{"id":13539,"date":"2013-07-22T14:50:26","date_gmt":"2013-07-22T06:50:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v7\/?p=13539"},"modified":"2013-07-22T15:02:39","modified_gmt":"2013-07-22T07:02:39","slug":"13539","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/13539\/","title":{"rendered":"PRK Kuala Besut; PAS Lancar Piagam 16: 16"},"content":{"rendered":"<p>PAS dan Pakatan Rakyat menegaskan komitmen berhubung \u2018Agenda 16-16\u2019 sebagai suatu kedudukan politik &#8216;baru&#8217; bagi negeri Terengganu bagi terus mendayakan pembangunan yang lebih mapan dan lestari.<\/p>\n<p>Keenam-enam belasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS-Pakatan akan mengangkat agenda semak imbang (check and balance) yang berkesan bagi mempastikan rakyat negeri Terengganu khususnya di DUN N 01 Kuala Besut.<\/p>\n<p>&#8220;PAS-Pakatan akan mengangkat agenda semak imbang (check and balance) yang berkesan bagi mempastikan rakyat negeri Terengganu khususnya di DUN N 01 Kuala Besut (agar) tidak lagi akan terpinggir dari arus pembangunan negeri seperti sekarang ini,&#8221;ujar ADUN Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/07\/pc-22-julai.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-13540 alignleft\" alt=\"pc 22 julai\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/07\/pc-22-julai-300x206.jpg\" width=\"300\" height=\"206\" \/><\/a>Beliau berkata demikian pada sidang media harian di Markaz Besar PAS Kampung Baharu dekat sini pada Isnin 22 Julai.<\/p>\n<p>Turut sama dalam sidang media itu ialah, ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak, ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat, ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim, ADUN Tepoh serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja KamarulBharin.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu menegaskan, agenda \u2018Pembasmian Kemiskinan Rakyat Terengganu\u2019 memerlukan sebuah Pelan Bertindak yang lebih terancang dan tersusun.<\/p>\n<p>&#8220;Pelan Bertindak yang lebih terancang dan tersusun, sususan yang lebih mengikut \u2018Keutamaan dan Fiqh-Awlawiyyat\u2019 yang PAS dukungi, (oleh itu) PAS dengan ini mengingatkan kembali Agenda Utama PAS-Pakatan Manifesto PAS dalam PRU ke-13 yang lalu.<\/p>\n<p>&#8220;penekanan kepada isu tanah dan penempatan perumahan rakyat adalah antara dasar dan program penting dalam tawaran kami kepada rakyat. Penempatan untuk tanah tapak rumah yang diambil balik oleh kerajaan akan kami pastikan,&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p>Katanya, &#8216;Agenda 16-16&#8217; juga akan memberikan tumpuan utama kepada rakyat berpendapatan rendah di kalangan petani, penternak dan nelayan dan ADUN-ADUN Pakatan akan mempastikan, dengan suara 16-16 tersebut, perlaksanaan semua program dan projek yang diputuskan dalam Dewan Undangan Negeri, dibuat dengan berkesan.<\/p>\n<p>Sidang akhbar tersebut juga merakamkan kesangsian ke atas projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa di muara Sungai Kuala Besut dilaksanakan dengan perbelanjaan RM250 juta.<\/p>\n<p>&#8220;cukup sudah dengan janji Bandar Tentera di Port Dickson dalam PRK Bagan Pinang, 2009. Sehingga hari ini projek tersebut masih lagi dalam alam khayalan, kami mengingatkan Umno-BN supaya berpijak di bumi nyata,<\/p>\n<p>&#8220;dengan kedudukan tahap kemiskinan rakyat di negeri Terngganu ini dan secara boros membelanjakan wang rakyat seperti projek Zoo Bukit Takal dan Pusat Bebas Cukai di Tasik Kenyir,&#8221;ujarnya<\/p>\n<p>Dalam perkembangan yang sama, PAS akan melancarkan &#8216;Piagam 16:16&#8242; bagi menunjukkan kesungguhan kepada rakyat dan Pengundi DUN Kuala Besut bahawa PAS bertanggungjawab dalam setiap janjinya dalam PRK Kuala Besut.<\/p>\n<p>Majlis pelancaran akan dibuat oleh Presiden PAS Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kampung Tok Saboh pada kira-kira jam 11 malam ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS dan Pakatan Rakyat menegaskan komitmen berhubung \u2018Agenda 16-16\u2019 sebagai suatu kedudukan politik &#8216;baru&#8217; bagi negeri Terengganu bagi terus mendayakan pembangunan yang lebih mapan dan lestari. Keenam-enam belasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS-Pakatan akan mengangkat agenda semak imbang (check and balance) yang berkesan bagi mempastikan rakyat negeri Terengganu khususnya di DUN N 01 Kuala [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13506,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":13506,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":300,"height":259,"file":"2013\/07\/kempen-che-long1-e1374409715885.jpg","filesize":34802,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/07\/kempen-che-long1-e1374409715885.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13539"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13539"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13539\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13539"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13539"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13539"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}