{"id":1281,"date":"2009-11-13T18:48:56","date_gmt":"2009-11-13T10:48:56","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/11\/kedudukan-sebagai-presiden-tidak-terjejas\/"},"modified":"2009-11-13T18:48:56","modified_gmt":"2009-11-13T10:48:56","slug":"kedudukan-sebagai-presiden-tidak-terjejas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kedudukan-sebagai-presiden-tidak-terjejas\/","title":{"rendered":"Kedudukan Sebagai Presiden Tidak Terjejas"},"content":{"rendered":"<p> Mengakui mempunyai perbezaan pendapat dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini, Abdul Hadi menegaskan ia telahpun diselesaikan. <\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>&#8220;Hubungan kami macam isi dengan kuku. Memang ada perbezaan pendapat tapi tetap bersatu, lebih-lebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti baru-baru ini,&#8221; katanya kepada pemberita di sini semalam 13 November, sebagaimana dilapor Bernama.<\/p>\n<p> Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.<\/p>\n<p> Bagaimanapun parti itu memutuskan untuk mengadakan seminar politik pada 7 Nov lalu dan membincangkan masalah berbangkit.<\/p>\n<p> Berhubung isu bai&#8217;ah, beliau menjelaskan bai&#8217;ah sumpah setia laknat yang diamalkan parti itu seperti didedahkan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini, tidak menyalahi ajaran Islam.<\/p>\n<p> &#8220;Bai&#8217;ah talak tiga tidak menjadi dasar atau konsep dalam PAS,&#8221; katanya. <\/p>\n<p> <strong>Bai\u2019ah Sumpah Laknat Bukan Talak Tiga<br \/> <\/strong><br \/> Sementara itu, di Kuala Lumpur, PAS mengakui ia hanya mengamalkan bai&#8217;ah sumpah setia laknat bukannya amalan bai&#8217;ah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.<\/p>\n<p> Beliau berkata amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam.<\/p>\n<p> &#8220;PAS ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai&#8217;ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. PAS buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.<\/p>\n<p> &#8220;Walaupun kita (Jawatankuasa PAS Pusat) tak setuju apa yang dilakukan oleh Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau. Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti,&#8221; katanya pada sidang media berhubung isu bai&#8217;ah di ibu pejabat Pas di sini Jumaat.<\/p>\n<p> Khalid baru-baru ini telah mendedahkan mengenai wujudnya amalan bai&#8217;ah dalam kalangan calon wakil rakyat parti itu yang dikehendaki melafazkan akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.<\/p>\n<p> Mustafa berkata bai&#8217;ah anggota PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya merupakan &#8220;sumpah setia laknat&#8221; bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti.<\/p>\n<p> Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz bai&#8217;ah yang berbeza daripada amalan bai&#8217;ah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri.<\/p>\n<p> Menurut Mustafa, pimpinan tertinggi Pas berpendapat, bai&#8217;ah yang dilafazkan oleh Khalid tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar seperti itu seperti merendah-rendahkan martabat kaum wanita.<\/p>\n<p> Berikutan tindakannya itu, Mustafa berkata, Khalid telah diberikan peringatan lisan oleh parti.<\/p>\n<p> Khalid dalam pendedahannya sebelum ini mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai&#8217;ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.<\/p>\n<p> Mustafa berkata, lafaz bai&#8217;ah Khalid dan seorang lagi anggota PAS di Selangor itu juga berbeza antara satu sama lain.<\/p>\n<p> Mustafa bagaimanapun enggan menyatakan nama seorang lagi pemimpin yang dimaksudkan.<\/p>\n<p> &#8220;Kita anggap ini hanyalah kes terpencil. Tak perlulah didedahkan nama individu itu, sama ada anggota parlimen atau anggota dewan undangan negeri. PAS harap isu ini tidak diperbesarkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><strong>MARANG<\/strong> &#8211; Presiden PAS Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu PAS tidak terjejas walaupun ada pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.<\/p>\n<p> Katanya sokongan terhadap beliau daripada anggota parti peringkat akar umbi dan barisan pimpinan PAS lain, termasuk daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga tetap utuh.<br \/> <\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1281"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1281"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1281\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1281"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1281"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1281"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}