{"id":14385,"date":"2013-08-25T01:35:33","date_gmt":"2013-08-24T17:35:33","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=14385"},"modified":"2013-08-25T01:35:33","modified_gmt":"2013-08-24T17:35:33","slug":"kisah-ashabul-ukhdud-empunya-lubang-parit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kisah-ashabul-ukhdud-empunya-lubang-parit\/","title":{"rendered":"Kisah Ashabul Ukhdud (Empunya Lubang Parit)"},"content":{"rendered":"<p>Dizaman dahulu ada seorang raja. Baginda mempunyai seorang ahli sihir. Setelah ahli sihir itu merasakan dia telah tua, berdatang sembahlah dia kepada raja menerangkan dia telah tua dan hampir sampai ajalnya. Dia memohon kepada raja agar raja mencarikan anak kecil, kerana kepada anak itu akan diperturunkan segala ilmu sihirnya. Permohonan itu dikabulkan raja, lalu diserahkan kepadanya seorang anak kecil dan datanglah anak kecil itu berulang-ulang kepada tukang sihir itu mempelajari sihirnya.<\/p>\n<p>Diantara tempat tinggal tukang sihir dan tempat tinggal anak itu ada pula berdiam seorang pendita. Anak itu sentiasalah singgah pula berteduh di tempat kediaman pendita itu dan banyak pula dia mendengar ucapan-ucapan dari pendita tua itu yang amat menarik hatinya. Maka kalau dia terlambat datang kepada tukang sihir, tukang sihir itu marah lalu memukulnya. Dan kalau dia terlambat pulang ke rumah orang tuanya kena marah pula mengapa terlambat pulang. Lalu diajarkan oleh pendita tua itu suatu jawaban, kalau ditanya oleh tukang sihir itu mengapa lambat, jawablah kerana terlambat turun dari rumah dan kalau ditanya pula di rumah mengapa terlambat, katakan guruku tukang sihir menahanku.<\/p>\n<p>Dalam hal demikian selalulah dia pulang dan pergi ke rumah tukang sihir dan tetap singgah di rumah pendita. Pada suatu hari terhambatlah orang yang lalu lintas berjalan di jalan yang ditempuhnya kerana ada binatang buas mengganggu, sehingga orang merasa takut lalu di situ. Ketika itu anak kecil itu berada di sana. Lalu dia berkata \u201cAkan aku uji manakah yang lebih dapat aku gunakan, ajaran tukang sihirkah atau ajaran pendita. Lalu diambil sebiji batu dan dia ucapkan \u201cYa Allah! Kalau ajaran pendita itu yang benar di sisi Engkau, lebih dari ajaran tukang sihir maka bunuhlah binatang ini! Supaya manusia yang lalu di jalan ini tidak terhalang juga\u201d, Lalu dilemparkan batu itu kepada binatang tersebut. Maka matilah binatang itu dan lalu lintaslah manusia seperti biasa.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/ukhdood_2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-14386 alignright\" alt=\"ukhdood_2\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/ukhdood_2-300x161.jpg\" width=\"462\" height=\"248\" \/><\/a>Setelah dia mengadap pendita itu diceritakanlah pengalamannya itu kepada pendeta itu. Maka berkatalah beliau \u201cWahai budak kamu telah mencapai darjat yang lebih tinggi daripada yang aku capai! Tetapi aku peringatkan engkau bahawa engkau akan menderita banyak percubaan. Maka kalau percubaan itu datang, janganlah engaku beritahukan perhubungan engkau dengan aku,\u201d<\/p>\n<p>Sejak waktu itu nama anak itu kian terkenal dan dapatlah dia mengubati orang ditimpa kusta dan penyakit lain-lain.<br \/>\nRaja mempunyai seorang pembesar yang selalu diajak raja bermesyuarat. Kebetulan pembesar itu buta. Dia mendengar cerita tentang anak itu lalu datanglah pembesar buta itu kepadanya dan membawa hadiah sebanyak-banyaknya dan berkata \u201cSembuhkanlah butaku! Hadiah ini adalah untukmu dan jika aku sembuh hadiah ini aku tambah lagi,\u201d<\/p>\n<p>Anak itu menjawab, saya tidak ada kuasa menyembuhkan apa juapun penyakit. Yang Maha Kuasa menyembuhkannya hanyalah Allah. Kalau tuan sudi beriman kepada Allah, saya akan berdoa kepada Allah memohon kepadaNya agar tuan disembuhkan. Mendengar ajakan anak itu maka berimanlah pembesar buta itu. Lalu anak itu berdoa maka pembesar itupun sembuhlah dan celiklah kedua belah matanya.<\/p>\n<p>Setelah matanya sembuh datanglah kembali dia ke majlis raja. Raja sangat tercengang lalu bertanya : \u201cSiapakah yang menyembuhkan matamu?,\u201d<\/p>\n<p>Pembesar itu menjawab \u201cTuhanku,\u201d<\/p>\n<p>Dengan hairan raja bertanya pula : \u201cApakah aku yang engkau maksudkan?,\u201d<\/p>\n<p>Dia menjawab : \u201cBukan! Tuhanku dan tuhan Tuanku adalah Allah,\u201d<\/p>\n<p>\u201cEngkau mengakui ada lagi tuhan selain aku?,\u201d<\/p>\n<p>Pembesar itu tetap menjawab : \u201cTuhanku dan tuhan Tuanku adalah Allah,\u201d<\/p>\n<p>Raja sangat murka mendengar jawaban itu, sehingga orang besar itu ditangkap dan disiksa, sampai kerana tidak tahan mendarita sakit, dibukanya rahsia bahawa guru yang mengajarnya ialah anak kecil tersebut.<\/p>\n<p>Anak kecil itupun ditangkap lalu ditanyai apakah benar dia dapat menyembuhkan orang berpenyakit kusta, buta dan lain-lain. Anak itu menjawab bahawa semua itu tidak benar! Dia tidak dapat menyembuhkan sesiapapun jua. Yang menyembuhkan segala sakit hanyalah Allah Yang Maha Kuasa.<\/p>\n<p>\u201cAkukah yang engkau maksudkan?,\u201d tanya raja.<\/p>\n<p>\u201cBukan,\u201d jawab anak itu, \u201cTapi Allah!,\u201d<\/p>\n<p>\u201cApakah engkau mengaku pula ada tuhan selain aku?,\u201d tanya raja lagi.<\/p>\n<p>Dengan tegas anak itu menjawab pula : \u201cTuhanku dan tuhan raja ialah Allah,\u201d<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/ukhdood_20.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-14388 alignright\" alt=\"ukhdood_20\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/ukhdood_20-300x183.jpg\" width=\"452\" height=\"275\" \/><\/a>Mendengar jawapan demikian anak itu disiksa. Dia dipaksa mengaku darimana dia mendapat pelajaran yang amat ganjil itu. Kerana tidak tahan disiksa maka dia menunjukkan pendita yang mengajar dia. Pendita itu segera ditangkap. Diapun disiksa dan dipaksa meninggalkan agama yang dianutinya, mengatakan ada tuhan selain dari raja, namun pendita itu tidak mahu. Akhirnya kerana tidak mahu meninggalkan agama bertuhan kepada Allah itu, diperintahkan raja menggergaji kepala pendita itu. Kepalanya digergaji terbelah dua dan mati.<\/p>\n<p>Kemudian dipaksa pula pembesar yang telah sembuh dari buta itu meninggalkan agama bertuhankan Allah itu dan kembali hanya bertuhan kepada raja. Diapun tidak mahu. Diapun digergaji juga, sampai terbelah dua badannya lalu mati.<br \/>\nLalu dihadapka anak kecil itu. Dia pun mulai dipaksa meninggalkan agama yang diimaninya, Tetapi dia tidak mahu. Lalu raja memerintahkan anak kecil itu dibawa ke puncak gunung, dan raja memerintahkan : \u201cApabila sampai di puncak gunung, paksa dia sekali lagi kembali kepada agama kita. Kalau dia tidak juga mahu lemparkanlah dia ke bawah.<\/p>\n<p>Maka dibawalah oranglah dia ke puncak gunung. Sampai di sana kedengaranlah anak kecil itu berdoa : \u201cYa Allah, peliharakanlah aku dari mereka dengan kekuasaanMu,\u201d Tiba-tiba bergoncanglah gunung itu dan orang-orang yang menghantar itulah yang jatuh dan anak kecil itu selamat.<\/p>\n<p>Diapun turun dan terus mengadap raja. Lalu raja bertanya : \u201cApa khabar orang-orang yang aku suruh menghantarkan engkau ke gunung?,\u201d<\/p>\n<p>Anak itu menjawab :\u201dTuhanku telah memeliharakan daku dari mereka,\u201d<\/p>\n<p>upanya raja belum puas. Disuruhnya menangkap anak itu sekali lagi dan disuruh hantarkannya dengan sebuah sampan ke tengah laut. Diperintahkan kepada orang yang menghantarnya supaya memaksa anak itu kembali kepda agama asalnya kalau tidak mahu ditenggelamkan dia ke laut. Sekali lagi anak itu menadahkan tangan ke langit, maka datanglah angin ribut yang sangat besar. Tenggelamlah seluruh orang yang diperintahkan menghantarnya itu dan dia sendiri selamat berenang ke tepi. Dan kembali dia mengadap raja.<\/p>\n<p>Diapun ditanya apa yang telah terjadi. Dia menjawab, tuhannya telah menolongnya dan orang-orang itu telah tenggelam semuanya. Kemudian dia berkata kepada raja : \u201cHai raja, Tuanku tidak akan dapat membunuhku kalau dengan cara demikian. Barulah akan berhasil Tuanku membunuhku jika tuan kerjakan apa yang aku suruhkan. Kalau tidak Tuanku kerjakan apa yang aku suruhkan, tidaklah berhasil maksud Tuanku menyingkirkan aku dari dunia ini\u201d<br \/>\nLalu raja bertanya : \u201cApakah yang engkau minta itu?\u201d<\/p>\n<p>Anak itu menjawab : \u201cTuanku suruh manusia berkumpul di satu tempat. Kemudian Tuanku suruh menaikkan aku ke atas kayu palang (salib), lalu Tuanku ambil satu anak panah kepunyaanku sendiri dari dalam busurnya. Kemudian Tuanku bidik aku dengan tepat, lalu baca : \u201cDengan nama Allah, Tuhan anak kecil ini.\u201d Dengan melakukan demikian barulah Tuanku dapat membunuhku.<\/p>\n<p>Permintaannya dilakukan oleh raja, diambil anak panahnya dari busurnya dengan mengucapkan : \u201cDengan nama Allah, Tuhan anak kecil ini\u201d lalu dipanahnya anak kecil itu, kena tepat pada jantungnya dan terkulailah kepalanya, sedang tangannya memegang pangkal panah yang telah tersisip di dadanya dan diapun matilah. Tiba-tiba terkeluar dari mulut seluruh orang yang hadir: \u201cKami beriman dengan Tuhan anak kecil ini\u201d<\/p>\n<p>Gempitalah suara di tanah lapang itu menyatakan iman kepada Tuhan Allah yang dipercayai oleh anak kecil itu. Maka berbisiklah seseorang kepada raja : \u201cTidakkah Tuanku perhatikan? Bukankah apa yang Tuanku takuti selama ini telah terjadi? Budak kecil itu mati tapi semua orang telah menganut ajarannya?,\u201d<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/ukhdood_4.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-14389 alignright\" alt=\"ukhdood_4\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/ukhdood_4-300x167.jpg\" width=\"479\" height=\"266\" \/><\/a>Sangat murkalah raja apabila melihat manusia telah berbalik arah. Lalu raja memerintahkan menangkap orang-orang yang terang-terang menyatakan percaya kepada Tuhan anak kecil itu, dan baginda suruh gali lubang-lubang atau parit-parit besar. Dan diancamlah orang : \u201cBarangsiapa yang masih berpegang kepercayaan anak kecil itu, akan dimasukkan ke dalamnya dan dibakar. Dan barangsiapa yang kembali kepada agama pusaka nenek moyang mereka akan selamat.\u201d<\/p>\n<p>Mendengar itu, tidaklah mereka mundur, malahan mereka berduyun-duyun mendekati lubang yang ternganga menunggu giliran dibakar. Maka adalah diantara mereka itu seorang perempuan yang sedang mendukung anaknya, seketika telah dekat ke pinggir lubang itu, timbul ragu-ragu dalam hatinya. Tiba-tiba berkatalah anak didalam dukungannya itu : \u201cTeguhkanlah hatimu, ibuku! Ibu adalah di dalam agama yang benar,\u201d<\/p>\n<p>Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim dan diriwayatkan juga oleh an-Nasa\u2019i dan juga Tirdmizi dari Shuhaib.<\/p>\n<p>Tersebut lagi cerita lain tentang lubang pembakaran itu, iaitu ketika Raja Dzu Nuas beragama Yahudi memaksa penduduk Najran yang telah lama memeluk agama Nabi Isa a.s. setelah raja beragama Yahudi itu menakluki negeri tersebut dijalankanlah paksaan kepada penduduk supaya memeluk agama Yahudi. Orang Nasrani diwaktu itu dibawah pimpinan penditanya yang sangat tua, sehingga kemanapun berjalan, dia itu ditandu. Ketika Yahudi menanyai aqidahnya, dia menjawab bahawa dia beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan beriman kepada syariat Nabi Isa a.s dan dia tidak akan merubah kepercayaannya itu. Maka ditangkaplah dia dan para pengikutnya, digali lubang dan dinyalakan api di dalamnya dan dilemparkanlah mereka ke sana. Dan mereka masuk ke dalam lubang itu dengan tidak mengeluh, kerana yakin akan pendiriannya.<\/p>\n<p>Ibnu Katsir menyatakan dalam tafsirnya bahawa penggalian lubang dan pembakaran terhadap orang yang beriman yang teguh pada keyakinannya itu, bukanlah kejadian satu kali, malahan berkali-kali. Ibnu Katsir menyalinkan keterangan dari dari Ibnu Abi Hatim bahawa penggalian lubang pembakaran itu pernah terjadi di Yaman dizaman raja-raja Tubba\u2019, di Konstantinople dizaman Konstantin memaksa orang Nasrani melepaskan kepercayaan mereka yang asli tentang tauhid, dan kejadian juga di Iraq iaitu di negeri Babil dizaman Raja Bukhtinashr (Nabukadnesar) yang membuat berhala dan memaksa orang menyembah berhala itu. Maka Nabi Danial tidak mahu mengorbankan kepercayaannya kepada Allah Yang Maha Esa bersama kedua temannya \u2018Izriya dan Mikhaail. Lalu dibuat lubang dan diunggunkan kayu-kayu kering ke dalamnya dan dimasukkan ketiga-tiga orang beriman itu ke dalamnya. Namun sesampai mereka ke dalam api yang bernyala itu, mereka tetap hidup dengan segar bugar dan keluar dengan selamat. Padahal bersama ketiga orang yang beriman diantaranya seorang nabi itu, dimasukkan pula sembilan orang yang dianggap pemberontak kepada raja, semuanya hangus terbakar.<br \/>\n\u201cPetikan dari Kitab Tafsir al-Azhar karangan Almarhum Professor Dr. Hamka\u201d &#8211; (dari tafsir surah al- Buruj)<\/p>\n<p>-Bandingkan dengan keadaan di Mesir, Syiria, Palestin dan di mana-mana sahaja tempat yang Umat Islam diganyang. Sebenarnya mereka sedang dipaksa \u201cterjun dalam parit yang di dalamnya api sedang menyala-nyala. Sucinya perjuangan mereka jauh meninggalkan kita yang masih terkial-kial dengan ujian yang sedikit. Moga kita juga dikurniakan kekuatan seperti mereka insyaAllah. Wallahua\u2019lam.http:\/\/dunbpayong.blogspot.com<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dizaman dahulu ada seorang raja. Baginda mempunyai seorang ahli sihir. Setelah ahli sihir itu merasakan dia telah tua, berdatang sembahlah dia kepada raja menerangkan dia telah tua dan hampir sampai ajalnya. Dia memohon kepada raja agar raja mencarikan anak kecil, kerana kepada anak itu akan diperturunkan segala ilmu sihirnya. Permohonan itu dikabulkan raja, lalu diserahkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14387,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[42],"tags":[],"better_featured_image":{"id":14387,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":345,"file":"2013\/08\/ukhdood_21.jpg","filesize":59570,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"13","credit":"","camera":"NIKON D70","caption":"","created_timestamp":"1193425726","copyright":"","focal_length":"28","iso":"200","shutter_speed":"0.016666666666667","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":14385,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/ukhdood_21.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14385"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14385"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14385\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14387"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}