{"id":16401,"date":"2013-11-04T07:00:29","date_gmt":"2013-11-03T23:00:29","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=16401"},"modified":"2013-11-04T09:51:28","modified_gmt":"2013-11-04T01:51:28","slug":"pahang-tamatkan-penantian-21-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pahang-tamatkan-penantian-21-tahun\/","title":{"rendered":"Pahang Tamatkan Penantian 21 tahun"},"content":{"rendered":"<p>PAHANG menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.<\/p>\n<p>Jaringan tunggal penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti minit &#8211; 58 yang bijak menyambar hantaran lintang dari Azamuddin Akil di sebelah kiri gawang Kelantan sudah cukup memastikan kemenangan mutlak Pahang.<\/p>\n<p>Beraksi dalam keadaan padang basah kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan berhati-hati dengan lebih banyak melakukan gerakan melalui hantaran jauh.<\/p>\n<p>Pahang hampir berada di depan pada minit ke-10 apabila hantaran lintang dari R Gopinathan gagal ditampan kemas Conti dan Azamudin Akil yang melegakan kira-kira 50,000 penyokong setia Pahlawan Merah.<\/p>\n<p>Tersentak dengan serangan tersebut, Kelantan menyusun serangan menggempur kubu Tok Gajah melalui gerakan tiga serangkai Dickson Nwakame, Norfarhan Mohamad dan Mohd Badhri Radzi.<\/p>\n<p>Sepakan percuma dari luar kotak penalti diambil Indra Putra Mahyudin (m-18) hampir meletakkan Kelantan di depan namun sedikit tersasar di sebelah kiri gawang ketika benteng terakhirnya Pahang, Khairul Azhan Khalid sudah pun tertewas.<\/p>\n<p>Kesilapan pertahanan Pahang, Damion Delano Stewart yang menjatuhkan Nwakaeme (m-24) hampir memberikan sepakan penalti buat Kelantan selepas pemain TRW mendakwa kekasaran tersebut berlaku dalam kotak penalti namun pengadil perlawanan Nagor Amir Noor Mohamed hanya memberikan sepakan percuma.<\/p>\n<p>Tok Gajah yang enggan mengalah turut mengatur gerakan memburu gol dan berpeluang mendahului namun rembatan kencang R Surendren terkena palang gol tiga minit kemudian.<\/p>\n<p>Norfarhan turut terlepas peluang menjaringkan gol apabila rembatannya berjaya ditepis Khairul (m-34) sebelum 10 minit kemudian sekali lagi pemain gagal menewaskan benteng terakhir Tok Gajah sebelum kedua pasukan beredar masuk ke bilik persalinan dengan keputusan seri tanpa jaringan.<\/p>\n<p>Bermula babak kedua Pahang yang melakukan sepak mula hampir memecah kebuntuan apabila berlaku keadaan kelam kabut depan gol TRW namun Fauzi Roslan gagal menterjemahkan dengan jaringan.<\/p>\n<p>Gol dicari Pahang akhirnya menjelma pada minit-58 apabila Conti menanduk cantik hantaran lintang dari Azamuddin yang gagal ditepis Khairul Fahmi Che Mat.<\/p>\n<p>Ketinggalan 0-1 tidak melemahkan semangat anak didik Bojan Hodak yang melancarkan serangan bertali arus selepas itu namun kekebalan benteng pertahanan Pahang menggagalkan usaha pemain Kelantan.<\/p>\n<p>Berbaki 10 minit perlawanan terakhir Kelantan mempunyai dua peluang menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Fakri Sharani dan Norfarhan tetapi Khairul Azhan tetap tangkas memastikan gawang tidak dibocori sehinggalah tamat perlawanan. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAHANG menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi. Jaringan tunggal penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti minit &#8211; 58 yang bijak menyambar hantaran lintang dari Azamuddin Akil di sebelah kiri gawang Kelantan sudah cukup memastikan kemenangan mutlak Pahang. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16402,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[44],"tags":[],"better_featured_image":{"id":16402,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":490,"height":368,"file":"2013\/11\/image.jpg","filesize":119338,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":16401,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/image.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16401"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16401"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16401\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16402"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16401"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16401"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16401"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}