{"id":15386,"date":"2013-09-29T22:00:00","date_gmt":"2013-09-29T14:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=15386"},"modified":"2013-09-29T20:00:47","modified_gmt":"2013-09-29T12:00:47","slug":"jawatan-adalah-amanah-bukan-kemuliaan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/jawatan-adalah-amanah-bukan-kemuliaan-2\/","title":{"rendered":"Jawatan Adalah Amanah Bukan Kemuliaan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu yang baru, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan dan mengingatkan, dalam PAS sebagai sebuah gerakan dakwah dan parti politik, jawatan yang dipegang oleh seseorang adalah amanah yang akan dipersoalkan, bukan kemuliaan dunia.<\/p>\n<p>Oleh itu, beliau mengharapkan saf kepimpinan yang baru, mementingkan pengisian yang akan dilaksanakan semasa mereka memegang jawatan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;&#8230;&#8230;.dalam PAS, jawatan adalah amanah dan bukan kemuliaan dunia, yang penting adalah pengisian untuk menunaikan amanah bukan berbangga dengan jawatan,&#8221;ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan bagi menutup Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kuala Terengganu Kali Ke-38 di Markaz PAS Kuala Ibai pada petang Sabtu 28 September.<\/p>\n<p>Wan Sukairi berazam akan berusaha dan bekerja lebih kuat untuk mengisi dan mempertahankan kemenangan PAS di kawasan Kuala Terengganu dengan gerak kerja tersusun dan kerjasama semua jentera DUN, Kawasan dan sayap Ulama, Pemuda serta Muslimat. <\/p>\n<p>Beliau menggesa semua ahli dan penyokong PAS benar-benar memberikan fokus dalam segala tindakan dan amalan serta bekerja semata-mata kerana Allah dan untuk meninggikan Islam.<\/p>\n<p>&#8220;kita hendaklah menjadikan slogan Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami dan syahid cita cita kami sebagai motivasi gerak kerja di semua peringkat PAS Kuala Terengganu,&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p>Selain mahu menjadikan PAS Kawasan Kuala Terengganu &#8216;model ikutan&#8217; sebagai sebuah Jamaah Islam yang bekerja keras, beliau akan memberikan penumpuan kepimpinannya untuk memberi kefahaman Islam kepada seluruh penduduk dan meningkatkan usaha-usaha kebajikan bagi membantu warga Kuala Terengganu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu yang baru, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan dan mengingatkan, dalam PAS sebagai sebuah gerakan dakwah dan parti politik, jawatan yang dipegang oleh seseorang adalah amanah yang akan dipersoalkan, bukan kemuliaan dunia. Oleh itu, beliau mengharapkan saf kepimpinan yang baru, mementingkan pengisian yang akan dilaksanakan semasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15387,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":15387,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":407,"file":"2013\/09\/IMG_00531.jpg","filesize":112128,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"4.5","credit":"","camera":"Canon EOS 550D","caption":"","created_timestamp":"1366322380","copyright":"","focal_length":"168","iso":"400","shutter_speed":"0.04","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":15386,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/09\/IMG_00531.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15386"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15386"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15386\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15387"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}