{"id":12497,"date":"2013-05-13T13:02:23","date_gmt":"2013-05-13T05:02:23","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/05\/ahmad-said-menteri-besar-kurang-akal-mahasiswa\/"},"modified":"2013-05-13T13:02:23","modified_gmt":"2013-05-13T05:02:23","slug":"ahmad-said-menteri-besar-kurang-akal-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ahmad-said-menteri-besar-kurang-akal-mahasiswa\/","title":{"rendered":"Ahmad Said Menteri Besar \u2018Kurang Akal\u2019 &#8211; Mahasiswa"},"content":{"rendered":"<p>2. Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN.<\/p>\n<p>GAMIS menegaskan kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin dan ketua sebuah kerajaan. Sikap berat sebelah dan pilih kasih dalam membantu rakyat dijelmakan melalui kata-kata Ahmad Said adalah tidak bercirikan seorang pemimpin yang adil. <\/p>\n<p>Oleh sebab itu, mahasiswa Terengganu menyifatkan Ahmad Said adalah seorang Menteri Besar \u2018kurang akal\u2019, yang mentadbir urus negeri Terengganu bukan dengan pemikiran tetapi dengan perasaan. <\/p>\n<p>Kata-kata seumpama itu, yang \u2018dihamburkan\u2019 Ahmad sebaik usai majlis angkat sumpah dihadapan Tuanku al-Sultan, yang melantik beliayu sebagai wakil bagi \u2018memayungi semua rakyat jelata\u2019, jelas seolah-olah Ahmad Said mengengkari titah perintah Tuanku al-Sultan.<\/p>\n<p>Ahmad Said juga seolah-olah \u2018meludah\u2019 ke muka-muka para pentadbir dan pegawai-pegawai perkhidmatan awam kerajaan negeri Terengganu, yang selama ini mendokong ikrar Ahmad Said sendiri untuk \u2018Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan negeri Terengganu\u2019.<\/p>\n<p>Lantaran kecewa dan terkejut dengan kehilangan tujuh kerusi,\u00a0 hilang majoriti\u00a0 2\/3 dalam Dewan Undangan Negeri (Dun),\u00a0 dan hampir-hampir menjadi pembangkang, perasaan untuk \u2018membalas dendam\u2019 melebihi akal pemikiran yang waras lalu beliau telah menarik semula khidmat Pegawai Pembangunan di DUN dan Parlimen, mengugut untuk menghentikan pembinaan rumah mampu milik di Dun-Dun yang BN kalah. <\/p>\n<p>Mahasiswa selaku \u2018anak yang baru belajar\u2019 suka memberikan pandangan kepada Ahmad Said, sekiranya beliau terlalu sedih dan kecewa yng amat sangat pun, adalah masih tidak wajar beliau mengambil tindakan sedemikian kerana tindakan itu adalah satu \u2018penderaan politik\u2019, yang menzalimi dan menganiayai, bukan sahaja rakyatnya, bahkan dirinya sendiri. Bukan kah rakyat itu \u2018denyut nadi\u2019 pemimpin? Terputus denyutan jantung, berhentilah nadi dan tersungkurlah pemimpin!<\/p>\n<p>Melihat dari kain-kain rentang dan \u2018banner\u2019 yang diangkat sekitar Bandaraya Kuala Terengganu pada hari Ahmad Said mengangkat sumpah, seharusnya YAB Menteri Besar Terengganu selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri seharusnya mengambil nasihat dari mantan Presiden Umno Tun Mahathir Muhammad, supaya berundur apabila menyedari beliau tidak diperlukan lagi!<\/p>\n<p><strong>Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf <br \/>Pengerusi,<br \/>Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)<br \/>Negeri Terengganu<br \/>03 Rejab, 1434\/ bersamaan 13 Mei, 2013 <\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/ahmad%20said%20MB%20kurang%20akal.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita20\/ahmad%20said%20MB%20kurang%20akal.JPG\" width=\"388\" height=\"259\" style=\"float: left; margin-left: 5px; margin-right: 5px;\" \/>Kami merujuk kepada kenyataan Adun Kijal yang juga Menteri Besar negeri Terengganu YAB Dato` Seri Ahmad Said yang dilaporkan akhbar dan media;<\/p>\n<p>1.\u00a0 Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12496,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":12496,"alt_text":"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita20\/ahmad%20said%20MB%20kurang%20akal.JPG","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":303,"file":"2013\/05\/ahmad said MB kurang akal.JPG","filesize":25466,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":12497,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/ahmad said MB kurang akal.JPG"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12497"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12497"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12497\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12496"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12497"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12497"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12497"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}