{"id":11465,"date":"2013-02-05T06:49:12","date_gmt":"2013-02-04T22:49:12","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/02\/pru-13-medan-dakwah-terbaik-buat-pas-kepada-rakyat\/"},"modified":"2013-02-05T06:49:12","modified_gmt":"2013-02-04T22:49:12","slug":"pru-13-medan-dakwah-terbaik-buat-pas-kepada-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pru-13-medan-dakwah-terbaik-buat-pas-kepada-rakyat\/","title":{"rendered":"PRU-13 Medan Dakwah Terbaik Buat PAS Kepada Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Ia sesuai dengan perjuangan PAS yang menjadi gerakan dakwah, siasah dan tarbiyah serta sesuai dengan fitrah umat manusia sejagat.<\/p>\n<p>Dalam hal ini, saya mengajak semua lapisan rakyat mencontohi sikap keterbukaan dan pendakwah sejati yang ditonjolkan oleh Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis\u00a0 beberapa minggu yang lepas. Lawatan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi mesej yang jelas bahawa PAS adalah parti yang mengajak kepada perpaduan disamping berdakwah kepada segenap masyarakat. Malah, selain dari YAB Tuan Guru mengunjungi tokoh bukan Islam, Mursyidul Am PAS juga sering dikunjungi oleh pemimpin bukan Islam.\u00a0 Ini menunjukkan PAS sentiasa terbuka untuk berdialog, berdiskusi, berbincang dengan apa sahaja isu termasuk berkaitan agama Islam supaya persepsi bukan Islam sentiasa positif terhadap Islam.\u00a0 <\/p>\n<p>Meskipun PAS sering ditohmah sebagai parti pemecah belah masyarakat, mempergunakan Islam, parti sesat dan sebagainya, PAS tetap komited menjalankan kerja-kerja dakwah sejak dahulu lagi. Buktinya semakin ramai yang mahu mendekati PAS termasuk kalangan tokoh-tokoh masyarakat, negawaran, sasterawan, cendikiawan, ahli-ahli korporat, selebriti, bekas pegawai tinggi kerajaan dan lain-lain. Bahkan, PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang keanggotaannya adalah dari kalangan bukan Islam. Malangnya bagi golongan yang melontarkan tohmahan terhadap PAS tidak pula menjalankan kerja yang sama iaitu berdakwah kepada masyarakat supaya kenal Islam secara keseluruhannya.<\/p>\n<p>Justeru, dalam mendepani pilihanraya umum ke 13, DPPM menyeru supaya petugas PAS tidak melupakan tugasan penting iaitu sebagai juru dakwah kepada masyarakat. Ruang berkempen adalah peluang keemasan buat petugas PAS bertemu dengan segenap masyarakat bagi menyampaikan risalah Islam. PAS WP yakin ramai lagi masyarakat yang tidak mengenali Islam dan PAS secara dekat dan betul kerana dipesongkan oleh\u00a0 propaganda yang memburukkan PAS di mata mereka. Petugas PAS harus menghulurkan salam, bertegur sapa, memberi risalah serta melemparkan senyuman kepada masyarakat. Mudah-mudahan dengan akhlak dan peribadi tinggi yang ditonjolkan ini akan dapat menarik mereka kepada PAS dan seterusnya menghayati Islam sepenuhnya seperti yang dihasratkan PAS selama ini.<\/p>\n<p>RIDUAN MOHD NOR<br \/>Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/02\/negara%20berkebajikan.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita14\/negara%20berkebajikan.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak semua pemimpin dan penyokong PAS supaya menterjemahkan sikap sebagai dai\u2019e (pendakwah) yang sebenar sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW sama ada kepada umat Islam mahupun bukan Islam.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11464,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":11464,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita14\/negara%20berkebajikan.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":336,"file":"2013\/02\/negara berkebajikan.jpg","filesize":31489,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":11465,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/02\/negara berkebajikan.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11465"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11465"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11465\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}