{"id":16268,"date":"2013-10-29T21:28:10","date_gmt":"2013-10-29T13:28:10","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=16268"},"modified":"2013-10-29T15:34:58","modified_gmt":"2013-10-29T07:34:58","slug":"16268","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/16268\/","title":{"rendered":"PAS Marang Lantik Tiga Pengarah MTD Baru"},"content":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; PAS Marang dalam usaha persediaannya untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) 14 telah melantik tiga orang Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) yang baru bagi memantapkan lagi organisasi mereka.<br \/>\nKetiga-tiga mereka yang baru dilantik itu ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah untuk MTD Bukit Payong, Ustaz Arifin Deraman MTD Alor Limbat dan Ustaz Sulaiman Sulong bagi MTD Pengkalan Berangan.<\/p>\n<p>Manakala bagi MTD Rhu Rendang, DUN yang diwakili oleh Presiden PAS Dato\u2019 Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pengarahnya yang lalu Haji Mohammad Embong dikekalkan.<\/p>\n<p>Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Marang Haji Yahaya Ali (kiri) lantikan wakil-wakil rakyat atau bekas calon itu adalah untuk memastikan tanggungjawab yang lebih berkesan untuk disempurnakan mereka.<\/p>\n<p>Ini juga menurut beliau adalah untuk memberikan ruang kematangan kepimpinan memandangkan usia pengarah-pengarah baru ini masih muda.<br \/>\nHaji Yahaya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, juga berharap semua ahli jawatan kuasa yang dilantik bertindak pro aktif dan banyak turun padang dalam menangani masalah-masalah yang ada di peringkat Dun.<\/p>\n<p>\u201cKita nak ,wakil-wakil rakyat dia sendiri yang memimpin MTD masing-masing, untuk memastikan dia lebih matang, bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran pengurusan parti.<\/p>\n<p>Jawatankuasa yang dibentuk mengambil kira semua faktor dan latar belakang, menggabungkan orang lama dan baru untuk menjadikan MTD itu lebih mantap,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p>Beliau juga merancang untuk memperbanyakkan kursus serta latihan kepimpinan bagi menyediakan pelapis kepimpinan PAS Kawasan Marang.<br \/>\nMantan Adun Alor Limbat itu turut melahirkan keyakinan mengekalkan kemenangan di Marang serta merampas kembali DUN Pengkalan Berangan dalam PRU 14 nanti jika tiada persempadanan baru.<\/p>\n<p>Untuk makluman, MTD adalah satu organisasi yang dibentuk dalam Pas yang menjadi penghubung antara cawangan-cawangan dengan kawasan-kawasan.<\/p>\n<p>Ketika mula diwujudkan, ianya hanyalah bertujuan bagi membantu PAS untuk menghadapi pilihanraya dan jawatankuasanya dibubarkan sebaik sahaja selesai pilihanraya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/10\/DSC_1905.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-16270 alignright\" alt=\"DSC_1905\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/10\/DSC_1905-300x220.jpg\" width=\"300\" height=\"220\" \/><\/a>Akan tetapi menyedari fungsi MTD yang sangat penting dalam membantu pengurusan parti bagi membantu rakyat, maka ianya dikekalkan dan lantikan jawatankuasa baru diadakan setiap kali selesai pemilihan peringkat kawasan.<\/p>\n<p>Sementara itu Pengarah-Pengarah MTD yang baru ketika ditemui masing-masing melahirkan rasa bersyukur dengan kepercayaan yang diberi PAS Kawasan Marang tetapi menyedari akan amanah yang berat itu.<\/p>\n<p>YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang ditanya tentang agenda utama yang akan ditekankan berkata beliau akan memperkasakan pengurusan MTD bagi memantapkan lagi pengurusan agar memudahkan membantu rakyat.<\/p>\n<p>Turut akan diberi penekanan ialah program tarbiyyah ahli-ahli PAS agar lebih memahami kehendak parti dan tidak terkeliru dengan pemikiran-pemikiran luar serta dapat disatukan pemikiran dengan kehendak al-Quran dan sunnah.<\/p>\n<p>Manakala YB Ustaz Arifin Deraman (kanan) yang juga berperancangan sama seperti YB Ustaz Mohd Nor, akan berusaha sebaik mungkin berperanan sebagai pengarah dan dalam masa yang sama sebagai wakil rakyat.<\/p>\n<p>Beliau yang pertama kali memenangi pilihanraya, juga akan mencurahkan pengalaman beliau selama 30 tahun berkecimpung didalam bidang politik bagi menguatkan MTD Alor Limbat.<\/p>\n<p>Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong (bawah) pula berharap agar semua AJK MTD yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu beliau menerajui MTD.<\/p>\n<p>Bekas calon di DUN Pengkalan Berangan itu juga berhasrat untuk memberikan kesedaran kepada semua AJK agar tidak menjadikan pengurusan MTD ini bermusim iaitu ketika pilihanraya sahaja.<\/p>\n<p>Beliau yang baru berusia 36 tahun, dan menjadi pengarah MTD termuda, bertekad untuk merampas kembali DUN Pengkalan Berangan dengan mensasarkan pemuda-pemuda untuk dijadikan pengundi-pengundi tegar PAS.<\/p>\n<p>Berdasarkan sokongan yang dizahirkan oleh pemuda-pemuda DUN Pengkalan Berangan pada PRU 13, beliau melahirkan keyakinan bukan sahaja akan dapat mengekalkan sokongan pemuda, malah akan menambah sokongan dari golongan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; PAS Marang dalam usaha persediaannya untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) 14 telah melantik tiga orang Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) yang baru bagi memantapkan lagi organisasi mereka. Ketiga-tiga mereka yang baru dilantik itu ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah untuk MTD Bukit Payong, Ustaz Arifin Deraman MTD Alor Limbat dan Ustaz Sulaiman Sulong [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16269,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":16269,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1223,"height":868,"file":"2013\/10\/DSC_1903.jpg","filesize":150922,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":16268,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/10\/DSC_1903.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16268"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16268"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16268\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16269"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16268"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16268"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16268"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}