{"id":1461,"date":"2009-12-07T00:10:54","date_gmt":"2009-12-06T16:10:54","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/12\/musim-jawi-beramai-ramai\/"},"modified":"2009-12-07T00:10:54","modified_gmt":"2009-12-06T16:10:54","slug":"musim-jawi-beramai-ramai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/musim-jawi-beramai-ramai\/","title":{"rendered":"Musim \u2018Jawi\u2019 Beramai-ramai"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"> Musim cuti sekolah yang panjang pada hujung tahun, bermula akhir November lalu, dimanfaatkan dengan melakukan amal kebajikan melalui program \u2018Jawi\u2019 atau berkhatan berama-ramai (Gambar kiri &#8211; selepas &#8216;potong&#8217; di DUN Jabi)<\/p>\n<p> Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, program tersebut telah menjadi acara tahunan.<\/p>\n<p> \u201dCuma pada tahun ini diadakan secara pecahan mengikut Unit Peti Undi (UPU) dengan UPU Tok Dor mengambil giliran pertama pada 4 Disember lalu,<\/p>\n<p> \u201ddan disusuli dengan program induk yang dilaksanakan di Pejabat DUN, pada Sabtu 5 Disember,\u201dkata Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim, selaku penyelaras program peringkat DUN. <\/p>\n<p> Menurutnya program di UPU Tok Dor telah berjaya menghimpunkan seramai 50 orang kanak-kanak yang \u2018berkhatan beramai-ramai\u2019 dengan bantuan tenaga perubatan sukarela dari Kota Bharu. <br \/> <\/span><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/jawijabi1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/jawijabi1.jpg\" width=\"330\" height=\"247\" align=\"right\" \/><br \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"> Katanya, dengan bantuan sukarelawan itu, kos pengendalian program dapat dikurangkan dan orang-ramai mendapat perkhidmatan yang berbaloi.<\/p>\n<p> <\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">\u201dWalaupun sedikit bayaran dikenakan, tetapi ianya jauh lebih murah berbanding dgn caj di klinik swasta,\u201djelasnya ketika dihubungi Buletinonline. (Gambar kanan &#8211; sukarelawan dari Kota Baru)<\/p>\n<p> Yang lebih mengembirakan, kata beliau, apabila di kalangan penyokong UMNO turut sama menyambut baik program tersebut dan menghantar anak-anak mereka untuk dikhatankan. <\/span><br \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"> <br \/> Beliau yang juga seorang doctor pergigian persendirian berkata, amalan berkhatan adalah sebahagian tuntutan agama, selain diterima oleh masyarakat dunia termasuk bukan Islam, sebagai suatu kaedah yang sangat baik dari segi kebersihan dan pencegahan kanser pada bahagian alat kelamin. <\/p>\n<p> Ditanya, apakah rahsia kejayaan program berkhatan yang mendapat sambutan orang-ramai, beliau berkata, tidak ada apa-apa yang istimewa.<\/p>\n<p> <\/span><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/jawibkttunggal1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/jawibkttunggal1.jpg\" width=\"315\" height=\"209\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\">\u201dKecuali, niat ikhlas para sukarelawan dan pendokong PAS menganjurkan program tersebut, dilihat sebagai \u2018memudahkan masyarakat menyempurnakan tanggungjawab\u2019 mereka terhadap anak-anak, <\/p>\n<p> \u201dSelain kos yang rendah, suasana yang santai dan meriah wujud dalam setiap program, (ia) jelas di nilai dan dihargai oleh masyarakat,\u201dkatanya. (Gambar kanan- sukarelawan bertugas di DUN Bukit Tunggal)<\/p>\n<p> Selain DUN Jabi, DUN Bukit Tunggal turut mengadakan program berkhatan beramai-ramai di Pusat Khidmat DUN, Seberang Bukit Tumbuh pada minggu lalu.<\/p>\n<p> Menurut Pegawai Khidmat DUN, Abdullah Abdul Manan berkata, seramai 68 orang kanak-kanak telah menyertai program tersebut.<\/p>\n<p> \u201dBukan sahaja ia disambut baik oleh penduduk tempatan Bukit Tunggal, malah ada dikalangan anak Terengganu yang merantau di Kuala Lumpur, pulang semata-mata mahu mengkahatan anaknya di kampung,\u201dkatanya kepada Buletinonline.<br \/> Buletinonline dimaklumkan, Umno melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut mengadakan program berkhatan, namun tidak mendapat sambutan.<\/p>\n<p> Misalnya di DUN Jabi, hanya lima orang peserta mengambil bahagian.<\/p>\n<p> \u201dItu pun dianjurkan (oleh Umno) setelah disebarkan berita tentang penganjuran (program berkhatan) oleh kita (PAS),\u201dtambah Dr Azman<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=8sply59cGgU<\/p>\n<p> <\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0     <img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/jawijabi4.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/12\/jawijabi4.jpg\" width=\"324\" height=\"243\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial\"><strong>SETIU <\/strong>\u2013 Aktiviti kebajikan dan Kemasyarakatan PAS terus mendapat sambutan orang ramai kerana ia berjalan dengan bantuan penyokong dan sukarelawan yang mendokong konsep \u2018Amar Ma\u2019ruf, Nahi Mungkar\u2019.<br \/> <\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1461"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1461"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1461\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1461"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1461"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1461"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}