{"id":14371,"date":"2013-08-24T01:30:11","date_gmt":"2013-08-23T17:30:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=14371"},"modified":"2013-08-24T01:30:11","modified_gmt":"2013-08-23T17:30:11","slug":"darah-syuhada-untuk-kemenangan-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/darah-syuhada-untuk-kemenangan-islam\/","title":{"rendered":"Darah Syuhada untuk kemenangan Islam"},"content":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak seluruh umat Islam agar mengambil sikap prihatin dengan nasib malang yang menimpa umat Islam di seluruh dunia.<\/p>\n<p>Katanya, apa yang berlaku di Mesir, Syria, Palestin serta beberapa negara umat Islam lain hari ini sebagai petanda ke arah kemenangan Islam.<\/p>\n<p>Justeru, kata beliau, apa yang penting umat Islam mesti bersama dengan kumpulan Islam serta kepimpinannya.<\/p>\n<p>\u201cSeorang tokoh Islam mengatakan, \u2018Apabila seorang ibu yang mengandung hendak melahirkan anak, dia (ibu) kena keluarkan darah dahulu barulah anak itu dilahirkan\u2019. Jadi darah yang keluar di Mesir, yang keluar di Syria, yang keluar di Palestin, darah para Syuhada adalah darah untuk melahirkan kemenangan Islam.<\/p>\n<p>\u201cApa yang penting, kita (orang Islam) hendaklah bersama dengan kumpulan (parti) Islam dan pemimpin yang memperjuangkan Islam.<\/p>\n<p>\u201cMarilah kita sama-sama bersimpati dengan sahabat-sahabat di Palestin, di Syria, di Mesir dan semua negeri orang Islam yang menghadapi penindasan termasuk di Bangladesh. Kita semua adalah saudara seIslam,\u201d jelasnya ketika berucap pada Ceramah Isu Mesir Berdarah di Dewan Tok Guru, Rusila Marang pada 23 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Antara yang hadir wakil kerajaan Hamas Palestin, Abu Eyash Ahmed An-Najjar, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi dan Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu, Encik Jefri Chua.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/darah-syuhada1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-14372 alignright\" alt=\"darah syuhada1\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/darah-syuhada1-300x221.jpg\" width=\"471\" height=\"346\" \/><\/a>Dato\u2019 Seri Abdul Hadi menyifatkan mana-mana orang Islam yang tidak tersentuh hatinya dengan kezaliman yang berlaku di negara tersebut sebagai tidak ada iman.<\/p>\n<p>Menurutnya, dunia akhir zaman hari ini menghadapi pelbagai fitnah yang mengelirukan umat Islam.<\/p>\n<p>\u201cJika sekiranya apa yang berlaku di Mesir, kita (orang Islam) tidak terasa apa pun itu menandakan orang Islam \u2018roh\u2019 dia tidak ada, perasaan dia tidak ada dan sifat iman tidak ada dalam diri dia.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku dalam dunia hari ini sangat kelam-kabut, sangat mengelirukan dan penuh dengan kezaliman, kekejaman dan pembunuhan. Jangan kita rungsing kerana apa yang berlaku ini telah diberitahu oleh Nabi kita Muhammad SAW.<\/p>\n<p>\u201cDunia akhir zaman akan berlaku fitnah dan selepas fitnah ini akan berlaku kemenangan kepada orang Islam. Apa yang berlaku adalah tanda-tanda kemenangan Islam,\u201d ujarnya di hadapan lebih 3,000 hadirin.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan pada tahun 50-an tetapi kerja-kerjanya masih diteruskan oleh ahli-ahlinya.<\/p>\n<p>Bahkan, kata Ustaz Abdul Hadi, parti Ikhwan tersebut masih disayangi oleh rakyat Mesir apabila menang besar dalam pilihan raya yang diadakan di peringkat parlimen.<\/p>\n<p>\u201cIkhwanul Muslimin masih disayangi oleh rakyat negeri Mesir. Bila diumumkan demokrasi dan diadakan pilihan raya tiba-tiba mereka (Ikhwan) menang besar kerusi parlimen.<\/p>\n<p>\u201cDibatalkan kemenangan menyebabkan Hosni Mubarak digulingkan dan buat pilihan raya semula tetapi menang Ikhwanul Muslimin juga kerana rakyat Mesir menyokongnya,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=MDDqIPZnR0U&amp;feature=c4-overview&amp;list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q\" target=\"_blank\">[Lihat VideoPart 1]<\/a><\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=386Q_6OxsP0&amp;feature=c4-overview&amp;list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q\" target=\"_blank\">[Lihat Video Part 2]<\/a><\/p>\n<p>Menurutnya, apabila Dr Mohamed Morsi menang mewakili Ikhwanul Muslimin pelbagai fitnah serta konspirasi dilakukan bagi menjatuhkan kerajaan Islam.<\/p>\n<p>\u201cBila Dr Mohamed Morsi menang\u2026dia calon Ikhwan, parti Islam. Kononnya, ada dakyah jika Islam menang dan parti Ikhwan naik akan jahanamlah Mesir.<\/p>\n<p>\u201cKita (Islam) kena faham, ini suatu kezaliman yang sangat dahsyat dan bagi kita orang Islam tidak boleh biarkan begitu sahaja,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Ustaz Abdul Hadi bersama pimpinan di pentas serta seluruh rakyat yang hadir masing-masing mengangkat simbol empat jari mewakili angka empat sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perjuangan dan kesatuan untuk seluruh penduduk yang mencintai kebebasan.<\/p>\n<p>Pada majlis tersebut pihak penganjur berjaya mengumpul sumbangan derma orang ramai sebanyak RM13,400 bagi membantu umat Islam di Mesir, Syria dan Palestin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak seluruh umat Islam agar mengambil sikap prihatin dengan nasib malang yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Katanya, apa yang berlaku di Mesir, Syria, Palestin serta beberapa negara umat Islam lain hari ini sebagai petanda ke arah kemenangan Islam. Justeru, kata beliau, apa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14373,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":14373,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":873,"height":464,"file":"2013\/08\/darah-syuhada.jpg","filesize":282996,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.4","credit":"","camera":"COOLPIX P500","caption":"","created_timestamp":"1377216414","copyright":"","focal_length":"4","iso":"200","shutter_speed":"0.033333333333333","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":14371,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/08\/darah-syuhada.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14371"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14371"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14371\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14373"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14371"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14371"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14371"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}