{"id":109194,"date":"2026-08-23T00:14:11","date_gmt":"2026-08-22T16:14:11","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=109194"},"modified":"2026-08-23T00:14:11","modified_gmt":"2026-08-22T16:14:11","slug":"109194","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/109194\/","title":{"rendered":""},"content":{"rendered":"<p>Siasa Felda, Khazanah Jangan Sekadar Raih Populariti <\/p>\n<p>Oleh ; RR<\/p>\n<p>SETIU \u2013 Siasatan terhadap mana-mana agensi kerajaan seperti Felda dan Khazanah perlu dilakukan atas asas yang munasabah dan bertujuan mencari punca dan menyelesaikan masalah, bukannya sekadar untuk meraih populariti atau kepentingan politik.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, YB Dato&#8217; Sri Amar Diraja Dato&#8217; (Dr.) Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak sebarang siasatan sekiranya terdapat dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa atau masalah dalam pengurusan sesebuah agensi.<\/p>\n<p>\u201cKalau mana-mana agensi ada masalah, memang kita setuju kalau diadakan siasatan untuk mencari punca dan menyelesaikan masalah. <\/p>\n<p>&#8220;Tetapi kalau saja-saja buat kerana nak dapat populariti ataupun matlamat politik, memang tidak bagus,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis Perasmian Jentera Pilihan Raya  PAS kawasan Setiu, di Dewan Sungai Tarom, semalam.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sebarang siasatan perlu dibuat berdasarkan alasan yang kukuh dan bukan semata-mata kerana sesuatu isu atau individu mendapat perhatian umum.<\/p>\n<p>Mohd Amar berkata, perkara lebih penting selepas sesuatu siasatan dijalankan ialah tindakan terhadap hasil serta syor yang dikemukakan.<\/p>\n<p>Beliau mengambil contoh RCI Tabung Haji yang menurutnya mengambil tempoh lama untuk diselesaikan, namun terdapat beberapa cadangan yang tidak dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita ambil macam dulu, buat RCI Tabung Haji, tiga tahun pendam, tidak buat apa-apa. Lepas itu banyak cadangan dalam RCI itu tidak dilaksanakan oleh Perdana Menteri sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, antara cadangan yang dibangkitkan termasuk pindaan akta berhubung kuasa menteri yang disifatkan terlalu besar, selain cadangan berkaitan penglibatan individu politik, namun perkara tersebut menurutnya tidak dilaksanakan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Mohd Amar menegaskan bahawa penubuhan RCI atau pelaksanaan siasatan semata-mata tidak memadai sekiranya tiada tindakan susulan terhadap penemuan dan cadangan yang dikemukakan.<\/p>\n<p>\u201cKita harap kalau dia nak buat semua pun atas dasar yang munasabah, bukan kerana orang itu popular,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berharap segala kajian dan siasatan yang dijalankan dapat menghasilkan tindakan konkrit demi kepentingan negara dan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Ya, saranan apa kita kena ambil alih kuasa lah. <\/p>\n<p>&#8220;Bila jadi kerajaan kita boleh selesaikan banyak masalah,&#8221; tambah beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siasa Felda, Khazanah Jangan Sekadar Raih Populariti Oleh ; RR SETIU \u2013 Siasatan terhadap mana-mana agensi kerajaan seperti Felda dan Khazanah perlu dilakukan atas asas yang munasabah dan bertujuan mencari punca dan menyelesaikan masalah, bukannya sekadar untuk meraih populariti atau kepentingan politik. Naib Presiden PAS, YB Dato&#8217; Sri Amar Diraja Dato&#8217; (Dr.) Mohd Amar Abdullah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109194"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=109194"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109194\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":109195,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109194\/revisions\/109195"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=109194"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=109194"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=109194"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}