{"id":11791,"date":"2013-03-10T00:28:43","date_gmt":"2013-03-09T16:28:43","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/03\/bekas-ahli-parti-anti-islam-belanda-masuk-islam\/"},"modified":"2013-03-10T00:28:43","modified_gmt":"2013-03-09T16:28:43","slug":"bekas-ahli-parti-anti-islam-belanda-masuk-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bekas-ahli-parti-anti-islam-belanda-masuk-islam\/","title":{"rendered":"Bekas Ahli Parti Anti-Islam Belanda Masuk Islam"},"content":{"rendered":"<p>Encik Van Doorn, yang juga kawan pemimpin parti itu, Encik Geert Wilders, sebelum ini telah mengaku bahawa beliau telah keluar daripada parti tersebut pada hujung 2011.<\/p>\n<p>Menurut Encik Van Doorn, beliau mahu melakukan perubahan dengan mengumumkan keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah syahadah yang dimuat naik dalam laman Twitternya.<\/p>\n<p>Encik Van Doorn turut mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa beliau sekarang memulakan kehidupan baru sebagai seorang Muslim.<\/p>\n<p>Dalam wawancara bersama Al-Jazeera, Encik Van Doorn mengesahkan berita tersebut.<\/p>\n<p>Menurut beliau, keputusannya memeluk Islam mendapat reaksi berbeza-beza di Belanda.<\/p>\n<p>&#8220;Menurut segelintir orang, saya seorang pengkhianat tetapi ramai yang lain berkata saya sebenarnya telah membuat satu keputusan bijak. Rata-rata reaksi yang saya terima positif dan saya telah mendapat banyak sokongan melalui Twitter,&#8221; katanya<\/p>\n<p>Menurut Encik Van Doorn, keputusan itu dibuat selepas beliau mendalami Islam tanpa paksaan.<\/p>\n<p>&#8220;Sesiapa yang mengenali saya secara dekat boleh meneka keputusan saya. Lebih setahun saya mendalami Islam melalui buku dan ceramah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pendirian anti-Islam partinya yang mendorong beliau menyelidik sendiri agama itu.<\/p>\n<p>&#8220;Ramai terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya. Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebabnya tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya&#8221;, katanya. &#8211; Agensi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/BELANDA.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita16\/BELANDA.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/><strong>AMSTERDAM <\/strong>&#8211; Bekas anggota Parti Kebebasan yang berhaluan kanan dan anti-Islam Belanda, Encik Arnoud van Doorn (gambar), mengejutkan banyak pihak apabila beliau mengumumkan memeluk Islam baru-baru ini.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11790,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":11790,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita16\/BELANDA.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":650,"height":458,"file":"2013\/03\/BELANDA.jpg","filesize":35704,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":11791,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/03\/BELANDA.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11791"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11791"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11791\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11790"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11791"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11791"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11791"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}