{"id":14666,"date":"2013-09-04T14:09:14","date_gmt":"2013-09-04T06:09:14","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=14666"},"modified":"2013-09-05T01:16:28","modified_gmt":"2013-09-04T17:16:28","slug":"malangnya-penduduk-kuwait-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/malangnya-penduduk-kuwait-malaysia\/","title":{"rendered":"Malangnya Penduduk &#8216;Kuwait Malaysia&#8217; !"},"content":{"rendered":"<p>Teori ekonomi menyebut, sebarang kenaikan harga keperluan asas seperti contohnya minyak sebanyak 10% akan mengurangkan kuasa beli pengguna sebanyak 10% juga. Teori ini terpakai dalam kes tidak berlaku sebarang kenaikan harga barang. <\/p>\n<p>Sekiranya berlaku kenaikan harga barangan yang biasanya menyusuli kenaikan harga minyak, maka peratusan kuasa beli pengguna akan lebih menurun lagi. Tak perlulah pihak KPDNKK mengulang-ulang ungkapan lapuk bahawa harga barangan tak akan dinaikkan kerana minyak adalah nadi perdagangan.<\/p>\n<p>Dengan kenaikan harga minyak sebanyak 10% maka rakyat sebagai pengguna memerlukan kenaikan gaji 10% juga, barulah kuasa beli pengguna kembali ke tahap asal dalam kes tidak berlaku peningkatan harga barangan. Jika sebaliknya maka peratusan kenaikan gaji yang lebih tinggi diperlukan untuk mengimbangi semula kuasa beli pengguna.<\/p>\n<p>Ini adalah sifir mudah untuk mengambarkan senario yang sedang dihadapi oleh rakyat semenjak detik 12:01 tengah malam semalam, 3 September 2013. Sebagaimana biasa, hujah pelarasan subsidi untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan negara akan digunakan sebagai alasan kenaikan.<br \/>\nKerana alasan subsidi ini diulang-ulang siar, izinkan persoalan ini dikemukan;<\/p>\n<p>Kerajaan kononnya telah membelanjakan berbilion ringgit setahun untuk bayaran subsidi minyak. Soalannya, kepada siapakah subsidi berjumlah berbilion ini telah dibayar?<\/p>\n<p>Selalunya jawapan yang diterima, subsidi tersebut telah dibayar kepada syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia. Tetapi sedarkah kita hakikat bahawa minyak adalah khazanah milik negara bukannya hak milik syarikat minyak. Kenapa kita \u2018geger\u2019 sangat kononnya berbilion wang kena bayar subsidi kepada syarikat minyak sedangkan minyak adalah hak milik kita. Syarikat minyak hanyalah kompeni yang diberi lesen untuk carigali dan proses. Polisinya tetap di tangan kerajaan. <\/p>\n<p>Di negara-negara yang harga minyaknya murah untuk kegunaan rakyat, sebahagiannya adalah dicarigali dan diproses oleh syarikat-syarikat minyak antarabangsa yang sama dengan syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia. Malah Petronas sendiri juga turut mengusahakan carigali minyak di negara-negara lain seperti Sudan dan Iraq. Adakah negara-negara tersebut ini turut membayar subsidi kepada Petronas supaya rakyat mereka boleh menikmati harga minyak yang murah?<\/p>\n<p>Semua negara-negara lain yang mengeksport minyak, mereka juga mengeksport berpandukan kepada nilai harga pasaran antarabangsa yang ditentukan OPEC, tapi setiap negara pengeluar tak tertakluk kepada peraturan harga OPEC untuk kegunaan rakyat sendiri dalam negara. <\/p>\n<p>Negara-negara seperti Brunei, Arab Saudi dan Kuwait, mereka juga menjual minyak di pasaran antarabangsa dengan harga semasa dunia, tetapi kenapa untuk kegunaan tempatan harga yang ditawarkan negara-negara jauh lebih murah?<\/p>\n<p>Kita di Terengganu ibarat Kuwait Malaysia. Malang sungguh apabila tiada sebarang keistimewaan yang mampu kita nikmati dari status ini. Sudahlah kita negeri adalah yang paling miskin di Semenanjung Malaysia, nak dapat harga minyak lebih murah untuk rakyat Terengganu adalah mimpi disiang hari! Mustahil menjadi kenyataan selagi yang berkuasanya adalah Umno\/BN. Rakyat Terengganu sepatutnya merasa iri dengan pesatnya pembangunan di Ibu Kota yang sebahagiannya dibiayai dari hasil minyak yang dikorek dari perut bumi kita. Tapi kita hanya mampu menjadi penonton.<\/p>\n<p>Akhirnya, Janganlah diulang-ulang lagi bahawa harga minyak di Singapura dan Thailand adalah lebih mahal dari Malaysia kerana ia ibarat membandingkan harga rambutan di Kuala Berang dengan harga rambutan di Kota Singa itu. <\/p>\n<p>Di samping Singapura bukan negara pengeluar minyak, kajilah berapa pendapatan perkapita rakyat mereka. Hujah sebegini terlalu dangkal dan bodoh serta mengambarkan rendahnya tahap pemikiran pengucapnya.-http:\/\/www.drazmanibrahim.com\/<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Teori ekonomi menyebut, sebarang kenaikan harga keperluan asas seperti contohnya minyak sebanyak 10% akan mengurangkan kuasa beli pengguna sebanyak 10% juga. Teori ini terpakai dalam kes tidak berlaku sebarang kenaikan harga barang. Sekiranya berlaku kenaikan harga barangan yang biasanya menyusuli kenaikan harga minyak, maka peratusan kuasa beli pengguna akan lebih menurun lagi. Tak perlulah pihak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14667,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":14667,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":624,"height":418,"file":"2013\/09\/petroleum-kerteh.jpg","filesize":42592,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":14666,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/09\/petroleum-kerteh.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14666"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14666"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14666\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14667"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14666"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14666"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14666"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}