{"id":109835,"date":"2026-09-15T21:38:48","date_gmt":"2026-09-15T13:38:48","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=109835"},"modified":"2026-09-15T21:38:48","modified_gmt":"2026-09-15T13:38:48","slug":"ekstradisi-kerajaan-perlu-perjelas-kedudukan-undang-undang-ekak-dr-zakir-jadi-korban-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ekstradisi-kerajaan-perlu-perjelas-kedudukan-undang-undang-ekak-dr-zakir-jadi-korban-politik\/","title":{"rendered":"Ekstradisi: Kerajaan Perlu Perjelas Kedudukan Undang-undang, Ekak Dr. Zakir Jadi Korban Politik"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; PAS menggesa kerajaan menjelaskan secara terbuka kedudukan perundangan dan diplomatik sebenar berhubung isu permohonan ekstradisi pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di New Delhi.<\/p>\n<p>Katanya, penjelasan kerajaan amat penting memandangkan isu berkenaan dikatakan menjadi sebahagian daripada agenda keutamaan dalam usaha membina kepercayaan serta memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-India.<\/p>\n<p>&#8220;walaupun hubungan baik antara kedua-dua negara perlu dipelihara, sebarang urusan berkaitan ekstradisi mestilah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cPAS menggesa kerajaan supaya menjelaskan kepada awam berhubung status perundangan dan diplomatik sebenar permohonan ekstradisi yang dimaksudkan dan apakah isu sebenar yang dibincangkan serta apakah persefahaman yang dicapai dalam pertemuan itu,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Takiyuddin, kerajaan juga perlu menjelaskan sama ada keterangan dan dokumentasi yang dikemukakan pihak India bagi menyokong permohonan ekstradisi itu telah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan sama ada Malaysia telah membuat sebarang komitmen politik, sama ada secara jelas atau sebaliknya, berkaitan isu ekstradisi Zakir Naik.<\/p>\n<p>\u201cPAS juga menuntut kerajaan menjelaskan apakah Malaysia telah membuat apa-apa komitmen politik, sama ada eksplisit atau sebaliknya, berkait ekstradisi pendakwah antarabangsa berkenaan,.<\/p>\n<p>&#8220;Dr Zakir Naik kini merupakan Pemastautin Tetap Malaysia sejak 2012, manakala status berkenaan disahkan secara rasmi oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu pada April 2017.&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, PAS mengakui hubungan Malaysia dan India mempunyai kepentingan strategik yang luas, termasuk dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan dan teknologi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Takiyuddin menegaskan hubungan dua hala yang baik tidak seharusnya mengatasi syarat serta ketetapan undang-undang Malaysia yang mengawal proses ekstradisi.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia seharusnya memberi pertimbangan wajar kepada apa-apa permohonan ekstradisi yang sah daripada mana-mana negara asing selaras dengan proses undang-undang, bukan transaksi atau tawar-menawar politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perkara itu penting bagi memastikan keputusan berkaitan ekstradisi dibuat berdasarkan kerangka undang-undang dan bukannya dipengaruhi kepentingan diplomatik semata-mata.<\/p>\n<p>PAS turut menyatakan kebimbangan sekiranya Zakir Naik akhirnya menjadi \u201ckorban politik\u201d atau konsesi diplomatik dalam usaha Malaysia membuktikan persahabatan serta mendapatkan kepercayaan India.<\/p>\n<p>Takiyuddin berkata, isu tersebut tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai persoalan hubungan diplomatik antara Malaysia dan India.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau menyifatkannya sebagai ujian terhadap kesediaan Malaysia mempertahankan prinsip undang-undang sendiri apabila berdepan tekanan atau kepentingan diplomatik.<\/p>\n<p>\u201cKes ini bukanlah semata-mata mengenai hubungan antara Malaysia dan India, sebaliknya ia juga adalah ujian sama ada Malaysia akan mempertahankan prinsip dan ketetapan undang-undang sendiri ketika berhadapan dengan tekanan atau laba diplomatik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan hubungan baik dengan mana-mana negara tetap penting, namun kedaulatan negara dan integriti sistem keadilan perlu menjadi keutamaan.<\/p>\n<p>\u201cHubungan baik dengan mana-mana negara adalah penting, namun kedaulatan negara dan integriti sistem keadilannya lebih penting dan mesti dipertahankan. Satu tidak boleh dikorbankan untuk kepentingan yang lain,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; PAS menggesa kerajaan menjelaskan secara terbuka kedudukan perundangan dan diplomatik sebenar berhubung isu permohonan ekstradisi pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik. Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di New [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":58954,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":58954,"alt_text":"","caption":"Dr Zakir Naik kini merupakan Pemastautin Tetap Malaysia sejak 2012, manakala status berkenaan disahkan secara rasmi oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu pada April 2017.\" j","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":800,"height":533,"file":"2017\/07\/Zakir-Naik.jpg","filesize":115538,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.2","credit":"","camera":"Canon EOS 7D","caption":"","created_timestamp":"1492297147","copyright":"","focal_length":"200","iso":"2000","shutter_speed":"0.01","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":58953,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Zakir-Naik.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109835"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=109835"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109835\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":109836,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109835\/revisions\/109836"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/58954"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=109835"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=109835"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=109835"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}