{"id":11132,"date":"2012-12-27T15:45:15","date_gmt":"2012-12-27T07:45:15","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/12\/banjir-misi-mencari-dan-meyelamat-pas-setiu-bantu-ibu-muda\/"},"modified":"2012-12-27T15:45:15","modified_gmt":"2012-12-27T07:45:15","slug":"banjir-misi-mencari-dan-meyelamat-pas-setiu-bantu-ibu-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/banjir-misi-mencari-dan-meyelamat-pas-setiu-bantu-ibu-muda\/","title":{"rendered":"Banjir; Misi Mencari Dan Meyelamat PAS Setiu Bantu Ibu Muda"},"content":{"rendered":"<p>Menurut Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda lawatan beliau ke kawasan Permaisuri berbaloi kerana bukan sahaja dapat menyampaikan bantuan bekalan makana, malah berjaya membawa keluar seorang ibu muda yang hampir bersalin.<\/p>\n<p>Katanya, PAS kawasan menyediakan dua buah bot milik PAS Cawangan Merang bagi membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Kampung Besut dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Permaisuri.<\/p>\n<p>Menurutnya, Kampung Besut terputus perhubungan darat akibat hujan lebat yang menenggelamkan beberapa buah kampong lain.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) buat khidmat membantu penduduk di Kampung Besut, Permaisuri yang terputus perhubungan kerana banjir besar kali ini.<\/p>\n<p>\u201cIa (Kampung Besut) jadi seperti \u2018pulau\u2019 yang tidak boleh dihubungkan dengan kenderaan darat kerana beberapa buah kampung sekitarnya tenggelam iaitu Kampung Buloh Hilir, Bukit Pepari, Teluk Rokan, Bukit Gambir, Kampung Padang dan Kampung Seladang.<\/p>\n<p><em>[Gambar atas kiri &#8211; Puan Nor Syazwani Zulkifli, 22, bersama anak sulongnya Wan Mohd Khairul Anang Wan Mohd Khairul Nizam berusia satu setengah tahun dari Kampung Seladang dibawa keluar oleh petugas PAS untuk ke Hospital Jertih, Besut]<\/em><\/p>\n<p>\u201cBantuan bekalan makanan disampaikan kepada ketua-ketua cawangan untuk diagihkan dan yang paling berjaya, kita (PAS) bawa keluar seorang ibu muda yang cukup bulan untuk bersalin dan dihantar ke hospital,\u201d ujarnya kepada Harakah yang menyertai misi tersebut.<\/p>\n<p>Ustaz Pauzi menjelaskan terdapat lebih 150 buah rumah penduduk yang terkandas akibat banjir besar yang agak luar biasa kali ini.<\/p>\n<p>Mangsa banjir, Puan Nor Syazwani Zulkifli, 22, dari Kampung Seladang mengucapkan terima kasih kepada pihak PAS yang membantunya membawa keluar dari sekatan banjir untuk ke hospital.<\/p>\n<p>Beliau yang sedang sarat mengandung genap sembilan bulan berjaya dibawa keluar dengan menaiki bot khidmat PAS Cawangan Merang bersama seorang anak sulongnya, Wan Mohd Khairul Anang Wan Mohd Khairul Nizam berusia satu setengah tahun.<\/p>\n<p>\u201cIni (kandungan) bakal anak kedua saya, sudah cukup sembilan bulan. Ini pengalaman pertama hendak bersalin naik bot dan mengharungi banjir untuk ke hospital. Terima kasih kerana bantu saya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/12\/banjir%20setiu.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita11\/banjir%20setiu.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/>Sehubungan itu, PAS turut menjadikan sebuah surau di Kampung Besut sebagai penempatan sementara kepada 34 buah keluarga yang rumah ditenggelami air banjir.<\/p>\n<p>Ini kerana, menurut sumber penduduk balai raya yang sepatutnya menjadi penempatan mangsa banjir rosak sejak lebih setahun lalu dan belum diperbaiki oleh kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Seorang warga emas, Yusof Daud, 70, yang lumpuh serta kurang pendengarannya berjaya diselamatkan dan ditempatkan di surau berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau bukan sahaja lumpuh anggota kakinya tetapi terpaksa memakai lampin pakai-buang kerana usia yang lanjut.<\/p>\n<p><em>[Gambar kanan &#8211; YDP Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda (dua kanan) bersama Setiausaha PAS Setiu, Aminuddin Umat (kanan) sedang memunggah bekalan untuk bantuan banjir di Kampung Besut, Permaisuri]<\/em><\/p>\n<p>Adiknya, Puan Hasmah Daud, 63, bersykur kerana masih ada tempat berteduh sementara walau pun di sebuah surau yang masih dalam pembinaannya.<\/p>\n<p>\u201cKami sekeluarga rasa syukur juga masih ada tempat pindah sementara. Abang (Yusof) sakit tua, lumpuh terpaksa diusung kerana rumah kami ditenggelami air banjir.<\/p>\n<p>\u201cBalai raya ada tapi bocor teruk sangat dan belum dibaiki. Acap kali sudah beritahu kepada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) tapi tak dibaiki juga tempat itu,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Encik Seman Ismail, 82, juga merupakan warga emas yang tidak mampu berjalan sendiri kerana sakit lutut sejak beberapa tahun lalu.<\/p>\n<p>Namun, beliau melahirkan rasa terharu dengan pihak PAS yang diketuai oleh Ustaz Mohd Pauzi kerana sudi menyantuni mangsa-mangsa banjir.<\/p>\n<p>\u201cSetiap tahun bila musim tengkujuh, hujan lebat kami semua terpaksa berpindah kerana banjir sejak lebih 25 tahun lalu.<\/p>\n<p>\u201cBila orang PAS datang dan bantu penduduk di sini (Kampung Besut), saya rasa lega dan terharu walau pun bantuan sekadar kemampuan sahaja,\u201d ujarnya. <\/p>\n<p>Turut bersama rombongan itu, Setiausaha PAS kawasan Setiu, Aminuddin Umat, Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan Dun Permaisuri, Hasan Basari Wan Omar dan Setiausaha Dun Permaisuri, Hasan Hitam.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/12\/banjirsetiu1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita11\/banjirsetiu1.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: left; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/><strong>SETIU <\/strong>&#8211; Setiu adalah antara daerah yang paling awal menerima musibah banjir besar pada musim tengkujuh kali ini apabila banyak kawasan-kawasan rendah mudah dinaiki air tenggelam dek bencana itu.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11130,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":11130,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita11\/banjirsetiu1.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":310,"file":"2012\/12\/banjirsetiu1.jpg","filesize":73304,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.4","credit":"","camera":"COOLPIX P500","caption":"","created_timestamp":"1356358313","copyright":"","focal_length":"4","iso":"160","shutter_speed":"0.016666666666667","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":11132,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/12\/banjirsetiu1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11132"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11132"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11132\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11130"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11132"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11132"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11132"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}