{"id":1655,"date":"2009-12-31T11:08:18","date_gmt":"2009-12-31T03:08:18","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/12\/dedah-semuanya-siasatan-bumbung-runtuh\/"},"modified":"2009-12-31T11:08:18","modified_gmt":"2009-12-31T03:08:18","slug":"dedah-semuanya-siasatan-bumbung-runtuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dedah-semuanya-siasatan-bumbung-runtuh\/","title":{"rendered":"Dedah semuanya siasatan bumbung runtuh"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/jkrstadiumruntuh.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/jkrstadiumruntuh.jpg\" width=\"257\" height=\"180\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">Beratus-ratus kepingan kaca runtuh ke atas empat pekerja, tiga warga Bangladesh dan seorang warga tempatan yang sedang bekerja di bawah bumbung itu.<\/span>  <\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Manakala 11 pekerja lagi yang berada di tapak itu bernasib baik kerana tidak cedera dan empat daripadanya hanya mengalami kecederaan ringan; keadaan mereka masih tidak diketahui.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Penyelia tapak mendakwa kemalangan itu berlaku akibat kerja-kerja yang dilakukan tidak bermutu. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan berulangnya sikap tiada perhatian berat terhadap keselamatan dan etika asas pembinaan serta amalan keselamatan yang diperlukan bagi infrastruktur seumpama ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Tragedi seperti runtuhan bangunan lama kompleks membeli-belah Jaya Supermarket, di Petaling Jaya, awal tahun ini jelas disebabkan oleh kecuaian sebahagian daripada profesional yang terlibat.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Terdapat pengajaran yang boleh dipelajari daripada runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM25 juta, masalah bumbung terminal lapangan terbang Sultan Mahmud yang bernilai RM123 juta dan struktur Kompleks Akuatik Batu Burok yang berharga RM18 juta. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Semuanya akibat kerja-kerja yang tidak bermutu dan bahan yang digunakan juga kurang bermutu. Kenapakah perkara yang sama berulang iaitu tidak mengambil berat prosedur tapak kerja yang selamat dan piawaian pembinaan masih berulang tanpa kesal?<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Sifat tidak tidak mempedulikan keselamatan awam di negara ini telah mencapai peringkat kemalangan dahsyat dengan bencana baru. Malangnya, amat dikesalkan, tiada bukti perubahan sikap kontraktor, perunding dan pegawai kerajaan ke arah keselamatan dan integriti dalam projek pembinaan. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Malah jika penyokong keluli bagi bumbung kaca itu dipasang dengan cara yang tidak betul, kenapa ia tidak dilihat oleh profesional yang bertanggungjawab itu?<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Persoalan CAP, adakah strukturnya diperiksa dan diuji bagi menanggung beban sebelum kepingan kaca itu dipasang? Adakah penyokong itu selaras dengan spesifikasi? <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Pada tahun lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam memberikan jaminan kepada kita bahawa golongan &#8220;profesional&#8221; akan bertanggungjawab terhadap keselamatan di tempat kerja.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Beliau berkata, \u201cjika kemalangan kren berlaku di tapak pembinaan, kami mahu jurutera terlibat memastikan keselamatan kren bertanggungjawab terhadapnya.&#8221;<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> CAP bersetuju dengan gesaan menteri agar profesional bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan mekanisme kesihatan dan keselamatan di tapak pembinaan dan juga dalam menangani kemalangan di tapak pembinaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> Kini tiba masanya untuk menguatkuasakan dengan tegas undang-undang dan peraturan berhubung keselamatan pembinaan dan integriti; dan juga mendakwa mereka yang bertanggungjawab bagi kecuaian yang boleh mengancam nyawa serta membazirkan dana awam. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/> CAP juga menggesa supaya satu pasukan jurutera forensik dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mendedahkan hasil siasatan kemalangan dan dalam proses itu, memainkan peranan utama dalam mewujudkan penanda aras pencegahan bagi pematuhan terhadap garis panduan dalam industri pembinaan Malaysia. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">SM Mohamed Idris presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">Sekali lagi Terengganu menjadi tapak bencana yang berpotensi mengancam nyawa manusia. Kira-kira enam bulan selepas runtuhnya bumbung stadium negeri Sultan Mizan Zainal Abidin, <\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">empat pekerja cedera apabila struktur keluli yang menyokong bumbung kaca Terminal Bas Ekspres dan Teksi Kuala Berang bernilai RM4.2 juta runtuh.<\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1655"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1655"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1655\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1655"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1655"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1655"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}