{"id":11299,"date":"2013-01-15T01:11:29","date_gmt":"2013-01-14T17:11:29","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2013\/01\/hkr-kl-112-pemandu-teksi-disembur-gas-uncle-kristian-puji-tok-guru\/"},"modified":"2013-01-15T01:11:29","modified_gmt":"2013-01-14T17:11:29","slug":"hkr-kl-112-pemandu-teksi-disembur-gas-uncle-kristian-puji-tok-guru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hkr-kl-112-pemandu-teksi-disembur-gas-uncle-kristian-puji-tok-guru\/","title":{"rendered":"HKR KL #112; Pemandu Teksi DiSembur Gas, \u2018Uncle\u2019 Kristian Puji Tok Guru"},"content":{"rendered":"<p>Lumayan sungguh pendapatannya hari ini, dari awal pagi sehingga hampir jam 4.30 petang, kira-kira 1,000 ringgit telah masuk ke poketnya.<\/p>\n<p>Saya hanya memberi komentar ringkas dalam rangka mahu menguji sejauh mana minatnya untuk bercakap tentang himpunan yang bakal berlangsung keesokkannya, \u201cAlhamdulillah\u2026 syukur atas rezeki kurniaan Allah.\u201d<\/p>\n<p>Pak Cik teksi itu bertanya lagi, \u201cAgak-agak esok ada gas tak?\u201d Juga jawapan ringkas saya berikan. \u201cEntahlah Pak Cik, dengar khabarnya himpunan esok mendapat permit polis.\u201d <\/p>\n<p>\u201cAda permit pun, bukan boleh percaya sangat dengan polis ni! Esok dia buat perangai gila, habisss..\u201d Bebelnya dengan nada penuh kekesalan atas perlakuan dan tindakan polis semasa himpunan-himpunan yang telah lepas. <\/p>\n<p>\u201cHimpunan Bersih yang terakhir baru ni, Pak Cik pun kena gas. Aduh! Pedih sekali\u2026\u201d Dengan nada bergurau saya menyampuk, \u201cPak Cik tahu dah kawasan tu ada demonstrasi, buat apa pergi bawak teksi kat situ?\u201d <\/p>\n<p>Sambutnya\u2026\u201cHa\u2026ha\u2026ha\u2026 bukan Pak Cik pergi bawak teksi kat situ, Pak Cik pun hadir sekali himpunan tu, kena kejar polis, kena air kimia, kena gas\u2026\u201d<\/p>\n<p>\u201cHa\u2026ha\u2026ha\u2026 Kalau begitu, kita senasiblah Pak Cik, saya pun kena kejar, kena gas sama macam Pak Cik jugak\u2026\u201d \u201cJadi\u2026 adik mari KL ni, nak hadir himpunan esoklah?\u201d soal Pak Cik tu lagi. \u201cSudah semestinya!\u201d jawab saya lagi. \u201cHa\u2026ha\u2026ha\u2026 kita serupa rupanya\u2026\u201d ketawa Pak Cik tu lagi.<\/p>\n<p>\u201cItulah Pak Cik ni\u2026 Polis tak bagi pergi, Pak Cik degil! Pergi jugak\u2026 Kan dah boleh rasa ubat resdung.\u201d Gurau saya lagi sehingga Pak Cik teksi itu terus ketawa besar. <\/p>\n<p>Ketika sampai ke destinasi Pasar Seni dan bersalaman dengannya, sempat saya memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang pimpinan PAS Terengganu yang pernah bertanding mewakili PAS dalam pilihanraya, tangannya mengenggam erat tangan saya sambil berkata, \u201cInsyaAllah kita kuburkan BN dalam pilihanraya akan datang!\u201d<\/p>\n<p>Jam 12.30 tengah hari, Sabtu 12 Januari 2013. Ketika pintu Stadium Merdeka mula dibuka, saya diantara peserta awal yang memasuki stadium, berjemur panas di tempat duduk terbuka ketika tempat duduk stadium hanya sekitar \u00bc dipenuhi orang ramai. <\/p>\n<p>Dalam ingatan, kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke dalam Stadium Merdeka sebelum ini adalah pada tahun 1992 ketika menuntut di Universiti Malaya. Sekadar untuk melepaskan tekanan belajar, dengan motosikal cabuk Honda Cup buruk, saya datang ke Stadium untuk menyaksikan satu perlawanan Liga Semi Pro ketika itu antara pasukan Brunei dan Tentera. <\/p>\n<p>Kalau tak kerana himpunan HKR KL #112 ini, mungkin benar itulah kali pertama dan terakhir saya mengunjungi tempat di mana kemerdekaan negara diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.<\/p>\n<p>Duduk bersebelahan dengan seorang lelaki Cina yang rancak bercerita. \u201cPAS sekalang ini bagus woo\u2026 talak macam dulu lagi. Tengok\u2026 itu Melayu, Cina, India semua boleh pakai baju PAS! Termasuk saya juga.\u201d Ujarnya dengan sedikit nada bangga apabila memakai t-shirt bertulis \u2018Pas Untuk Semua\u2019. <\/p>\n<p>\u201cDalam isu itu tuhan Allah\u2026 saya tengok itu Tok Guru sangat cerdik..\u201d Komennya lagi mungkin mengulas isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. <\/p>\n<p>\u201cSaya pun agama kristian, tapi saya boleh terima itu penjelasan Tok Guru.\u201d Sebagaimana biasa, saya suka menjadi pendengar setia dan cuba untuk menangkap butir-butir bernas yang boleh dijadikan bahan penulisan sambil berfikir bahawa mungkin dia telah meneliti kenyataan akhbar Tuan Guru Presiden dalam isu penggunaan kalimah Allah.<\/p>\n<p>\u201cUncle agak penuh tak stadium ni hari ni?\u201d soal saya untuk menyambung topik perbualan. \u201cMesti penuh sesak woo\u2026 you tengoklah sendiri nanti!\u201d \u201cUncle asal dari mana?\u201d saya ingin mengenalinya lebih lanjut sambil menghulurkan bisness kad saya kepadanya.<\/p>\n<p>\u201cSaya orang KL\u2026 Wah! You keleja doktor yaa..! manyak bagus\u2026\u201d \u201cItu olang-olang cerdik tarak mau sokong BN lagi!\u201d \u201cYa lah uncle\u2026 saya dah sokong PAS semenjak dalam perut mak saya lagi.\u201d Gurau saya. \u201cOooo\u2026 itu macam kaaa?\u201d \u201cHa\u2026 ha\u2026 ha\u2026!\u201d kami sama-sama ketawa. <\/p>\n<p>\u201cLepas pilihanraya nanti, kita kasi masuk itu BN dalam Museum.\u201d Gurau apek itu lagi dengan penuh kemesraan sehingga kehangatan cuaca pada petang itu tak begitu terasa. <\/p>\n<p>Melihat jam masih awal, stadium pun masih banyak kekosongan, saya mengajak uncle Cina tersebut keluar mencari minuman dahulu. Kebetulan yang terdekat ditemui hanyalah minuman dalam tin 100 plus. <\/p>\n<p>\u201cO.k uncle! Hari ni tak ada gas, mari kita minum air gas!\u201d Ha\u2026 ha\u2026 ha\u2026 Apek tu ketawa besar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/01\/HKR112.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita12\/HKR112.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/>Seorang pemandu teksi berusia awal 50 an yang saya tumpangi dari Stesen Monorail Bukit Nenas untuk ke Central Market pada petang Jumaat 11 Januari 2013 begitu rancak bercerita tentang kebanjiran ramai orang di sekitar Kuala Lumpur hari tersebut. <\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11298,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":11298,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita12\/HKR112.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":680,"height":450,"file":"2013\/01\/HKR112.jpg","filesize":443424,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":11299,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/01\/HKR112.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11299"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11299"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11299\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}