{"id":11048,"date":"2012-12-11T18:39:51","date_gmt":"2012-12-11T10:39:51","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/12\/speaker-dun-tolak-usul-medan-minyak-bertam-pm307\/"},"modified":"2012-12-11T18:39:51","modified_gmt":"2012-12-11T10:39:51","slug":"speaker-dun-tolak-usul-medan-minyak-bertam-pm307","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/speaker-dun-tolak-usul-medan-minyak-bertam-pm307\/","title":{"rendered":"Speaker Dun Tolak Usul Medan Minyak Bertam PM307"},"content":{"rendered":"<p>Katanya, meski pun usul tersebut merupakan perkara tertentu yang melibatkan kepentingan orang ramai tetapi tidak perlu disegerakan.<\/p>\n<p>\u201cUsul ini merupakan perkara tertentu, melibatkan kepentingan orang ramai tetapi kesegeraan ke atas perkara (usul) ini saya (Speaker Dun) tidak nampak perlu di saat ini. <\/p>\n<p>\u201cSetelah penelitian kita (dewan) buat, adalah dimaklumi dan diketahui bahawa kenyataan Perdana Menteri pada 30 Oktober 2012 lalu yang mengistiharkan bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti minyak di medan minyak PM307-Bertam.<\/p>\n<p>\u201cPertama, itu (kenyataan) adalah bukan keputusan atau pendirian rasmi kerajaan Persekutuan atau keputusan Kabinet. Kedua, kenyataan berkenaan bersesuaian dengan tempat dan keadaan. Ketiga, juga bukan keputusan rasmi Petronas,\u201d jelasnya ketika menolak usul tersebut dari dibincangkan oleh ahli-ahli dewan.<\/p>\n<p>Usul tergempar itu dibawa oleh Dr Syed Azman mengikut peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Hujah Speaker Dun, jika perbahasan usul tersebut dibenarkan akan menimbulkan keadaan spekulasi semata-mata tentang hak sebenar pemilikan medan minyak PM307-Bertam itu.<\/p>\n<p>Ini kerana, kata Dato\u2019 Tengku Putera lagi, PM Dato\u2019 Seri Najib tidak pernah menafikan atau menolak hak negeri Terengganu ke atas perkara berkenaan secara perundangan atau secara teknikal.<\/p>\n<p>\u201cMaka, terlalu awal bagi kita (Dun Terengganu) membuat perbahasan disaat ini. Jika kita berbahas di atas dua perkara berbangkit itu ia akan menimbulkan keadaan spekulasi semata-mata tentang hak sebenar-benarnya, kerana PM sendiri tidak menafikan atau menolak hak negeri Terengganu ke atas perkara yang berkenaan secara perundangan atau secara teknikal,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sebelum itu, PAS telah membawa satu usul tergempar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bagi membincangkan isu kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM307-Bertam dikatakan hak milik negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Usul tersebut dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi di bawah peraturan majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu, sebelum dewan berhenti rehat.<\/p>\n<p>Katanya, pertama, isu (usul) ini merupakan perkara tertentu kerana telah berlaku suatu pencabulan hak yang boleh menggugat amalan system Federalisma yang menjadi asas penubuhan Malaysia.<\/p>\n<p>Menurutnya, dewan bertanggungjawab membincangkan tindakan Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Najib Tun Razak yang mengistiharkan penemuan medan minyak tersebut terletak di negeri Pahang.<\/p>\n<p>\u201cHak tuntutan ini diperkuatkan lagi dengan jawapan yang telah diberikan oleh Syarikat Lundin Oil, yang merupakan syarikat carigali berpengkalan di Sweden yang telah melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan Blok PM307-Bertam dengan kerjasama Petronas dan diperakui kawasan itu terletak di perairan negeri Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cMedan minyak (Bertam) itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang pada kedalaman air 76 meter,\u201d ujarnya ketika membaca usul tersebut di Dun Terengganu, 11 Disember lalu.<\/p>\n<p>Kedua, kata Dr Syed Azman, perkara tersebut melibatkan kepentingan orang ramai apabila hak negeri Terengganu dinafikan dengan sewenang-wenangnya.<\/p>\n<p>Ini katanya, akan menghilangkan keyakinan rakyat Terengganu terhadap pemerintah serta kredibiliti pemimpin negara.<\/p>\n<p>\u201cTindakan ini jelas \u2018merampas\u2019 hak-hak rakyat negeri Terengganu yang berpegang kepada semangat Federalisma dan keluhuran Perlembagaan Negara.<\/p>\n<p>\u201cIni ditambah lagi dengan tindakan \u2018mengehsankan\u2019 royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, ketiga, perkara tersebut perlu disegerakan kerana ianya menyentuh hal pelanggaran hak rakyat serta kedaulatan negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Dr Syed Azman yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu menyifatkan pengumuman \u2018anugerah\u2019 wang ehsan oleh Dato\u2019 Seri Najib kepada Pahang telah membuka kembali banyak persoalan besar. <\/p>\n<p>\u201cApakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima pakai lagi?<\/p>\n<p>\u201cApakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh diagih-agihkan kepada mana-mana negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri, dan apakah kesudahan kepada tuntutan royalti minyak kepada negeri Terengganu?,\u201d soalnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/12\/syed%20azman%20usul.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita11\/syed%20azman%20usul.jpg\" width=\"448\" height=\"299\" style=\"float: right; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Dato\u2019 Tengku Putera Tengku Awang menolak usul tergempar yang dibawa oleh Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11047,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":11047,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita11\/syed%20azman%20usul.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":294,"file":"2012\/12\/syed azman usul.jpg","filesize":80139,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.4","credit":"","camera":"COOLPIX P500","caption":"","created_timestamp":"1355223050","copyright":"","focal_length":"4","iso":"200","shutter_speed":"0.033333333333333","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":11048,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/12\/syed azman usul.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11048"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11048"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11048\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11048"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11048"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11048"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}