{"id":1590,"date":"2009-12-22T17:28:45","date_gmt":"2009-12-22T09:28:45","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/12\/rakyat-dihalau-tetapi-projek-hotel-dibatal\/"},"modified":"2009-12-22T17:28:45","modified_gmt":"2009-12-22T09:28:45","slug":"rakyat-dihalau-tetapi-projek-hotel-dibatal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rakyat-dihalau-tetapi-projek-hotel-dibatal\/","title":{"rendered":"Rakyat \u2018dihalau\u2019 tetapi projek hotel dibatal !"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><br \/><\/span><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/hotelcendering.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/hotelcendering.JPG\" width=\"434\" height=\"250\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">Berikutan itu, PAS melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan seumpama itu yang berkemungkinan boleh berlaku terhadap projek-projek lain.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata kebimbangan tersebut termasuk dengan status projek-projek sedia ada atau yang telah dirancang oleh MB terdahulu.<\/p>\n<p>\u201cKebimbangan saya status projek-projek yang sedia atau yang telah dirancang oleh Menteri Besar yang terdahulu seperti Taman Ilmu, Terengganu Medical Central, Program Ulul AlBab dan sebagai.<\/p>\n<p>\u201cBila bertukar Menteri Besar berlaku seperti mana projek (hotel) yang di Chendering ini.<\/p>\n<p>\u201cRakyat telah pun menjadi mangsa pemindahan dan sampai sekarang seperti \u2018anak ayam hilang ibu\u2019.<\/p>\n<p>\u201cMereka (rakyat) tidak pasti tempat tinggal dan diletakkan di pelbagai tempat termasuk di Flat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK),\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan mengenai status terakhir pembinaan Hotel GHM Chendering yang melibatkan pengambilan tanah dan perpindahan penduduk di Lot 1770 Mukim Chendering.<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat yang pernah mendiami di kawasan tersebut terpaksa dikeluarkan bagi laluan projek hotel berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, penduduk berkenaan masih menunggu penempatan sebenar yang dijanjikan oleh kerajaan negeri di Teluk Binjai, Chendering.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku, akhirnya projek yang dicadangkan itu tidak menjadi kenyataan dan rakyat telah menjadi mangsa perpindahan sejak sekian lama,\u201d jelasnya pada Sidang Dun di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, lalu. <em>(Gambar kanan &#8211; Dr. Syed mengadakan perjumpaan dengan penduduk ter<\/em><em>babit tidak berapa lama dulu)<\/em><\/p>\n<p>Sementara itu, Menteri Besar, Dato\u2019 Ahmad Said berkata pembatalan projek tersebut setelah kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan prestasi serta notis dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.<\/span><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/hotelcendering1.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/hotelcendering1.JPG\" width=\"427\" height=\"288\" align=\"right\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><\/p>\n<p>\u201cKerajaan negeri telah membatalkan keputusan cadangan untuk membina hotel oleh GHM Chendering.<\/p>\n<p>\u201cKita (kerajaan) telah keluarkan notis kepada Syarikat yang hendak usahakan projek ini tetapi tidak ada jawapan yang diberikan.<\/p>\n<p>\u201cCuma apa yang dia (syarikat) buat, dia \u2018tolak\u2019 (bersih) tanah sikit dan letak kabin (kontena) dua buah.<\/p>\n<p>\u201cKita telah melihat syarikat yang sama pernah diberikan tanah seluas 77 ratus ekar di Bukit Keluang, Besut untuk membina Padang Golf dan Hotel pada tahun 1990-an dan sampai sekarang tidak juga dibuatnya,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan kerajaan sedang membina 10 blok Flat Tinga Tingkat yang mengandungi 120 unit kediaman dengan kos RM19.6 juta di Teluk Binjai, Bukit Chendering.<\/p>\n<p>\u201cRakyat patut bersyukur pertama kerana selama ini mereka (penduduk) asalnya menduduki kawasan tersebut secara \u2018haram\u2019 dan terdedah kepada bahaya pada musim tengkujuh.<\/p>\n<p>\u201cKita menempatkan sementara mereka ini ke rumah-rumah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan sewa rendah dan sebagainya,\u201d ujarnya. <\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam diberitahu, kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu telah membatalkan satu projek pembinaan Hotel oleh GHM Chendering.<em>(Gambar bawah)<\/em><\/span>  <\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1590"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1590"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1590\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1590"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1590"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1590"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}