{"id":13042,"date":"2013-07-17T10:39:54","date_gmt":"2013-07-17T02:39:54","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/07\/pimpinan-umno-kelirukan-syiar-islam-2\/"},"modified":"2013-07-17T10:39:54","modified_gmt":"2013-07-17T02:39:54","slug":"pimpinan-umno-kelirukan-syiar-islam-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pimpinan-umno-kelirukan-syiar-islam-2\/","title":{"rendered":"Pimpinan Umno Keliru dan Mengelirukan Syiar Islam"},"content":{"rendered":"<p>Ini adalah penting bagi menjaga umat Islam dari terjerumus ke dalam perangkap mereka yang berkepentingan terlebih lagi dalam suasana pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut sedang berlangsung.<\/p>\n<p>Saranan ini dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) Ustaz Mohd Nor Hamzah sebagai ulasan balas kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad.<\/p>\n<p>\u201cIstiqarah hanya dilakukan apabila kita berhadapan dengan dua pilihan yang pada pandangan kita sama baik, iaitu kita hendak mencari mana yang lebih baik.<br \/>Akan tetapi tidak perlu bagi kita solat istiqarah apabila kita berhadapan dengan perkara hak dan batil. Ketika itu wajib kita memilih yang hak.<\/p>\n<p>Dalam politik Malaysia ini, ternyatalah PAS adalah hak dan Umno adalah batil dengan segala perkara yang telah terbukti dan dapat dilihat kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Umno keatas rakyat bukan sahaja di Kuala Besut malahan di seluruh Malaysia.<\/p>\n<p>Jadi tiada sebab bagi pengundi Kuala besut menuruti syor oleh YB Nawi kerana telah jelas bahawa Paslah parti yang perlu dipilih oleh pengundi, tak perlulah pengundi buat istiqarah,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Bahkan sewajarnya, rakyat menunaikan solat hajat\u00a0 agar Allah membuka hati pengundi Kuala Besut dikurniakan hidayah dan taufiq untuk menyokong kebenaran dan PAS.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan Nawi yang disiarkan dalam sebuah akhbar hari ini, beliau dilaporkan sebagai berkata pengundi Kuala Besut yang sukar membuat pilihan dalam PRK Kuala Besut disyorkan agar melakukan solat Istiqarah bagi memohon petunjuk.<\/p>\n<p>Ini tambahnya lagi untuk masa depan, kerana soal memilih calon ini bukan perkara main-main katanya di hadapan usahawan kecil dan petani di Kuala Besut sambil menekankan perlunya BN dipilih semula dalam PRK ini.<\/p>\n<p>Mengulas satu lagi contoh yang menyalahi sunnah yang dilakukan oleh Umno, Ustaz Mohd Nor yang juga Adun Bukit Payong, menasihatkan agar calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman agar bersegera berbuka puasa apabila sudah tiba waktu berbuka.<\/p>\n<p>Sambil mengutip sepotong hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud \u201cmanusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka\u201d beliau mencadangkan agar calon BN menurut sunnah rasulullah s.a.w.<\/p>\n<p>\u201cTiada perkara yang lebih baik daripada menuruti sunnah dengan betul.<\/p>\n<p>Apabila perkara sunnah diketepikan, maka tiadalah kebaikan walaupun kelihatan begitu hebat amalan yang dilakukan seseorang.<\/p>\n<p>Inilah implikasi politik dalam BN, apabila ketiadaan exco agama yang bertanggungjawab membimbing dan memandu rakyat agar mengikuti sunnah Rasulullah,\u201d tambah beliau lagi.<\/p>\n<p>Dalam laporan TV3 kelmarin, calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dikatakan lewat berbuka puasa kerana ingin bertemu para pengundi di sekitar Kuala Besut.<\/p>\n<p>Beliau seterusnya melihat masalah kekeliruan syiar ini adalah kerana Umno tidak meletakkan Islam pada tempat sebenarnya berbeza dengan PAS yang sentiasa mendahului al-Quran, sunnah, ijmak dan qias dalam amalan mereka.<\/p>\n<p>Oleh itu beliau mencadangkan agar pimpinan Umno tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan agama yang mengelirukan masyarakat.<\/p>\n<p>Ustaz Mohd Nor juga menyeru agar pengundi-pengundi Kuala Besut agar melihat sendiri kekacauan pemikiran yang dilakukan oleh pimpinan Umno yang mengelirukan masyarakat bukan sahaja dalam hal dunia malahan perkara akhirat juga.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-y_6CO7dQuEs\/TgdWFpyEFII\/AAAAAAAAGWM\/6dbUrj6TYqM\/ust%252520m%252520nor%252520hamzah.jpg\" border=\"0\" width=\"388\" height=\"235\" style=\"float: left; margin-left: 5px; margin-right: 5px;\" \/>Orang ramai diminta agar tidak termakan dengan kenyataan-kenyataan dari pimpinan Umno yang dilihat sebagai Islamik, tetapi dalam masa yang sama ia sebenarnya tersasar jauh daripada sunnah.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13042"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13042"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13042\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13042"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13042"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13042"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}