{"id":11665,"date":"2013-02-26T02:54:42","date_gmt":"2013-02-25T18:54:42","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/02\/kampung-padang-bual-sekali-lagi-ditenggelami-air\/"},"modified":"2013-02-26T02:54:42","modified_gmt":"2013-02-25T18:54:42","slug":"kampung-padang-bual-sekali-lagi-ditenggelami-air","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kampung-padang-bual-sekali-lagi-ditenggelami-air\/","title":{"rendered":"Kampung Padang Bual Sekali Lagi DiTenggelami Air"},"content":{"rendered":"<p>Menurut Skuad BO Besut Hafizi Mamat, air mula naik sejak petang semalam dan kini sudah memasuki beberapa buah rumah di Kampung Padang Bual.<\/p>\n<p>&#8220;air mula naik petang semalam, jalan sudah tidak boleh dilalui kenderaan dan mula memasuki beberapa rumah, jalan belakang Kampung Padang Bual boleh disusuri hingga ke jambatan Jerubun sahaja, <\/p>\n<p>&#8220;di sebelah bawah Kampung Alur Keladi sedang menunggu masa sahaja untuk dinaiki air,&#8221;ujarnya melalui sistem pesanan ringkas.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/4.bp.blogspot.com\/-VIRfh_rW664\/USwlMacLNgI\/AAAAAAAAI_M\/rQQeMEUa0MU\/s1600\/padng+bual+jd+padang+air1.jpg\" border=\"0\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: left; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/>Beliau berkata, mangsa-mangsa banjir &#8216;teruk&#8217; akibat empangan Paya Peda dalam pembinaan yang pecah pada bulan Disember lalu masih trauma dan belum mendapat sebarang ganti rugi dari pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Katanya, banjir dibimbangi bertambah buruk petang ini kerana hujan masih turun di kawasan Hulu Besut. <\/p>\n<p>Sementara itu laporan Bernama pada jam 2 petang mengesahkan<span style=\"font-family: arial; font-size: x-small;\"> Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung  La di Hulu  Besut di sini ditutup hari ini berikutan kebanyakan murid dan gurunya  tidak hadir ekoran beberapa jalan ke sekolah itu dinaiki air antara 0.6  meter hingga 1.3 meter.<\/p>\n<p> Laluan terbabit ialah di K<span style=\"font-size: x-small;\">M<\/span>27, Jalan Jerteh-Keruak dekat Sungai Patong dan di Km13 dekat Kampung Gertak Jerbun.<\/p>\n<p> Pegawai Pelajaran Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika dihubungi Bernama berkata sekolah itu diberikan kebenaran cuti berganti.<\/p>\n<p> Katanya, beliau juga dimaklumkan ramai guru yang mengajar di Sekolah  Menengah Bukit Payong, SK Tenang, SK Panchor dan SK Keruak di daerah itu  juga tidak dapat pergi ke sekolah masing-masing dan terpaksa melapor  diri di sekolah berdekatan yang tidak terjejas dengan banjir.<\/p>\n<p> Ini berikutan jalan ke Hulu Besut dari Jerteh dinaiki air di beberapa  tempat seperti di Kampung Gertak Jerbun, Pasir Akar dan Lepang Kejor di  Darau, katanya.<\/p>\n<p> &#8220;Sekiranya keadaan banjir didapati bertambah buruk, pihak sekolah perlu  mengambil langkah segera bagi mengisytiharkan cuti bagi sekolah  mereka,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Sementara itu tinjauan Bernama ke beberapa lokasi di Kampung Pasir Akar  mendapati paras air yang naik akibat limpahan Sungai Besut sejak petang  semalam masih tidak berubah.<\/p>\n<p> Penduduk dilihat memantau keadaan paras air sungai sebelum bertindak untuk berpindah di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.<\/span><\/p>\n<p>Sebelum itu, tiga keluarga dari Kampung Chalok Barat di Setiu dipindahkan akibat banjir setelah hujan tanpa henti sejak awal pagi tadi.<\/p>\n<p>Penolong  Penguasa Bomba dan Penyelamat Terengganu Mohd Rozairi Abdul Rahim  berkata kesemua mangsa dipindah ke Balai Raya Sungai Lerek, setelah  kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter.<\/p>\n<p>Mangsa yang terdiri daripada empat wanita, dua lelaki dan tiga kanak-kanak itu dipindahkan 5 petang tadi, katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/4.bp.blogspot.com\/-krBeIceP0nk\/USwkx9bqs6I\/AAAAAAAAI_E\/THPpa-lCoB4\/s1600\/padng+bual+jd+padang+air.jpg\" border=\"0\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/><strong>BESUT<\/strong> &#8211; Hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti sejak semalam menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri beberapa kampung di kawasan Hulu Besut dekat sini hari ini Selasa 26 Februari <strong>[Kemaskini Jam 2 Petang]<\/strong><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11665"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11665"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11665\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11665"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11665"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11665"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}