{"id":12618,"date":"2013-05-27T00:20:25","date_gmt":"2013-05-26T16:20:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/05\/tahnik-dan-kebaikannya-dalam-perubatan\/"},"modified":"2013-05-27T00:20:25","modified_gmt":"2013-05-26T16:20:25","slug":"tahnik-dan-kebaikannya-dalam-perubatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tahnik-dan-kebaikannya-dalam-perubatan\/","title":{"rendered":"Tahnik dan Kebaikannya dalam Perubatan"},"content":{"rendered":"<p>Ia boleh dilakukan oleh  ibubapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap  soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang  lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda.<\/p>\n<p>Tahnik  afdal dilakukan dengan buah kurma. Jika tiada kurma, boleh gunakan  rutob (kurma muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang  manis tetapi madu yang manis lebih baik daripada makanan lain. Dan  jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan  sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah kurma tersebut. Tujuan  tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya.  (IbnHajar, Fath al-Bari 15\/390).<\/p>\n<p>[Gambar &#8211; Adun Alor Limbat  Ustaz Ariffin Deraman berbesar hati dapat melakukan amalan &#8216;tahnik&#8217; atau  &#8216;belah mulut&#8217; kepada cucu Encik Ismail bin Wahid di kampung Kubang  Panjang dekat sini, dalam satu Majlis Selawat dan Tazkirah pada Jumaat  24 Mei.]<\/p>\n<p>Kajian sains juga menunjukkan bahawa seria rasa pada  lidah (taste bud) pada bayi terhadap rasa masam dan manis telah  terbentuk sejak dilahirkan. Tujuan ALLAH SAW menjadikan bayi mempunyai  deria rasa pada usia yang awal ialah bagi menggalakkan mereka menikmati  susu ibu mereka yang manis Pemberian manisan di peringkat awal akan  merangsangkan lagi deria rasa ini.<\/p>\n<p>Dalam satu riwayat hadis, Anas  bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah  ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah SAW ketika baginda memakai  jubah (aba\u2019ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya :  \u201cAdakah kamu mempunyai buah tamar?\u201d\u00a0 Aku menjawab, \u201cya\u201d. Lalu aku  menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan  ke dalam mulutnya. <\/p>\n<p>Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka  mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan  ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya  menghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : \u201cYang disukai  orang ansari alah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah\u201d. (HR Muslim  3995, Lihat al-Nawawi, Sharhsahih Muslim 7\/269).<\/p>\n<p>Hadis ini  menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah  sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik  dengan buah tamar, kerana mengikut amalan rasulullah SAW kerana buah  kurma adalah lembut dan manis.<\/p>\n<p>Pada saintis dan doktor telah  mengambil idea dari amalan bertahnik ini dalam membantu bayi yang baru  dilahirkan mengurangkan rasa sakit ketika menjalani rawatan di wad NICU  hospital.<\/p>\n<p>Bagi ibubapa yang pernah diuji dengan bayi yang  dilahirkan secara pramatang dan dimasukkan ke dalam NICU, tentu kasihan  melihat bayi-bayi mereka menangis apabila dicucuk dengan jarum untuk  diperiksa tahap gula dalam tubuh bayi mereka setiap empat jam. Bayangkan  dalam sehari, mereka dicucuk di tapak kaki sebanyak enam kali.<\/p>\n<p>Begitu  juga dengan bayi yang disuntik untuk vaksinasi. Mereka hanya diberikan  ubat paracetamol apabila balik ke rumah, sedangkan kesakitan pada masa  dicucuk, tidak diendahkan oleh sesiapa. Bayi yang tidak menangis ketika  dicucuk tidak bermakna mereka tidak merasakan kesakitan.<\/p>\n<p>Kesakitan  akibat disuntik dengan jarum adalah sesuatu yang realiti. Ia dapat  dikesan melalui perubahan pada perlakuan dan fisiologi mereka. Selain  menangis, jantung mereka akan cepat berdegup, anak mata akan membesar,  pernafsan mereka menjadi laju, kepekatan oksigen dalam darah akan  menurun dan mengeluarkan peluh yang lebih banyak.<\/p>\n<p>Oleh itu ramai  doctor yang mencadangkan agar bayi yang akan disuntik ini diberikan  manisan sucrose, sama ada setelah disuntik dan sebaiknya beberapa minit  sebelum disuntik. Amalan ini seolah-olah men\u2019tahnik\u2019 bayi yang akan  disuntik.<\/p>\n<p>Banyak kajian mendapati manisan sucrose yang terdapat  sebagai manisan buah-buahan boleh dijadikan sebagai ubat menahan sakit  (analgesic) kepada bayi. Dengan ini ubat-ubat penahan sakit yang lain  seperti paracetamol dapat dielakkan. (rujuk: Blass EM, Hoffmeyer LB.  Sucrose as an analgesic for newborn infants. Pediatrics 1991;87:215-8.)<\/p>\n<p>Malah  buah kurma yang kaya dengan sucrose dan fructose adalah pilihan terbaik  untuk dijadikan ubat penahan sakit. Kajian seperti ini juga disokong  oleh satu penulisan yang diterbitkan dalam yang diterbitkan dalam  \u201cPakistan Armed Forces Medical Journal, 2009\u201d manisan sucrose dapat  mengurangkan rasa sakit bayi-bayi yang disuntik. (rujuk: Shoaib Ali  Khan, Mohammad Afzal, LutfullahJillani, Mehboob Sultan, MudassarHussain  \u2018Analgesic Effect of Sucrose observed during heel prick in healthy  neonates\u2019, Pakistan Armed Forces Medical Journal 2009)<\/p>\n<p>Para  saintis berpendapat bahawa mungkin rahsia kesan pemberian sucrose itu  lebih kepada kesan rangsangan pengeluaran hormone endorphins dalam tubuh  bayi. Apabila bayi menikmati manisan, hormone ini yang memberikan rasa  tenang, telah dikeluarkan dengan banyak. (rujuk: Haouari N, Wood C,  Griffiths G, Levene M. The analgesic effect of sucrose in full term  infants: a randomised controlled trial. BMJ 1995;310:1498-500).<\/p>\n<p>Namun  begitu kesan penahan sakit ini bergantung kepada kepekatan sucrose yang  digunakan. Semakin pekat, semakin berkesan. Selain itu ia juga  bergantung kepada umur bayi itu.<\/p>\n<p>Banyak kajian menunjukkan bahawa  kesan penahan sakit ini sangat berkesan apabila bayi masih berumur  seminggu. Manfaat sucrose ini semakin berkurangan apabila bayi telah  berumur 2 minggu ke atas. (rujuk: Allan KD, White DD, Walburn JN.  Sucrose as an analgesic for infants during immunisation injections. Arch  Pediatr Adolesc Med 1996;150:270-4.)<\/p>\n<p>Oleh itu amalan memberikan  manisan (tahnik) kepada bayi yang baru dilahirkan, dan dirawat hospital  sama ada dilahirkan cukup bulan atau pramatang adalah sangat sesuai dan  selamat. Ini kerana doktor tidak memberikan sebarang ubat penahan sakit  kepada bayi yang dicucuk kerana bimbang kesan ubat itu terhadap organ  bayi yang masih belum matang. &#8211; Dipetik dari drzubaidi.com<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/ripin%20tahnik1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita21\/ripin%20tahnik1.jpg\" width=\"388\" height=\"259\" style=\"float: right; margin-left: 5px; margin-right: 5px;\" \/>Dalam Islam, tahnik atau pun belah mulut merupakan satu amalan sunnah  Rasulullah SAW yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir.  Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan, berusia 7 hari akan disapukan  air liur yang bercampur dengan sedikit kunyahan buah kurma pada lelangit  mulut bayi itu.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12617,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":12617,"alt_text":"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita21\/ripin%20tahnik1.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":310,"file":"2013\/05\/ripin tahnik1.jpg","filesize":26898,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":12618,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/ripin tahnik1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12618"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12618"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12618\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12617"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12618"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12618"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12618"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}