{"id":11801,"date":"2013-03-11T00:11:16","date_gmt":"2013-03-10T16:11:16","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/03\/xpresi-ulama-muda-haraki-2013-memacu-kebangkitan-memimpin-perubahan\/"},"modified":"2013-03-11T00:11:16","modified_gmt":"2013-03-10T16:11:16","slug":"xpresi-ulama-muda-haraki-2013-memacu-kebangkitan-memimpin-perubahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/xpresi-ulama-muda-haraki-2013-memacu-kebangkitan-memimpin-perubahan\/","title":{"rendered":"Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 &#8211; Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan."},"content":{"rendered":"<p>tetapi mengembalikan semula izzah [ kehebatan ] Gerakan Islam ke persada generasi muda hari ini dengan menyingkap tabir nostalgia sebuah Gerakan Islam\u00a0 [Hizbul Muslimin] yang diasaskan oleh Al Marhum Ustaz Abu Bakar Al Baqir, menongkah cabaran menentang penjajah British sehingga Hizbul Muslimin akhirnya diharamkan.<\/p>\n<p>2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Malaysia bekerjasama menganjurkan Xpresi Ulama Muda Haraki [ yang akan bermula perasmiannya pada jam 9.00 pagi 16 Mac 2013 ], kearah memantapkan sendi \u2013 sendi utama organisasi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, bergandingan dengan rakan tahaaluf siasi [ kerjasama politik ]\u00a0 dalam Pakatan Rakyat untuk membawa pulang tropi kemenangan melalui pilihanraya umum ke 13 kelak demi merealisasikan sebuah perubahan.<\/p>\n<p>3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda pada tahun lepas bermula di Stadium Darul Aman Kedah dan kemudian menjelajah ke seluruh negara. Xpresi Hijau Anak Muda mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan aktivis muda PAS, artis yang berhijrah, mat motor, pekerja kilang dan sebagainya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/Xpresi%20ulamak%20pelapis1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita16\/Xpresi%20ulamak%20pelapis1.jpg\" width=\"425\" height=\"603\" style=\"cursor: -moz-zoom-in; float: left; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/>4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Xpresi Profesional Muda menyusul tidak lama kemudian, disertai oleh anak muda professional dari pelbagai disiplin dan kepakaran. Siri pertama berlangsung di kediaman\u00a0 Menteri Besar Selangor dan siri kedua di sebuah resort di Kuala Terengganu. 2 siri Xpresi Profesional Muda Berjaya mengumpulkan lebih 1000 tenaga professional yang siap memberi komitmen untuk membantu PAS mencapai dan mengisi kemenangan.<\/p>\n<p>5.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 16 Mac 2013 pula bakal berlangsung Xpresi Ulama Muda Haraki yang dijangka mengumpulkan sekitar 5000 peserta insyaallah, guna melengkapkan kombinasi mantap sumber tenaga atau modal insan yang dimiliki oleh PAS iaitu Aktivis + Profesional + Ulama. Kombinasi mantap ini akan memacu kebangkitan rakyat sekaligus memimpin perubahan yang meletus agar mendapat restu Allah swt. Sekaligus menjawab bahawa tiada dikotomi ulama + Profesional + aktivis di dalam PAS, sebaliknya ia menjadi enjin yang menjana kehebatan, kewibawaan dan kemuliaan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang contemporary.6.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Xpresi Ulama Muda Haraki akan dan boleh disertai oleh para asatizah, mahasiswa dan alumni Timur Tengah, mahasiswa dan alumni fakulti pengajian Islam di Universiti luar dan dalam negara, penuntut ilmu di kolej Islam, Madrasah atau Pondok [ pasentran ], para huffaz, imam, guru J- Qaf, aktivis ngo \u2013 ngo Islam dan terbuka kepada semua yang bersungguh mahu mendalami ilmu Islam samaada terdiri dari kalangan muslimin begitu juga dari kalangan muslimat, semuanya\u00a0 sangat dialu \u2013 alukan penglibatan dan penyertaan mereka.<\/p>\n<p>7.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Insyaallah, Xpresi Ulama Muda Haraki ini juga bakal menyaksikan beberapa orang tokoh Ulama Muda akan mengisytiharkan diri mereka bersama PAS dan bergandingan dalam memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini.<\/p>\n<p>8.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sejarah Gunung Semanggol adalah inspirasi kebangkitan Ulama Muda untuk menyatakan komitmen mereka mendokong perjuangan Islam dan membantu parti sebagai wadah perjuangan menggapai kemenangan dalam pilihanraya umum kelak. Bukan hanya berekspresi tetapi mengatur strategi dan memantapkan motivasi,\u00a0 bagaimana memperkukuhkan parti melalui sendi Ulama Muda guna menggalas amanah dan tanggungjawab bersama rakan \u2013 rakan pejuang yang lain.<\/p>\n<p>9.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bulan ogos tahun 2007 sebelum menjelang Pilihanraya Umum ke 12, Himpunan dan sambutan 50 tahun merdeka peringkat kebangsaan telah diadakan di Gunung Semanggol. Semangatnya dibawa ke gerbang pilihanraya umum ke 12, lalu hasilnya 5 buah negeri berjaya dimenangi oleh gandingan PAS + PKR dan DAP termasuk negeri Perak Darul Ridhuan selaku tuan rumah sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik. Insyaallah Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 akan meledakkan momentum baru sekaligus menyertai pilihanraya umum ke 13 dengan bergaya membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.<\/p>\n<p>10.\u00a0 Akhirnya, saya berdoa kepada Allah Jalla wa A\u2019la\u00a0 agar sejarah gemilang 14 Mac 1948,\u00a0\u00a0 [ Himpunan Ulama dan Cendikiawan Islam dari\u00a0 seluruh negara di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol yang digerakkan oleh Al Marhum ustaz Abu Bakar Al Baqir dan akhirnya menjadi inspirasi tubuhnya Gerakan Islam pertama Negara Hizbul Muslimin dan ia turut menjadi asas yang\u00a0 membawa kepada tertubuhnya Parti islam Se Malaysia [PAS] pada 23 Ogos 1951 ], kembali berulang selepas genap 65 tahun dengan momentum dan gelombang baru kebangkitan ulama yang dipacu dan dihasilkan dari\u00a0 Xpresi Ulama Muda Haraki pada tanggal 16 Mac 2013 di tapak yang sama, lalu memimpin perubahan yang sedang digerakkan oleh rakyat.<\/p>\n<p><strong>Nasrudin bin Hassan<br \/>Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/Xpresi%20ulamak%20pelapis.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita16\/Xpresi%20ulamak%20pelapis.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/>1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sejarah bakal dilakar penuh gemilang pada tanggal 16 Mac 2013 kelak, apabila 5000 ulama muda dari seluruh negara akan berekspresi di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak Darul Ridhuan insyaallah. Bukan sahaja mencipta sejarah baru para ulama muda Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11799,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":11799,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita16\/Xpresi%20ulamak%20pelapis.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":565,"height":388,"file":"2013\/03\/Xpresi ulamak pelapis.jpg","filesize":67817,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":11801,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/Xpresi ulamak pelapis.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11801"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11801"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11801\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11799"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11801"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11801"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11801"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}