{"id":12575,"date":"2013-05-21T22:07:36","date_gmt":"2013-05-21T14:07:36","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/05\/adakah-mencabuli-demokrasi-itu-amalan-demokrasi\/"},"modified":"2013-05-21T22:07:36","modified_gmt":"2013-05-21T14:07:36","slug":"adakah-mencabuli-demokrasi-itu-amalan-demokrasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/adakah-mencabuli-demokrasi-itu-amalan-demokrasi\/","title":{"rendered":"Adakah Mencabuli Demokrasi Itu Amalan Demokrasi?"},"content":{"rendered":"<p>Pertumpahan darah akan mengheret Malaysia ke arah sebuah lagi negara yang berkonflik dan cukuplah dunia menyaksikan sejumlah negara-negara yang berperang saudara. Negara ini masih mempunyai payung tertingginya dan rakyat masih menghormati perlembagaan serta Yang Di Pertuan Agong sebagai payung negara. Justeru, saya yakin pihak penganjur Himpunan \u2018Black 505\u2019 sedar perkara tersebut dan tahu keterbatasan undang-undang untuk mereka lakukan rampasan kuasa.<\/p>\n<p>Namun apa yang mendukacitakan rakyat yang telah memilih jalan demokrasi ini adalah pihak yang menggunakan ruang demokrasi ini dengan mengambil tindakan tidak demokratik. Isunya adalah penyelewengan dan penipuan dalam sistem pilihanraya umum ke 13. Seeloknya YB Datuk Seri Dr Zahid meneliti dokumen yang didedahkan oleh Rafizi Ramli mengenai bagaimana penipuan yang dijalankan semasa PRU ke 13. Seribu satu penyelewengan telah dikenal pasti dan sedang dikumpulkan oleh pihak beliau dan akan dibawa ke mahkamah sedikit masa lagi.<\/p>\n<p>Selain Rafizi, Datuk Seri Dr Zahid sebaiknya melihat sendiri bagaimana peranan media utama sebagai ejen propaganda paling ampuh kepada BN semasa kempen Pru ke 13. Beliau perlu menjawab persoalan mengapa kakitangan kerajaan dipaksa hadir berkempen bagi parti pemerintah serta ditakut-takutkan dengan pelbagai ugutan? Bagaimana pula jabatan kerajaan seperti JPN dan SPR memainkan peranan besar memberi kad pengenalan serta hak mengundi kepada mereka yang tidak sepatutnya manakala pegawai keselamatan termasuk polis dan tentera digunakan sebagai perisik culaan keputusan Pru ke 13? Apakah maknanya proses demokrasi sekiranya pihak berkuasa tidak menghormati ruang demokrasi yang ada malah mencabulinya tanpa rasa malu?<\/p>\n<p> Rakyat tiada pilihan melainkan menunjukkan rasa di depan awam supaya segala penipuan dapat didedahkan dan diketahui umum. Masyarakat di negara ini perlu mengetahuinya supaya mereka sedar bahawa ruang demokrasi di negara ini telah terkunci mati. Masyarakat antarabangsa wajar diberikan maklumat supaya mereka tahu bahawa Malaysia masih jauh dari nilai demokrasi tulen yang sebenar sebagaimana yang mereka kecapi. Inilah maksud dan semangat perhimpunan yang dianjurkan dan setakat itulah kemampuan mereka sebagai rakyat yang cintakan negaranya.<\/p>\n<p><strong>RIDUAN MOHD NOR<br \/>Ketua Penerangan<br \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/Riduan-Mohd.-Nor3.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita20\/Riduan-Mohd.-Nor3.jpg\" width=\"388\" height=\"259\" style=\"float: right; margin-left: 5px; margin-right: 5px;\" \/>Kenyataan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bahawa usaha menukar kerajaan melalui rampasan kuasa adalah di luar proses demokratik dipersetujui semua pihak. Saya percaya, rakyat Malaysia masih cintakan negaranya dan tidak bersedia menumbangkan kerajaan melalui kekerasan. Rampasan kuasa menimbulkan ketegangan dan akhirnya akan menyebabkan kesukaran serta dikhuatiri akan menumpahkan darah.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12574,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":12574,"alt_text":"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita20\/Riduan-Mohd.-Nor3.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":565,"height":378,"file":"2013\/05\/Riduan-Mohd.-Nor3.jpg","filesize":50874,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":12575,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/Riduan-Mohd.-Nor3.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12575"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12575"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12575\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12574"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12575"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12575"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12575"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}