{"id":15965,"date":"2013-10-19T07:30:02","date_gmt":"2013-10-18T23:30:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=15965"},"modified":"2013-10-19T04:14:45","modified_gmt":"2013-10-18T20:14:45","slug":"peluang-kelantan-ke-final-piala-malaysia-cerah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peluang-kelantan-ke-final-piala-malaysia-cerah\/","title":{"rendered":"Peluang Kelantan Ke Final Piala Malaysia Cerah"},"content":{"rendered":"<p>Kelantan menghampiri slot ke final Piala Malaysia apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, Jumaat malam.<\/p>\n<p>Biarpun memiliki bekalan tipis satu gol, skuad &#8216;The Red Warriors&#8217; mempunyai laluan mudah dalam pertemuan semula pada separuh akhir kedua di halaman sendiri di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu, 25 Okt ini.<\/p>\n<p>Kedua-dua pasukan itu memulakan perlawanan dengan langkah berhati-hati tanpa memiliki kelebihan dalam penguasaan bola mahupun dalam percubaan ke gawang gol.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Kelantan menceriakan kira-kira 10,000 penyokong mereka dalam stadium dengan jaringan kapten pasukan, Mohd Badri Radzi menerusi sepakan kencang daripada luar kotak penalti pada minit ke-16.<\/p>\n<p>Kegembiraan pasukan pelawat kendalian Bojan Hodak itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila pemain sayap ATM, D.Christie Jayaseelan menyamakan kedudukan untuk skuad &#8216;The Gladiators&#8217;, empat minit kemudian.<\/p>\n<p>Kedua-dua pasukan terus berusaha untuk menambah jaringan namun dihampakan oleh kekebalan benteng pertahanan masing-masing sehingga akhir separuh masa pertama.<\/p>\n<p>Bersambung babak kedua, Kelantan meningkatkan rentak serangan untuk memburu gol kedua namun digagalkan oleh kecemerlangan benteng pertahanan ATM dan dan penjaga gol, Mohd Farizal Harun.<\/p>\n<p>Kekebalan Mohd Farizal bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pemain sayap Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad meledakkan gol kemenangan pada minit ke-79.<\/p>\n<p>Walaupun puas hati dengan persembahan Kelantan, Hodak berkata anak buahnya sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol bagi memudahkan laluan mereka ke final.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau yakin dengan sokongan padu penyokong dan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dapat membantu pasukan itu mengesahkan tempat di final.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak mahu pemain terbawa-bawa dengan kemenangan ini malah mahu pemain meningkatkan usaha memburu lebih banyak gol di halaman sendiri nanti,&#8221; katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.<\/p>\n<p>Sementara itu, ketua jurulatih ATM, B. Sathianathan mengakui bukan mudah untuk mengatasi Kelantan di gelanggang lawan tetapi yakin anak buahnya mampu bangkit untuk memburu tiket ke pentas final.<\/p>\n<p>&#8220;Mahu tidak mahu kita kena menjaringkan gol di Kota Baharu nanti&#8230;kita akan cuba menewaskan Kelantan di tempat mereka sebagaimana kita pernah melakukan sebelum ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata kecederaan yang menimpa pemain pertahanan, Norfadzly Alias pada pertengahan babak kedua serta ketumpulan jentera serangan telah membuka peluang kepada Kelantan untuk menjaringkan gol kemenangan.- BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kelantan menghampiri slot ke final Piala Malaysia apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, Jumaat malam. Biarpun memiliki bekalan tipis satu gol, skuad &#8216;The Red Warriors&#8217; mempunyai laluan mudah dalam pertemuan semula pada separuh akhir kedua di halaman sendiri di Stadium Sultan Muhammad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15966,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[44],"tags":[],"better_featured_image":{"id":15966,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":600,"height":392,"file":"2013\/10\/su_03.1.jpg","filesize":74908,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":15965,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/10\/su_03.1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15965"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15965"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15965\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15966"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15965"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15965"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15965"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}