{"id":12518,"date":"2013-05-16T00:36:30","date_gmt":"2013-05-15T16:36:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/05\/sistem-pendidikan-melemahkan-peranan-guru-sebagai-pendidik\/"},"modified":"2013-05-16T00:36:30","modified_gmt":"2013-05-15T16:36:30","slug":"sistem-pendidikan-melemahkan-peranan-guru-sebagai-pendidik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sistem-pendidikan-melemahkan-peranan-guru-sebagai-pendidik\/","title":{"rendered":"Sistem Pendidikan Melemahkan Peranan Guru Sebagai Pendidik"},"content":{"rendered":"<p>Menurut Pengerusi  Lajnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Ustaz Abdu Bakar Chik, Hari Guru  adalah hari kebanggaan buat semua kerana jasa dan pengorbanan yang  dilakukan oleh para guru sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh guru  yang paling agung, iaitu Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>&#8220;Hai Guru adalah  merupakan hari kebanggaan untuk semua kerana peranan para guru, oleh itu  pada hari yang mulia ini saya suka mengambil kesempatan untuk  mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh  negara, <\/p>\n<p>&#8220;RasuluLlah SAW adalah tokoh yang paling agung di  kalangan para guru, yang mempunyai contoh terbaik untuk diikuti oleh  semua manusia,&#8221;ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang  medianya semalam, selepas majlis makan malam bersama bekas-bekas guru  dalam meraikan sambutan Hari Guru yang disambut di seluruh negara pada  hari ini, Khamis 16 Mei. <a href=\"http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=lcYUFOszkgA\" target=\"_blank\"><strong>[Lihat Video]<\/strong><\/a><\/p>\n<p>Turut  hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga  Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali,  Timbalan ketua dewan Ualamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah dan  Pengerusi Lajnah Pendidikan yang juga Bendahari PAS terengganu, Cikgu  M. Shukrimun Shamsuddin.<\/p>\n<p>Namun  begitu, katanya, peranan sebagai pendidik itu sedang dilemahkan oleh  sistem pendidikan sekarang dengan bidang tugas guru yang terlalu berat  dan tidak menentu.<\/p>\n<p>Beliau berkata perlaksanaan sistem Peperiksaan  Berasaskan Sekolah (PBS) adalah diragui kerana prasarana yang lemah dan  penglibatan maklumat yang begitu terperinci.<\/p>\n<p>&#8220;Bean tugas tidak  menentu dan terlalu berat dalam Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS)  menjadi suatu tanda tanya, sejauh mana keupayaan pihak kerajaan  menanganinya dengan prasarana yang begitu lemah di semua peringkat dan  juga dengan maklumat yang begitu &#8216;detail&#8217; (terperinci),<\/p>\n<p>&#8220;orientasi  terbaru ini akan melemahkan peranan guru sebagai pendidik dan  melemahkan guru sebagai pembina akhlak pelajar dan melemahkan guru  sebagai pembantu kepada masyarakat,&#8221;tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah,  guru akan menjadi pekerja dan robot yang mesti melaksanakan tugas  sedangkan matlamat guru yang lebih besar bukanlah semata-mata untuk  mencapai kecemerlangan akademik.<\/p>\n<p>Justeru beliau menyeru supaya  pihak-pihak yang berkenaan mengkaji semula sistem peperiksaan tersebut  bagi memastikan peranan asas guru sebagai pembina syaksiah dan intelek  terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong>KUALA TERENGGANU <\/strong>&#8211; Peranan guru adalah untuk memakmurkan bumi  Allah dengan cara mendidik manusia dengan akhlak yang baik dan mendidik  manusia untuk memajukan muka bumi ini dengan pembangunan yang tidak  merosakkan.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12518"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12518"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12518\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12518"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12518"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12518"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}