{"id":12602,"date":"2013-05-24T20:14:44","date_gmt":"2013-05-24T12:14:44","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/05\/di-antara-tandas-dan-telefon-bimbit\/"},"modified":"2013-05-24T20:14:44","modified_gmt":"2013-05-24T12:14:44","slug":"di-antara-tandas-dan-telefon-bimbit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/di-antara-tandas-dan-telefon-bimbit\/","title":{"rendered":"Di antara Tandas Dan Telefon Bimbit"},"content":{"rendered":"<p>Laporan statistik mengejutkan ini mendorong organisasi antarabangsa melancarkan kempen global bagi meningkatkan kebersihan kepada 2.5 bilion orang yang berhadapan dengan risiko kesihatan.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Setiausaha PBB, Jan Eliasson menjelaskan, statistik ini mencerminkan kemiskinan melampau di beberapa negara dunia.<\/p>\n<p>\u201cMasalah ini perlu ditangani segera bagi memenuhi matlamat PBB untuk mengurangkan masalah penduduk yang berhadapan dengan kemudahan kebersihan\u00a0 menjelang akhir 2015,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyelar sikap pemimpin dunia yang hanya menetapkan misi pembangunan milenium untuk memerangi kemiskinan namun\u00a0 masalah kemudahan kebersihan terus dipinggirkan.<\/p>\n<p>\u201cAmalan membuang air besar secara terbuka yang boleh menyebarkan penyakit, perlu dihentikan segera\u00a0\u00a0 dan perlu berada pada kadar sifar menjelang 2025,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, walaupun bilangan penduduk membuang air besar secara terbuka menurun 271 juta sejak tahun 1990, tetapi perbuatan itu\u00a0 masih diamalkan 1.1 bilion orang atau 15 peratus daripada penduduk dunia.<\/p>\n<p>\u201cIa adalah salah satu punca utama cirit-birit yang mengakibatkan kematian lebih daripada 750,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Eliasson berkata, sebanyak 22 negara dengan lebih daripada 80 peratus penduduk membuang air besar secara terbuka di dunia.<\/p>\n<p>Menurut seorang pegawai PBB, Brazil, China, India, Indonesia, Kemboja, Ethiopia, Kenya, Madagascar, Malawi, Mozambique, Nepal, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Zambia, Afghanistan, Burkina Faso, Chad, Congo, Niger, Sudan dan Selatan Sudan antara masih mengamalkan perbuatan itu.<\/p>\n<p>\u201cDi India sebanyak 60 peratus daripada jumlah penduduknya mengamalkan tabiat membuang air besar terbuka. Perbuatan itu dilihat amat bertentangan dengan pemilikan telefon mudah alih yang meningkat di negara itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kini terdapat peningkatan mendadak penggunaan telefon bimbit dengan hampir satu bilion pengguna berbanding 45 juta pada 2002.<\/p>\n<p>\u201cLaporan menunjukkan, kedai telefon bimbit kini semakin banyak di India termasuk kilang Nokia terbesar di dunia ditempatkan di Chennai. Mereka mampu membeli telefon bimbit tetapi tidak mampu membina tandas di rumah. Perkara ini amat mendukacitakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kanak-Kanak Sedunia (Unicef) Martin Mogwanja berkata, matlamat kebersihan unggul digariskan PBB hanya boleh tercapai pada 2075 dan bukannya 2015.<\/p>\n<p>\u201cKeuntungan ekonomi global daripada pelaburan sektor kebersihan dianggarkan 170 bilion pound setahun dan masalah kebersihan menjejaskan pertumbuhan ekonomi adalah sekitar antara 0.5<br \/>peratus dan 7.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar setiap negara,\u201d katanya dipetik laporan MailOnline<\/p>\n<p>Ogos tahun lalu, pengasas Microsoft, Bill Gates melancarkan kempen \u2018menginovasi tandas\u2019 untuk mengurangi angka kanak-kanak meninggal dunia yang berpunca daripada masalah kebersihan.<\/p>\n<p>The Gates Foundation\u00a0 menawarkan AS$42 juta untuk meminta penduduk dunia membuat tandas dengan menggunakan teknologi penjimatan air.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/tandas%20tel.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita21\/tandas%20tel.jpg\" width=\"388\" height=\"259\" style=\"float: right; margin-left: 5px; margin-right: 5px;\" \/>PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, enam daripada tujuh bilion penduduk dunia memiliki telefon bimbit tetapi hanya 4.5 bilion mempunyai tandas di rumah.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12601,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":12601,"alt_text":"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita21\/tandas%20tel.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":275,"file":"2013\/05\/tandas tel.jpg","filesize":20533,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":12602,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/tandas tel.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12602"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12602"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12602\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12601"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12602"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12602"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12602"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}