{"id":12466,"date":"2013-05-09T19:24:04","date_gmt":"2013-05-09T11:24:04","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/05\/anak-muda-teruskan-perjuangan-matikan-bom-jangka-perkauman-umno-bn\/"},"modified":"2013-05-09T19:24:04","modified_gmt":"2013-05-09T11:24:04","slug":"anak-muda-teruskan-perjuangan-matikan-bom-jangka-perkauman-umno-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/anak-muda-teruskan-perjuangan-matikan-bom-jangka-perkauman-umno-bn\/","title":{"rendered":"Anak Muda Teruskan Perjuangan"},"content":{"rendered":"<p>Katanya, Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam ini mesti didaulatkan bagi menegakkan keadilan untuk semua dan masalah perkauman tidak timbul jika rakyat perpegang dengan Islam sebenar.<\/p>\n<p>Beliau berkata, selepas mengalami kemerosotan undi, BN timbulkan isu perkauman merupakan \u2018bom\u2019 jangka yang akan meletup sekiranya dibiarkan dan mesti dihalang dengan meghidupkan silaturrahim mengikut ajaran Islam.<\/p>\n<p>Namun, kata beliau, yang menjadi masalah\u00a0 perkauman tersebut kerana Umno tidak berpegang dengan ajaran Islam.<\/p>\n<p>\u201cJika kita (PAS) biarkan Umno memimpin Malaysia lagi akan jadi \u2018bom\u2019 jangka. Bom jangka boleh meletup pada bila-bila masa sahaja. Kita kena \u2018mati\u2019 bom ini jangan bagi meletup. <\/p>\n<p>\u201cMasalah perkauman tidak timbul jika kita (umat Islam) berpegang dengan Islam. Yang timbul masalah perkauman ini sebab Umnolah, sebab Umno tidak ikut Islam. Umno tidak berpegang dengan Islam itu puncanya.<\/p>\n<p>\u201cCaranya kena hidupkan hubungan dengan cara Islam yang membawa Rahmat untuk sekalian Alam. Inilah mesej yang dibawa oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS),\u201d ujarnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Kesyukuran PRU13, di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, pada Rabu 8 Mei.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=kAUkIygLWI8&amp;list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q&amp;index=1\" target=\"_blank\"><strong>[Lihat Video Part 1]<\/strong><\/a> <a href=\"http:\/\/youtu.be\/MKAtnjNBkIA\" target=\"_blank\"><strong>[Lihat Video Part 2]<\/strong><\/a> <strong><a href=\"http:\/\/youtu.be\/K-O3SaJI_i8\" target=\"_blank\">[Lihat Video Part 3]<\/a><\/strong><\/p>\n<p>Katanya masalah perkauman timbul kerana Umno tidak berpegang dengan ajaran Islam dan sengaja meniupkan api perkauman seperti yang pernah berlaku di zaman jahiliyyah.<\/p>\n<p>Menurutnya, orang Cina kini telah meninggalkan semangat perkauman Cina tetapi orang Umno masih mengajar orang Melayu Umno dengan perkauman. <\/p>\n<p>\u201cSelepas pilihan raya (PRU13), Umno meniupkan api perkauman dan api perkauman ini zaman jahiliyyah iaitu zaman yang dikutuk oleh Nabi SAW. <\/p>\n<p>\u201cBila Nabi menegakkan Islam di Madinah, Nabi menyampaikan sabdanya, \u201cBukan dari kalangan kita orang yang kuat berpegang dengan Islam yang kuat berpegang dengan Assobiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang mati dengan Assobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang berjuang di atas dasar Assobiyyah\u201d.<\/p>\n<p>\u201cAssobiyyah itu, kamu tolong bangsa kamu, puak kamu walau pun berlaku zalim. Inilah semangat perkauman yang dikutuk oleh Nabi SAW. Oleh kerana, dia kaum lain dan puak lain walau pun dia betul tapi kita anggap dia salah. Ini suatu pendekatan yang salah,\u201d tegasnya dihadapan 40,000 hadirin.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/anak%20muda%20bom%20jangka1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita20\/anak%20muda%20bom%20jangka1.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 5px; margin-right: 5px;\" \/>Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Umnolah sebenarnya memperbodohkan kaum dan bangsa Melayu sendiri dengan harta benda dan &#8216;adu domba&#8217;.<\/p>\n<p>Oleh itu, katanya sudah tiba masa orang Melayu Islam khususnya orang-orang muda wajib menyingkirkan Umno dan kerajaan BN dari tampuk pemerintahan negeri dan negara.<\/p>\n<p>Beliau menaruh harapan tinggi untuk melihat kemenangan Islam berlaku yang menjatuhkan kezaliman serta tertegaknya keadilan Islam.<\/p>\n<p>\u201cKepada anak-anak muda saya hendak beri pesanan anak-anak muda ini. Bersiaplah untuk menyambung perjuangan ini. Kemenangan (Islam) bukan mesti masa saya\u2026boleh jadi kemenangan bukan masa saya. <\/p>\n<p>\u201cKamu yang muda-muda sambung perjuangan itu. Jika boleh kemenangan itu, saya juga hendak tengok kemenangan itu, hendak lihat kemenangan tetapi kita (manusia) tidak tahu berlaku masa kita atau tidak. Kita hendak Islam berdaulat, Islam Rahmat kepada seluruh Alam ini.<\/p>\n<p>\u201cInilah harapan saya dan marilah sama-sama memanjatkan berdoa supaya Allah memberi kekuatan kepada kita. Memberi kemenangan yang diredhai, kemenangan yang baik dan kemenangan yang menegakkan Islam, menegakkan yang adil. <\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) mahu kemenangan yang menjatuhkan yang zalim dan menegakkan yang adil,\u201d tegasnya<\/p>\n<p>Hadir sama sebagai tetamu khas program tersebut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/anak%20muda%20bom%20jangka.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita20\/anak%20muda%20bom%20jangka.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 5px; margin-right: 5px;\" \/>MARANG<\/strong> &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpesan kepada orang muda agar bersiap sedia menyambung perjuangan Islam dan matikan &#8216;bom jangka&#8217; perkauman yang dihidupkan oleh Umno-BN selepas pilihanraya umum kali ke-13.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12464,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":12464,"alt_text":"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/aberita20\/anak%20muda%20bom%20jangka.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":304,"file":"2013\/05\/anak muda bom jangka.jpg","filesize":39964,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":12466,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/05\/anak muda bom jangka.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12466"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12466"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12466\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12466"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12466"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12466"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}