langkap_Setiu_Terengganu\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/Kampung_Langkap_Setiu_Terengganu-300x200.jpeg\" width=\"300\" height=\"200\" \/><\/a>\u201cditambah lagi dengan penarikan subsidi gula, harga gula dah jadi \u2018gila\u2019 naik sampai 34 sen, sekarang semua dah mula berasa,<\/p>\n<p>\u201cnaik \u2018makan\u2019 teh kena \u2018kuca\u2019 gula, nak makan kuih manis mesti campur dengan gula, orang kerja kampung banyak minum air manis sebab kerja guna \u2018reng\u2019 (tenaga) di sawah dan dikebun,\u201dujarnya lagi.<\/p>\n<p>Pak Tani yang menoreh getah, amat terkesan dengan harga getah yang semakin tidak menentu.<\/p>\n<p>Pesawah terkesan dengan harga gula yang meningkat, minum kopi \u2018O\u2019 kurang gula, tak puas bagi mereka.<\/p>\n<p>Anak bini Pak Tani dan pesawah, sudah mula \u2018menengung\u2019 sebab musim sekolah sudah hamper tamat.<\/p>\n<p>Sesi baru akan dibuka dalam sebulan setengah lagi.<\/p>\n<p>Semuanya nak diganti, dibeli baru, kalau tidak semuanya, sebahagian akan terpaksa dibelanjakan untuk membeli peralatan sekolah.<\/p>\n<p>Orang kerja kelapa sawit macamana? Serupa juga.<\/p>\n<p>&#8220;Harga komoditi Sawit pun menghadapi masalah\u2026\u2026\u2026&#8230;..,&#8221;kata Raof lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cWakil rakyat yang baru memang kaya, semua orang tahu, tetapi apa yang dia boleh bantu kita, kita pun masih belum tahu,\u201dujar seorang penoreh getah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Langkap. Beliau mengeluh, mahu tak mahu, terpaksa menoreh getahnya, setidak-tidaknya sekali sehari, walau apa jua keadaan cuaca sekali pun. \u201ckalau hujan malam, pagi tak menoreh\u2026\u2026.tunggu pokok [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16594,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":16594,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":480,"file":"2013\/11\/jentera-pembajak-tinggal-usag-tanah-terbiar-Jabi.jpg","filesize":188310,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":16593,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/jentera-pembajak-tinggal-usag-tanah-terbiar-Jabi.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16593"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16593"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16593\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16594"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16593"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16593"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16593"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}